Monday, February 27, 2012

Pavlova Sharapova

Okeh, tajuk tak boleh blah kan..hahaha..dahlah Sharapova kalah final Australia open hari tu..bagi can lah kat Azarenka..kan..Diorang sangat hot okeh..jealous.

Oh ya, aku telah membuat eksperiment 'Pavlova' petang tadi. Biasanya dok dengar orang heboh sana sini makan pavlova kat Alexis. Alexis pun aku tak pernah jejak, inikan nak merasa keenakan pavlova yang digembar-gemburkan itu. Well, Seremban nie apa ajelah yang ada kan..hihihi.. Ini tak leh jadi. Aku harus try satu. Lagipun bahannya mudah dan dah sedia ada di rumah. What you all need are white eggs, castor sugar, vanilla essence, corn flour and vinegar. Mudah kan puan-puan sekalian...hahahaha..Muntah..




Aku salin ikut pemahaman sendiri. Hihihi..so, ayat agak bercelaru sikit.



Korang jangan lah tiru resepi ni ye. Takut lainl ak jadinya nanti. Sebab egg whites tu aku guna baki buat macaroon itu hari. So, aku tak sure sukatan nya tepat untuk 2 biji telur atau tak.Rasanya tak sampai 2 biji kot. Gula pun aku guna 1/3 cup sahaja. Dan aku tak guna habis sebab tak mahu manis sangat. Itupun manis jugak ye. Kalau nak lihat resepi yang lebih tepat, silalah google. Ataupun usha mana- mana blog masakan yang meletops macam cik mat gebu (tiffin biru) , masam manis ( auntie azlita) and many more..dekat joy of baking pun ada resepi nya..diorang ada tunjukkan step by step. Aku just main taram je nih..haha..aku buat half daripada resepi asal. So,untuk selamat sila rujuk resepi asal di blog2 yang disebutkan diatas. Sure tak menyesal punya...Gerenti jadi..cewahh..




Pukul putih telur sampai kembang. Dengan kelajuan maksima. Add in castor sugar bit by bit. Mix  guna mixer sampai bila kau angkat bowl, putih telur tu tak jatuh apabila diterbalikkan.




Dalam mangkuk yang lain, satukan esen vanila, cuka masakan dan tepung jagung




Alaskan dulang pembakar dengan baking paper. Nie versi tak jadi punya Hodoh gils So, tukar plan B


Mulanya, aku tak reti nak buat shape macam mana. Then , aku terfikir nak piping sebab nampak CMG pun pipe his pavlova. So, jadilah dia seperti bentuk di bawah.



Versi yang jadi. Plan B.


Oh ya, jangan lupa untuk sediakan buahan-buahan citrus dan masam-masam seperti strawberry, kiwi, peach. Malangnya kesemua di atas tiada di rumah. Gila ke nak makan stroberi and kiwi hari2? Bankrupt. Tskk.. Aku tengok dalam peti ais ada  anggur + mango, so hentam je lah.  Pisang ada, tapi tak ke pelik tu nak letak sekali. Nehi nehi nehi..







Penat aku nak membuang biji2 anggur itu



Sambil buat kerja, tengok2 ada budak bertuah ni bawah kerusi. Tengok je aku buat kerja.  Suara dia halus je. Suka mengekor orang.Nama dia KKJ. Bukan Khairy Jamaludin ye. Tapi short form untuk Kiki Jr. Apak dia nama Kiki. Muka je innocent, tapi suka berak dalam rumah lepastu aku jugak yang kena bersihkan. Stress!!



Sambil2 tunggu dia masak, sila whip kan whipping cream. Sampai kembang. Mujur ada lagi stok last year. Hentam lah labu..kasi habis.









Lepas Pavlova  dah masak dan dah disejukkan, letak whipping cream atas dia dan taburkan buah-buahan mengikut citarasa . Dan boleh lah ngap ye. Aku makan masa nak teman mama buka puasa. Then tiba-tiba ayah aku lak balik dari KL. Biasanya dia tak balik. So, ayah makan almost one portion. Good daddy!! Ayah ni cerewet bab-bab makanan. So, bila dia habiskan one portion, apakah maknanya itteww ? Hahaha..Yang aku buat ni sangat kecik ye. Mini pavlova. Tadi bila aku nak turun balik nak try another portion, dah habis ok. Waaaa...sapa punya kerja ni??? 

So, oleh kerana aku makan hanya sesuap apa yang aku boleh katakan pavlova ni agak manis walaupun dah kurangkan gula. Lepas ni kena kurangkan lagi sebab aku tak tahu nak bajet macam mana. First time buat. Lepas ni, mungkin boleh kurangkan lagi. Rasa manis dia diseimbangkan oleh whipping cream dan buah-buahan yang masam. Pavlova rangup di luar, chewey di dalam. Itu yang aku boleh katakan. It's a good try. Good experience. You all should try okay!!





Hoyeahh..



P/S: Maaf gambar tak cun atas pencahayaan yang kurang serta tukang amik gambar yang super duper amatur. Ambik guna camera iPad. Malas aku nak pinjam kamera gedabak adik aku tu.

5 comments:

Anonymous said...

hebat! nak cuba jugak lah :)

Hannah Haykhall said...

Akak, u should try tau.
Mesti akak buat sedap punya lah..
Caiyok!
:)

karenontheshore said...

wahh...rajin kau ni! keep it up! mse blaja dlu prnh buat skali,,,aku bende2 meringue ni x brape sngt nk mkn.

prima donna said...

Oh pavlova di al*xis. teringin nak singgah makan..tapi my mum keep questioning, adakah ia halal? etc.
Tp bila tgk ingredients mcm okay saja. Tak tahu kalau dia ada pakai secret ingredients whatsoever.

Sekarang teringin nak try buat kek red velvet. Tapi tak jumpa resipi yang confirm. Kalau amik yang kat internet tu selalunya mcm 'ta ya pa wau' je. Tak pernah cari kat blog2 lagi.
Da pernah try buat?

Hannah Haykhall said...

SpitITout,
Aku tak rajin la, nie dah gian nak buat something je..haha..aku pun tak makan sangat, cuma nak buat eksperimen je..hihi

SleepTalker,
You should try, taklah susah sangat nak buat. Sure dah selalu gi alexis kan ni..red velvet? Tak pernah buat, tapi pernah rasa. Kalau buat nanti takut tak de orang nak makan kat rumah ni sebab they all tak suka..apa yang i suka, they all tak suka..so agak kontra di situ...hehe..