Saturday, October 1, 2011

Paint it all white


Dia menghela nafas perlahan. Kopi panas dan sekeping nota. Kopi kegemarannya dan sekeping nota yang baru diterima. 

Savannah. Tercatat nama penerima nota tersebut. Hati-hati, dibukanya sekeping kertas kecil  bewarna biru laut yang berlipat dua itu.

Maafkan saya. .

Tanpa nama penghantar, dia sudah dapat mengagak siapakah pengirimnya. Tulisan yang tak mungkin dia akan lupa. Sampai bila-bila mungkin.

Dua patah perkataan dan sebelas huruf yang sudah lama dia ingin lihat tercatat jelas di atas nota biru itu.

Dia senyum sinis. Seakan senyum, tetapi tidak juga kelihatan rona gembira.Seperti kelihatan marah, tetapi tetap tenang. Rasa yang bercampur aduk.

Lama dulu sudah dia menunggu. Tapi mengapa sekarang? Setelah tiga tahun berlalu.

Maaf? Lama sudah aku maafkan kamu. Sejak 3 tahun lepas. Ya, dulu aku bukan begini. Terima kasih pada kamu, kini aku telah belajar tentang sesuatu. Memaafkan kamu. 

Ya. Kamu yang menyakitkan hati. Dan kamu yang juga si pencuri hati. Sepatutnya aku harus cepat-cepat melaporkan ini kepada polis lama dulu bukan. Kerana kamu sudah melakukan jenayah besar. Iaitu mencuri hati aku, lalu kamu senang-senang lari bersamanya. Dan kamu hilang begitu sahaja. Lesap. Dasar pencuri.

3 tahun sudah aku menunggu. Dan kini , aku betah hidup sendiri-sendiri. Hati yang luka sudah sembuh aku kira. Dulu hatiku hitam gelap. Kini ia sudah bertukar warna. Aku memilih untuk biarkan ia bertukar warna baru. Putih. Cantik bukan? 

Paint it all white. Kau pernah kata dulu, bukan? Warna kegemaran kita berdua.

Maaf, hati aku bukan untuk kamu. Dan tak akan pernah jadi milik kamu lagi.

No comments: