Friday, November 18, 2011

You drive me crazy

"Kau kena tegas" jujur dia cakap dekat aku.

"Tak tau macam mana la nak buat.Kesian kat diorang dan serius aku tak reti nak kata 'tak' " aku luahkan apa yang aku rasa.

"Nanti dia pijak kepala kau. Jadi manja. Tak tau buat kerja. FYP suppose to be an independent project. Kena usaha nak cari solution. Kena berfikir. Bukan main pakai suap je. Semua nak harapkan kakak senior" dia membebel panjang. Geram mungkin tengok aku bagi muka dekat junior.

Hmmmmmm. Lama gila aku mengeluh. Betul jugakkan apa kawan aku cakap. Haish. Tapi, macam manalah aku nak buat-buat tegas ek? Nak garang-garang, padahal muka semua stock cute-cute. Lagilah cair. Kalau kau baik dengan aku, lagilah payah aku nak menegaskan diri.

Datang lambat 10 minit. Fine. Sabar. Padahal aku yang nak mengajar ni kejap lagi. Sepatutnya bukan kah orang yang nak menuntut ilmu kena datang lebih awal daripada orang yang mengajar kan?

Serious aku tak tahu nak marah-marah orang yang emmm macam  kawan-kawan ke, junior ke..or sesiapa la kan. Tapi...

Kalau aku marah, aku akan diam *silent treatment* + expressi muka yang emm x boleh blah..heh..ha, rasakan. Gila kentang betul.

Aku pun pelik dengan diri sendiri. Serius ke weh aku tak pernah marah orang? Aku tengah fikir-fikir ni...Oh, marah adik sendiri tu, sah-sah lah pernah kan..muehehehe..Paling tak pun, aku rasa akan kutuk dalam hati jelah dan bising sorang-sorang mahupun secara berjemaah.

"Dan tegas tak sama dengan garang" kawan aku elaborate lagi. Mentang-mentanglah supervisor dia dulu perangai macam tu. Mana tak tumpahnya kuah kalau ke nasi ye tak.

Yes i know. Dan aku  tengah fikir macam manalah nak jadi tegas dan pada masa yang sama jadi seorang yang cool. Dalam ketegasan ada kelembutan. Bunyinya macam senang  ye tak?

"Kak, next week kita proceed HPLC pulak ek?" junior ni tanya aku. Setelah aku menerangkan proses dan menunjuk kan cara-cara method yang lain-lain.

Faham tak, HPLC tu susah gila dan complicated. Preparation untuk solvent and  buffer sangat memerlukan details, kalau tidak tak jadi. Senang-senang je nak expect aku pakar buat benda alah ni. Aku kena study lagi tau tak lepas ni. Bencinya, nak ulang perkara yang kau paling benci. 

"Emmm, apa kata awak baca dulu method, fahamkan then baru kita buat" aku bagi tau dia tadi. Tapi aku tak nyatakan bila aku akan proceed. Dalam hati, aku malas gila nak pergi lab. Sumpah malas. Malas nak ulang perkara-perkara yang aku tak suka.

Aku suka je nak mengajar, tapi faham tak benda ni buka benda yang aku SUKA dan betapa sengsaranya aku kena bertahan untuk buat projek tahun akhir  ini dulu. Nyaris aku nak drop kau tahu? Lab??? Tempat yang paling membosankan di dunia (bagi aku lah). Dan untuk aku bertahan selama 1 tahun dengan tekanan perasaan lagi, dan sekarang aku kena mengajar benda yang aku paling tak suka, kau fikir senang kah??

Sebab aku tak tahu nak cakap 'tak', maka here i am..mengajar junior-junior ni pulak.

Sumpah aku kena pura-pura suka. Benci betul.

"Kau jaga hati orang, dia ada jaga hati kau ke?" kawan tanya.

Hmmm...aku mengeluh lagi.

2 comments:

erine roslan said...

yes hannah..

tak boleh all the time spoonfed diorg..

sbb the real orld is much tougher..

and you are too nice... takpe, Allah will pays for your kindness..

but still, do not be so mean pulak dg junior2 tu ea :)

Hannah Haykhall said...

no lah, i'm far from being nice..hehe, takut juga kalau tak ikhlas ajar, adakah reward from HIM nanti?

tulah, kena ikhlaskan hati lepas ni dan juga kena tegas sikit.