God. I'm so lack of idea right now. Dalam kepala , banyak benda nak tulis banyak nak luah tapi alih-alih bila menghadap skrin, terus jadi blank. Haha. I should have a small note book. Macam buku 555 tu. Senang nak tulis idea.
Mengimbas kembali perbualan dengan Prof. Is dekat dalam bilik tutorial minggu lepas.
Dia tanya aku spontan, apa maksud Ontological sambil pandang aku yang terconggok dalam bilik tutorial seorang diri.
"Ermm, it's a branch of philospophy that talks about things in the world and their interaction" Penat doe hafal terms-terms semua. Nasib baik ingat.
Dia senyum. Dan berhenti pandang skrin sambil pause sekejap.
"Awak ni pandai. Paper final awak jawab dengan baik. Susunan ayat awak semua ok saya tengok.Saya tak percaya student macam awak fail" perlahan dia berkata-kata.
"Saya tak tahulah apa masalah awak.." Prof Is pandang aku.
Ok, aku admit rasa macam 'best' bila Prof cakap macam tu. Haha. But why now Prof? Why..?
Sebab saya tak hantar SATU assignment dan tak buat forum. Kenapa saya tak buat? Sebab saya malas dan sebab saya tak minat dan sebab saya rasa subjek ni membosankan. Saya pun hairan kenapa subjek susah saya boleh skor, dan subjek ni saya sangkut. Erm, sampai dua kali. Gila kan? Err, tapi saya tak gila. Saya normal dan waras. Subjek Microbiology yang Prof ajar masa Sem 2 saya dapat B+. Saya suka je dengar lecture Prof, walau kawan-kawan lain dah tidur dalam lecture hall time tu. Entahlah Prof, something happend dan saya tak tahu nak terangkan macam mana. I have my own issues too. Sorry, I didn't mean to hurt you. It's my fault.
Aku jawab dalam hati jelah. Apa, ingat aku berani ke nak jawab macam tu? Mimpilah. Haha.
Bermasalah sungguh aku ni. Haha. Luaran mungkin lecturer tak akan jangka pesen student macam aku yang tak banyak cakap + innocent *to their eyes* rupanya seorang yang bermasalah. Innocent ke? Haha. Suka ponteng kelas bila takde mood tu innocent ke? Wahaha.. Aku suka rebel sorang-sorang masalahnya kalau ada benda tak puas hati. Lepas tu rasa guilty sebab tak pergi kelas. Buat dosa kan, haruslah rasa bersalah. Haish..
Sangat tah ape-ape.
Aku tak dapat bayangkan macam mana aku nak deal dengan student if one day I'd be a lecturer. Haha. What comes around goes around. Kan?
Kejap, ok aku tak suka kutuk lecturer dan aku tak suka orang yang suka kutuk-kutuk lecturer, lepas tu depan dia bukan main baik lagi. Lembut gigi daripada lidah. Sangat talam. Kepantangan aku. Sebab buruk baik lecturer pun, dia tetap seseorang yang menyampaikan ilmu. Kalau kawan-kawan dok komplen or cakap-cakap belakang, aku just dengar jelah. Nak menambah itu ini, aku agak kureng sikit. Eh, tak bermakna aku tak pernah kutuk. Pernah kot tanpa disedari. Haish, macam-macam peel betul lah. Kecualilah kalau lecturer tu macam gampang, barulah namanya akan ku sebut2. hahaha..jahat gila. Tapi, aku tak pernah jumpa lecturer macam gampang setakat ni. Yeay.
To play it safe, aku kalau boleh lagi suka kalau lecturer tak kenal aku.Tak tahu nama lagi bagus. Boleh jadi invincible (supaya boleh skip kelas). Tapi, ambik kau. Aku syak, satu jabatan dah tahu nama aku sekarang. Choyy..Patutlah asyik tersedak je lately. Haha. Ketua jabatan (ex-supervisor) lagilah dia kenal aku. erkk, so memang tak boleh lari. Co-ordinator program, dah memang cam muka aku ni. Lagilah..hadoii..
Mesti diorang pelik, apalah masalahnya budak ni??
Kalau cerita pun, diaorang tak akan faham. Tak akan. So, better off I keep it all to myself. Aku rasa macam buang masa cerita perkara yang aku rasa sesiapa pun tak akan faham. Ye, mereka boleh beri pendapat, tapi I need someone that not can just give "pendapat" but at the same time can "feel" the same way. Susahnya. It's like looking for a needle in a haystack.
Aku tak tahu ni habit buruk ke baik. Aku tak suka nak share problem. Dengan sesiapa. Haha. Kegembiraan tu, of course akan dikongsi. Aku rasa, kena belajar untuk lebih 'open up' dan 'express' perasaan. Macam, it's okay to upset/marah/cry over something. Kan ada jenis-jenis manusia bila diorang ada problem/dilema they'll straightly say about that. Just blurt it out randomly to just anyone. Kalau aku, aku akan cuba deal dulu sendiri, dan bila sampai satu tahap yang aku rasa aku perlu bagi tahu sesiapa, barulah aku akan open up.
Tapi, It's so stressful. Kena pretend okay, padahal tak. Jasad ada dekat Malaysia, hati ada dekat London. Haha. Begitulah.
If you never failed, you've never lived.
2 comments:
ceewah klu kau jwb straight cmtu mmng ak salute ahh. haha...aku pun rse kau ni mmng budak cerdik tpi nk buat camne everybody have their own problem.. huihui.
part ni mmng ak stuju gler2; lg lect x knl kite lgi bgus sbb aktiviti memonteng clss sdh tentu akn berjalan lancar..hoho.
Hahaha..bab skip klas tu aku suka. Kalau takde mood, apa lagi. Tapi nanti rasa bersalah lak lepastu. Gile.
Kau jangan, nanti student kau buat hal camne? Hahaha..
Post a Comment