Emm, rindu nak tulis-tulis tapi tak ada idea yang spesifik. Boleh tak nak tulis perkara-perkara rambang yang terfikir saat jemari menaip. Oh, lupa nak ucap 'Selamat Hari Raya Haji'. Hmmm, dah basi pun...
1. Kenapa tapak tangan + tangan ayah aku lembut macam pakai losyen padahal itu tangan lelaki yang stock angkat barbell tiap kali workout. Tak pakai losyen pun lembut. Genetik? Kenapa bulu mata adik lelaki aku lentik dan panjang macam perempuan? Kenapa ni ehhh? Jealous? Bolehlah... :D. Ada je lelaki lebih 'cantik' daripada perempuan. All natural you...
2. Raya haji was so-so. Menu adalah soto. Mama masak. Tapi aku missed soto yang first time aku masak dulu. Tak main lah guna paste-masuk-je-dah-siap. Peh, masuk bakul angkat sendiri. Tapi, aku rindu lah.
3.Asyik ter-mencarut boleh tak? Salahkan avril lavine. Lagu Wish You Were Here buat aku asyiklah tersebut benda tu tiapkali nyanyi. Haha~ Bahaya ni kalau adik No.3 yang umur 11 tahun dengar. Tadi dia tanya aku, "Orang tu sebut damn kan?" Aku senyap je..haha. Buat-buat tak tahu.Cepat je telinga dia tangkap.
4. Rutin raya haji. Bangun pagi, tolong apa yang patut (preparation dah buat the day before), makan, lepak, beraya rumah mak ngah sebab nak makan mee kari + camwhore (bukan aku) dekat rumah mak ngah, singgah kedai beli dessert (ais krim magnum maksu belanja maklumlah orang dah kerja ..haha), lepas zuhur drive balik ke seremban (aku drive hoyeahhh...)
5. "Baby main piano grade berapa?" aku tanya adik sepupu darjah empat yang saiz badan memang macam budak 5 tahun tapi mulut becok suruh kau solat kalau kau solat lewat. Haha.
"Grade 2."
"Susah tak main piano?"
"Senang je" yakin tanpa ragu-ragu dia cakap.
Ok, nanti kak long belajar dengan baby. Masaklah aku kena 'laser' dengan baby nanti.
6. Hari isnin kami bercuti-cuti Malaysia satu family. Nak tau pergi mana? Allamanda Putrajaya je pun. Ni sebab nak grant birthdy wish adik No.3 yang nak beli set senapang Nerf dia dekat Toys R Us.Beli segedabak senapang ala-ala machinegun , nak tembak siapa kat rumah pun aku tak tau lah. Tembak kucing-kucing dia agaknya kot.
7. Oh ya, kalau korang pi solat dekat masjid Putrajaya, yang perempuan tu make sure pakai baju yang tak pendek + ketat + baju atas punggung sebab nanti korang kena pakai rain coat masjid kalau nak masuk dalam . Heh. Adik No.2 kena pakai jubah ala-ala rain coat. Aku kira itu jubah untuk non-muslim yang nak visit masjid. Tapi, ada je perempuan muslim yang kena pakai sebab pakaian tak menepati piawaian. Tapikan, aku fikir kita tak sepatutnya judge seseorang berdasarkan pakaian diorang.Yup, ada yang bertutup litup dan baik dan ada juga yang bertutup litup tapi perangai macam sampah. Wasted.
8. Semua orang dalam rumah ni layan Masterchef Malaysia. Aku? Layan je lah...
9. Surprisingly, my mum knows the existence of my blog. Huaaaaaa...nak buat macam mana nie? Aduhh la..Habis la rahsia aku semua terbongkar.
10.Tak study subjek bahasa german lagi padahal balik cuti ada vocabulary test. Bila nak insaf?
11. Life's great and i'm lovin' it. I've made up my mind and got to stick to my 'plan'. A girl gotta move on and live her life isn't it? Baby step. You'll reach your goal eventually.
12. Belajar untuk fokus pada usaha, dan bukannya pada end result. Everyday is a progress even a tiny winy bit of change you've made. Gotta keep that in mind. Sometimes, aku takut. Sometimes, aku yakin aku boleh. Sila kalahkan rasa 'takut' itu ya!
13. Makeup sucks (for me). Dan fake.Bila dah tak make up, kurang cun dah. Dan makeup boleh buat kau nampak cantik mahupun hodoh kalau teknik salah. Sebab muka aku overly sensitive dan alah pada makeup dan apekejadah cosmetics semua, i don't do that much. Dan aku paling takut guna barang make up fake cap ayam . Nak beli MAC or Bobbi Brown or Estee Lauder original, hmmmm lagi 5 tahun lah kot...haha~ Saving saving saving...fuhhh.
14. Aku fikir, jadi lelaki untung sebab diorang tak banyak issues (lebih-lebih lagi hal yang remeh temeh) to deal with.Unlike us. Cuma, diorang akan pikul tanggungjawab yang super duper banyak dan berat. Itupun kalau depa sedar yang banyaknya 'tanggungjawab' yang diorang ada ye tak? Apapun, aku bersyukur aku perempuan. :D
15. Bila time kau rasa kau tak deserve untuk dapat semua yang kau mahu, tenangkan hati dan cakap pada diri "i deserve to have this" dan jangan lupa senyum lebar-lebar sampai nampak gusi. Promise?
16. Dah dah, tak payah expect apa-apa. Just live your life happily and kejar apa yang worth it untuk dikejar. Don't waste your heart. What is meant to be, will always find a way. Eventually. Chill sudah kan..*sedapkan hati*
Have a good day!
No comments:
Post a Comment