Monday, December 19, 2011

Mama (bukan entri hari ibu)


*Song For Mama, Boyz to Men* (sila tekan 'play' sebelum membaca entry untuk lebih feel)

Esok mama saya (guna tone lembut sikit) ada exam.
Dia minta saya doakan dia. Dia SMS, "Doakan mama ye. Esok sampai hari rabu mama exam"
Haha. We're both undergrad student. Infact, 3 of us. Mama-angah-yours truly.
Tapi mama paling terel hebat. PNGK 3.5...kalah saya. Malu sungguh.

Mama saya seorang yang cool. Faham tak? C-o-o-l. Dia tak banyak cakap macam ayah, tapi dia sayang saya. Tengok mata dia pun dah tahu. Saya tahu itu. Mat saleh bilang, "Your eyes is the window to your soul". Dia tunjukkan kasih sayang dengan perbuatan. Mat saleh bilang sekali lagi "Action speaks louder than words". Takpe, saya faham. Tak payah cakap pun tahu, tapi kalau cakap lagi sweet kan?

Saya rasa, saya jarang luangkan masa dengan dia. Sejak, masuk asrama masa form 4. Sampai sekarang umur 22. Kiralah sendiri berapa tahun asyik duduk jauh dari dia. Sampai dah tak tau nak manja-manja macam mana. Haish. Teruk kan? Padahal masa kecik-kecik, manja nauzubillah. Asyik-asyik jerit "mama". Asal dah besar panjang tak boleh jadi balik macam tu?

Saya fikir-fikir lagi. Umur mama 12 Januari 2012, dah mencecah 46 tahun. Ayah pulak, 50.Nanti, katakanlah saya kahwin lagi 3 tahun daripada sekarang. Katakanlah ye. Haha. So, saya ada masa 3 tahun untuk betul-betul spend masa dengan mama. Dan ayah juga. Sebab lepas tu, prioriti seorang isteri adalah kepada suami. Nanti, dah susah nak manja-manja dan spend time togather. Wuuuu..Sedihnya. :(

Siapa nak teman diorang buka puasa? Siapa nak teman diorang time raya? Siapa nak teman diorang borak-borak? Siapa nak teman diorang pergi masjid time Ramadhan? Siapa nak teman diorang pergi jogging lepas tu breakfast sama-sama? Siapa nak teman mama pergi pasar tani ?

*Sebak*

Sebab tu, saya fikir saya harus peruntukkan masa untuk mereka. Sebab saya dah rugi banyak tahun dengan jadi seorang yang ignorant & selfish & ego. Saya tahu saya teruk. Saya tahu saya banyak salah. Saya tahu saya banyak berubah pun sebab mama selalu doakan saya. Kalau tak, mungkin saya jadi lebih teruk lagi.

Saya tahu mama selalu backup saya bila saya argue dengan ayah yang lebih berfikiran 'logic'.  Saya suka bila mama back up saya. Tapi, mungkin ayah dah pujuk/brainwash mama dan lepas tu mama akan pujuk saya elok-elok dan stick to his plan. Selalu macam tu. Takpelah, asalkan diorang happy. Bila lagi nak buat diorang happy kalau bukan sekarang kan?

Korang, tolong doakan mama saya supaya dia dapat jawab exam dengan cemerlang ye!

P/S: I'm pulling all nighter now. Assignment oh..I love you. Haha~

No comments: