Wednesday, January 25, 2012

Adik kandung

Tengah kemas buku-buku adik lelaki sambil berborak dengan dia yang tengah melayan kucing kesayangannya. Oh ya, aku tak minat sangat kucing. Sederhana. Sayang, tapi penggeli sikit.

"kalau hachiko mati, sedih tak?"

"mestilah. Hati paan pecah nanti." laju dia membalas.

Haha. Aku tahan gelak sebab dengar dia sebut 'pecah'. Direct translation untuk 'break' mungkin. Maklumlah, dia ni kurang sikit vocab. Tapi tang main game, memang champion.

Sambil tahan gelak aku tanya dia,

"Hati paan pecah macam mana?"

"Macam kaca"

Oh, jiwang jugak eh budak darjah enam ni. Nie mesti berkat menghadap segala kartun dan kids drama dalam disney/nickelodeon/cartoon network.

Dia memang penyayang. Hari tu masa nak hantar kucing-kucing yang terlampau banyak dekat rumah ke pasar, dia menangis. Susah juga lah nak yakinkan dia untuk menghantar kucing itu semua.

Untunglah bakal adik ipar aku nanti. Haha.

 ~~~~
"Paan, dah sembahyang ke belum?"

"Paan, lipat sejadah tu"

"Paan, sangkut towel balik lepas guna. Pokpekpokpekpokpek......" kali ke duapuluh empat sound.

"Dah gosok gigi ke belum?"

"Shampoo rambut la. Busuk tau tak!!!"

Finally yesterday he said to me, "you're just like my mom" sambil mata menghadap kaca tv,tangan pegang controller ps2. Nice brother!

Fine. Haruslah aku menjadi kakak tiri lepas ni.

~~~~

Adik no.1 ajak tengok cerita korea tajuk dia doremifasolatido (kot, tak sure).

"Jom kita tengok movie ni. Kawan kata sedih. Dia menangis- nangis tengok cerita ni.

"Oh yeke. Sedih ek. Nak tengok sorang- sorang la." aku jawab.

Adik no.2 gelak sambil menyampuk cakap "aku dah tau. kau suka kan nak sorok tak mau nangis depan orang kan" sambil tolong terus gelakkan aku. Kurang asam punya budak.

Ok, kalau dah tahu, faham- faham lah ye.

Finally, aku tengok cerita tu dengan adik no.1. Tapi tak habis sampai ending sebab aku mengantuk nak tidur.

"tak sedih pun...."

"dah agak dah. Mesti along cakap tak sedih"

"tak feeling betul!!" dia cakap.

Errr, fine cerita tu sedih lah jugak. Kalau ada scene sedih- sedih aku mcm buat- buat lawak ke, ajuk cakap korea dengan cara yang annoying ke..Haha...saja je tak nak nangis.

Dah nanti aku nak tengok lagi. Sebab tak habis sampai ending.

2 comments:

SpitItOut said...

x nk nangis dpn orang... hikhik. Along kena tnjuk kuat kan. :)

Hannah Haykhall said...

Haha.along mengada tak nak emo. Padahal touching jugak tu kadang-kadang.