Wednesday, October 19, 2011

The ugly side of l.o.v.e

Aku banyak nak cerita (as in menulis). Too much idea at the same time, tapi lama juga termenung depan skrin putih ni. Tak tahu mana nak cerita dulu. Oh, tak kisahlah ada orang peduli ke tidak tapi yang penting i need to vent it out.

We had a conversation yesterday. With my closed friends. Few of them. Borak itu ini. Catching up things. Banyak sangat perkara yang aku belajar (aku fikir begitu lah..pelajaran hidup). Kisah macam mana one of our firends kena 'guna-guna' dengan lelaki hidung belang, kisah gadis ex-maahad boleh terlanjur dengan boyfriend (kawan kepada kakak kawan aku) padahal sembahyang tak tinggal (awal waktu), mengaji, tudung labuh, pakai stokin some more dan dia memang baik gila lah pendek kata. Ciri-ciri wanita solehah.

Emm. Mendengarnya pun gerun juga kan? Anything can happen. Tentang kawan kitorang yang terkena 'guna-guna' tu memang real. Tak rasa pelik ke bila gadis stock sembahyang tak tinggal, baca yassin hari-hari, parents call 3 kali sehari boleh jadi the opposite lepas kenal dengan seorang lelaki yang memang keparat. Sangat drastik. Kenal seminggu je. Dah keluar senyap-senyap berdua-duan. 

Macam mana gadis yang dulu kalau keluar dengan bekas kekasih pun mesti berteman dengan kawan, boleh keluar merempan dengan lelaki keparat tu sampai pukul 2 pagi.  Kadang-kadang sampai tak balik langsung. Even sampai dah berani keluar kolej dan tak balik-balik lagi. Duduk menyewa kat luar padahal kawan-kawan dia semua memang dalam kolej. Duduk dengan siapa dekat luar kan. Tak ke pelik?

Even lelaki tu (yg suka gebang pung pang  cakap besar) pernah mengaku yang dia pernah tidur dengan ex-girlfriend dia dulu. Memang teruk ah lelaki tu. Dah lah muka tak semenggah, perangai buruk pulak tu. Lagilah. Lepas tu kenakan anak dara orang. Okay, aku admit, she's pretty. Cute lah. Tapi , takpayah lah guna cara macam ni sekali kalau sukakan seseorang. Kejam betul.

Serious, sebab her best friend sendiri dah face to face dengan mamat keparat tu and provoke lelaki itu dengan berpura-pura tanya tentang ilmu pengasih itu semua. Konon-konon macam berminat lah. Padahal dia memang dah syak daripada awal  yang kawan dia memang dah terkena.Dan, lelaki tu memang mengaku dia belajar ilmu tu semua. Sadly, her girlfriend memang tak percaya langsung. Macam-macam cara dah guna nak 'sedarkan' dia, tapi tetap tak jalan.  Dia macam terawang-awang dan tak nampak sekeliling melainkan lelaki tu.

Semuanya berlaku dalam masa satu semester saja. Her last sem. Her bestfriend pernah terjumpa keris kecil yang berbalut kain kuning dalam that girl pencil case.Dia pernah konon-konon nak pinjam keris tu dan bawa balik ke bilik dia tapi tak sampai malam, dia dah demam. Memang scary lah. Dan kalau that girl makan makanan selain daripada lelaki itu masak, memang dia akan muntah-muntah dan cirit birit.

Aku fikir benda-benda ni macam karut. Tapi bila tengok depan mata, baru aku tahu benda-benda macam ni masih wujud lagi. Hmm, tak tau nak cakap apa.

Bukankah kalau kita sayang seseorang, kita akan bawa dia berubah manjadi lebih baik. End up, dua-dua akan jadi a better person. Barulah healthy relationship. Saling mempengaruhi untuk menjadi lebih baik, bukan menjadi lebih teruk.

The right one will always, always bring you up, not down.  

"Like it or not, he has made (and continues to make) me better. Not different, mind you, but better. He has done what I imagine all great people should do: he has come into my life and made me more me. He hasn't changed who I was before; he's made me more of who I have always been meant to be. With his love, his encouragement, and his belief in me, the puzzle pieces of my life that always seemed to be getting lost or pushed into the wrong spaces are now fitting together perfectly, snapping into place and creating this complete and beautiful picture of who I am."


That's how it suppose to be. Sangat sihat lagi menyihatkan jiwa ye tak? 

Kadang-kadang bila mendengar perkara-perkara negative (terlampau banyak) pasal two hearts that deeply-madly in love yang gone wild and crazy, memang menakutkan. Sangat scary sampai kau fikir, emm let's quit love. Lebih baik jadi single-forever daripada terlibat dengan perkara-perkara yang tak sihat ni.Nauzubillah...

Tengok berita, gadis hilang dan dijumpai dibakar setelah dirogol oleh 'kekasih' sendiri, gadis diperdaya teman lelaki and doing legitimate things, bersekedudukan (budak2 uni) padahal muslim, bunuh kekasih sendiri gara-gara cemburu...banyak lagi laa..tak sangup dah nak tahu dan dengar lagi.

How weird is that love can be right? Itu cinta kah? Kalau lelaki tu betul-betul dan sungguh-sungguh sayang, tak kan tergamak dia nak sentuh apatah lagi buat benda-benda tak tentu hala sebab dia tau, she is far too precious than all the instant pleasure stuff that can kill. Be a man lah. Masuk meminang terus kan. Habis cerita. Tu je buktinya he is really into you girls. Ataupun, book cepat-cepat. Jumpa mak bapak. Tunang terus. Kan?

I wish mine to be simple. Simple love. Tak grand dan hebat, tapi sederhana. Tak payah gaduh-gaduh over small things. He/She is like your own blood-relative and you feel like home whenever he/she is around. Mutal understanding. Lot's of sparks. Eternity. Timeless.

"True love, the real kind that both gets your blood pumping with excitement and has the ability to stand the test of time, comes not alone but hand-in-hand with respect, trust, honesty, and forgiveness. If you don't have those things in your relationship, then you don't have true love and you're missing out on some of the vital elements that make being in love worthwhile."

"If you want to know one of the greatest things I've learned about love, it's this: if someone loves you with his whole heart and soul, he will make you a better person simply by being himself. "

-Both Quoted here-

6 comments:

Anonymous said...

love should be protecting our loved ones from harm, not putting them in harm..

lelaki yang macam tu sebenarnya berlandaskan nafsu sahaja..

Hannah Haykhall said...

indeed..

i've always love to hear guys saying "i got your back, no worries okay" whenever we are falling apart or about to hit rock bottom.

isn't it comforting?

feel like home, as if he is our guardian angel. Custom made just for us alone..haha..

feel secure and warmth.

should be that way.

me think.

Anonymous said...

Pergh! Mana plak jantan tu dpt ilmu tu? Amazing!
Tp knp dia pilih budak alim cmtu? @__@ cm x kena je~ Asal x buat guna-guna kt Fasha Sundal je? Untung-untung bole tumpang senang!
Wahaha :D

*p/s: Mana nk carik ilmu lelaki tu? Nk jgk!!! :P
-JO_o3"

Hannah Haykhall said...

Sebab budak tu cun laa.adoiii.dia cute cm nora danish.suka kan nora danish??haha.. Mengada eh nak belajar. Lelaki yg x hot stuff and loser je yg belajar benda2 tu. U hot stuff x?

fndrocka said...

betul lah org kata..Orang yg lawa-lawa dugaannya lebih..

Skrg dia masih tak okay ke.kena terus cari jalan utk bantu perempuan tu lah.

Hannah Haykhall said...

@fndrocka

hmm, dia still dgn lelaki keparat tu. Kwn cakap dia stil in a relationship (dlm fb). She seems okay.

But one thing, her best friend dah cakap dengan mak budak perempuan tu. Dah confess semua tentang anak dia yg jauh berubah lepas jumpa lelaki tu. Suruh bawak anak dia berubat semua lepas habis study. Tapi tak taulah kalau makcik tu dengar ke tak cakap kawan baik dia tu.

Sebab perkara ni berlaku masa sem akhir. Dia dengan kawan baik pun dah renggang.Her best friend dah cuba macam-macam cara nak sedarkan dia, tapi tak jalan.

Tulah, dugaan orang cute kan. Dia lebih yg itu, kurang yang ini. Rezeki dia dapat muka yg cute, tapi in another way ada juga masalah datang kan. Tapi, still salah lelaki lah kan..Apesal jahat sangat kan?