Tidur balik. Tarik selimut. Hujan kot.Sejuk.*Mak kandung dan bakal mak mentua, maafkan anakndamu ini.Hahahaha*
Ok, dah kahwin nanti confirm kau tak ada masa nak bermalas-malasan begini ya! Bangun balik, beberapa jam selepas itu.
Dengg~mimpi oh tadi.
Aku mimpi kena paksa 'bertunang'.
Paksa? Yes.
Aku balik-balik rumah je, tengok semua orang dah 'get ready'. Cakap "tahniah, dah nak bertunang".
What..?
Errrr..yang lain2 aku agak lupa.
Tapi yang tak boleh blah, aku macam tak suka lah ditunangkan secara tak professional begitu.
Eh, adake orang yang suka? Tak mungkin...
Entah siapa-siapa lah mamat tu pun tidak diketahui identitinya.
Dah kata kan kena paksa, haruslah 'sentap' sikit.
Bangun-bangun tidur je terus berfikir panjang.
"Eh, kalau mama and ayah buat macam tu, how lah..?"
Habis.
Plan A: lari rumah.
Plan B: lari....errrk? taktau nak lari mana dah.
Jangan mimpilah nak main 'lari-lari'. Feeling rebelious konon. Kalau lari, semua kemudahan-kemudahan seperti kenderaan, tempat tinggal dan sumbangan + tajaan kewangan nak cari celah mana kan. Dah lah tak kerja lagi. Wahahaha..Pasrah je lah.See, kuasa veto sememangnya di tangan mereka. Please,kalau korang encounter this kind of situation, sila jangan telan racun tikus okay. Move on people. Alah, tunang je pun. Lepas tu pura-puralah bergaduh pung pang pung pang, mintak putus. # Wah, senangnya hidup!!
Dan, mimpi-mimpi pelik sebegini bukan pernah berlaku sekali sahaja. Bahkan , wan a.k.a nenek aku pun pernah mimpi aku kahwin.Tak mainlah tunang-tunang. Kahwin terus kot. Wahahaha.. Masa tu aku still 1st year or 2nd year in uni kot. Scary okay. Thiz iz zerious bizness.
Ok, mimpi je tu. Takpe, takpe. Chill lah. Hidup harus diteruskan.
Eh, sweet ape bercinta lepas nikah. Wahahaha~
Aku rasa, alasan di atas itulah yang akan digunakan oleh mama dan ayah sekiranya aku membantah keputusan mereka. Yes, diorang takdenye bercinta bagai nak rak before kahwin ni. Dating pun ayah aku akan datang naik motor kapcai pakcik aku then pi serbu rumah mama. Oh ya, diorang pernah dating kat zoo negara dengan ditemani my uncle (sebab ayah aku sesat masa drive kat area ulu klang, end up sampai dekat zoo). Pastu, main balas-balas surat, time tunang 3 tahun. Lepas tu kahwin. Lepas kahwin dapat anak. Lepas tu...tadaaa dah 24 tahun kahwin and happy je. Sigh~
Aku syak, kadar penceraian meningkat sekarang dalam kalangan Muslim (keluar dalam paper dua minggu lepas kot) sebab diorang give all out time bercinta, sampai dah tak ada apa yang istimewanya bila time dah kahwin. Kot. Bila dah kahwin, bosan. Lemau. Kasih sayang tu kan pemberiaan yang maha kuasa. Bila-bila masa je dia boleh tarik 'perasaan' tu. So, beware people.
Dahlah, nak study ni. Ada paper satu lagi hari Selasa ni. Wahh, lepas tu merdeka. Tak sabarnya nak riang ria bunga api meletup-letup di hati.Ceh. Korang, again please doakan saya*tiba-tiba jadi lemah lembut dan sopan* ye .
Aku pasrah je kalau kena paksa. Haha. Cinta kan boleh dipupuk. Choii..geli tekak mendengarnya. :D
6 comments:
hah mama dah siap ni bunga manga tepak sirih baju nikah...
mamat bangla yang tiap bulan datang mesin rumput bakal laki hang huwahaha awwww gilaaaa anak kau hidung macam shaa rukh han
adik no.2,
anda memang biadap. adake doakan dengan mamat bangla? dengan orang lain boleh tak? hahahahaha~
tak main la hindustan. sekarang k-pop hokkey!!!
akak pun pernah mimpi bertunang....
tak lama lepas tu, akak jumpa bf akak sekarang..
haaaa.. mane lah tau tafsiran mimpi kita sama..
jeng jeng jeng ^_^
alamak..
akak telah membuatkan saya berdebar-debar.hehehehe..
mari kita nantikan episod tafsiran mimpi selepas ini..to be cont..
jeng jeng jeng.. ;D
tunang ekk, tahniah!hihihi :}
eypp..
itu tak rasmi. dah rasmi nanti confirm aku akan buat 'coverage' dalam blog.wahahaha..berangan seh..
Post a Comment