Saturday, November 26, 2011

Abang

"Balik  dengan siapa tadi?" dia tanya.

"Abang" jawapan pendek diberikan. Masa tu tengah gosok gigi dalam bilik air.

"Hah, abang..?" dia pura-pura atau buat-buat terkejut. Dasar.

Gelak besar. Padahal, classmate kot.

You know, Sarawakian memang ada nama Abang sekian dan sekian. Macam gelaran Tengku, Raja, Dayang and all tu lah. Nama dia? Opss, rahsia. Ehehe..

Mujur dah semua orang panggil dia Abang. Kalau tak jangan harap lah aku nak panggil dia lagu tu. Geli ok. Itu pun aku kena jaga tone sura bila nak panggil dia. Sebab bila tone suara tak kena, bila kau panggil nama dia, akan jadi sangat ______ . Faham tak? Tak payah nak gedik sangatlah senang cerita. 

Haha. Aku tak tahu kenapa aku susah nak panggil lelaki yang tua daripada aku dengan  panggilan kata ganti nama Abang.Tsk~

Macam, staff ayah  yang umur dia dalam lingkungan umur 20an-30an , serious aku tak tahu nak panggil apa. Fine lah, dia panggil aku adik kan, tapi takkan aku nak panggil Abang. Geli gila. Solusinya, aku tak panggil dia apa-apa. Kalau nak cakap, just cakap je. Sangat tak professional. Lantaklah nak fikir aku ni tak hormat ke apa ke, asalkan aku tak rasa geli, cukuplah.

Yeah. I'm weird like that.  Ok, maybe lama-lama nanti ok kot. Mungkin.

Eh, sumpah geli. :D

2 comments:

SpitItOut said...

hahaha, ak pon sme, bkan niat nk biadap, tpi tekak ni liat glerr nk klua prkataan err abng, tektik ak senang je, klu ak nk order air, roti canai or something ke, ak x kesah dh laki tu tua ke muda ke, tpi ak pakai honorific "adik" - prnh skali kt kdai ak nk order air, "dik, bg horlick ice secawan" hahahaha, reaksi brother tu "err adik, thun ni abng nk msuk 30 la wak" kahkahkah reaksi ak sengih je laa n cover "laa..ye ke, nmpk mude"..hahaha

Hannah Haykhall said...

selambe je ek kan kau panggil dia adik even muka dah mcm bapak orang. haha~

takutlah nanti dia ingat kita nak usha dia lak ehehe..

karang kalau panggil sayang, pengsan pulak ye tak..

kalau panggil abang, kemungkinan untuk makanan/minuman yang kau order sampai awal adalah sangat tinggi.