Friday, February 17, 2012

Sorry, I'm Not A Teacher

Dekat kaunter Check-In LTAK. Tengah hari tadi.

"Selamat tengah hari" lelaki dekat kaunter tu menyapa ramah. Antara dengar, tak dengar sebab aku tengah nak cari IC dalam purse.

Jarang kot nak jumpa ground crew kat counter yang ramah. Ataupun tak pernah jumpa kot. Paling-paling pun depa akan senyum sikit. Takdenye nak beramah-tamah nak berborak.

"Ye, selamat tengah hari" aku balas  mengangguk sikit sambil adjust beg atas conveyer belt. Berbahasa sikit. Kan. Ape salahnya.

Hulur IC kat dia.

Dia sengih. Aku pun pelik.

"Awak cikgu ye?" dengan random dia bertanya sambil pandang aku, sambil buat kerja.

Errk. "Eh, taklah" aku geleng kepala . Cepat je jawab 'tak'. Muka aku ni muka 'cikgu' ke? Wahahaha.

"Ooo, habis tu kenapa jawab tadi?" dia senyum-senyum lagi, sambil pandang-pandang kawan dia yang tengah entertain customer kat kaunter sebelah.

Aku macam pelik. Eh, aku dah salah jawab ke tadi? Maybe time mula-mula dia sapa tadi dia panggil aku 'cikgu' kot. Entah aku pun tak faham macam mana 'cikgu' boleh timbul.

"Saje je" aku cakap dengan selamba. Tak tau nak cakap apa. Tak faham sebenarnya ni. Haha.

"Ooo, saje je" dia ulang balik apa yang aku cakap secara slow motion sambil senyum-senyum and pandang kawan dia kat sebelah. Kawan dia pun tumpang gelak. Haish, confuse aku.

Dia tanya nak pergi mana, flight pukul berapa..bla bla bla..

Dah siap semua, dia hulur boarding pass, sambil siap bangun daripada kerusi lagi tu. Errk. Ekstra peramah. Tak payah berdiri pun takpe.

"Terima kasih cikgu.." sempat lagi tu nak mengenakan aku. Tang 'cikgu' tu dia tekankan kuat.

"Gate 2 tau" dia sempat pesan. Macamlah aku tak reti nak cari sendiri.

Sengih sikit. Sikit jelah. "Sama-sama." Then terus blah.

Haish, lelaki tetaplah lelaki.

Ok, boleh tahan handsome la. Tinggi.Ada potensi nak jadi Cabin Crew. Hahahahaha.

Sekian.

Oh ya, bagus Air Asia! Tadi depa pasang lagu daripada Florence and The Machine- Shake It Out time tengah menunggu before passenger load and while taxi dekat runaway before take off. Cayalah. Nasib baik aku tak nyanyi kuat-kuat. Aku dahlah hafal lirik dia. Haha.

2 comments:

SpitItOut said...

hihi...ada muka ala2 pendidik laa tu, harap2 nnti dpt jdi pendidik,aminn.. meh sini muka kau kat aku, berlainan sekali situasi ngan aku, mse buat med check out doc tu tnya "betul ke awk buat med chck out tuk keje, bukan nk smbung blaja?? ada bwa offer letter x?, bak sini nk tngok..."

hows ur exam cikgu??

Hannah Haykhall said...

Hahahaha..sure org tak percaya kan kau nak jadi lecturer nanti..mesti org confuse, "nie student ke, lecturer?" time kau kat kuantan nanti. Sure punyalah. Asalah cikgu cute sangat kan..hahahaha.

Amin. Nanti aku akan ikut jejak langkah kau. Exam was fine. 90% soalan aku boleh jawab, alhamdullilah. Fuh, lega doe. Cuma , the final result tak keluar lagi. Hopefully everything gonna be fine.

Doktor yang examine kau pun tak percaya kau nak kerja ek. Haha. Lawak ah.