Wednesday, February 8, 2012

Wan

Balik kampung tempoh hari. Balik hari sahaja. Untunglah kampung dekat kan.Tak sampai sejam Seremban-Lubok Cina. Kalau tak tahu, boleh google ye. Haha.

Wan cubit pipi aku sambil cakap

"Nasib baiklah cucu den ni nak sambung  sekolah (belajar di uni)  lagi. Kalau tak dah den nikahkan dengan dak aboi tu hah"

Terdiam jap.

"Aboi mana ni wan?" errr..boboboi kartun tu aku taulah.

"Anak maklang kek (kat) johor tu ha" merujuk kepada cucu sedara tiri wan.

" Anak dia yang mana satu?"

"Ada anak dia sorang tu. Tak kahwin lagi"

Adik-adik aku dan maksu dah bersorak macam apa entah kat belakang tu. Aku macam blur lagi.

"Dia baik ke wan? Ishh, wan ni pandai-pandai je. Sian along" adik aku menyampuk .

"Apo lak tak elok eh. Baik yo perangai " wan membacking 

"Ishh, tak nak lah wan. Tak kenal pun.."

"Along dah ada someone tu  wan" adik aku cakap. Ini entah dia dapat daripada sumber mana la.
 
Wahaha. Gila ke apa wan. Ok, fine harap nenek aku main-main jelah ek.  Aku rasa diorang ada datang last raya. Mak lang tu aku kenal lah. Ada datang raya dengan dua anak bujang dia. Tapi aku tak sure Aboi tu mana satu. Aku bukan jenis suka pandang-pandang orang. Masa dia datang aku buat dek je. Salam dengan Mak Lang tu jelah. Pastu haram nak bertegur sapa. Ai kan pemalu gituuu..hahahahaha.Muka nak menyombong je. Hihi. Haruslah kan.

Ok. Cerita tamat di situ.

Balik ke Seremban semula, dalam kereta dengan Mak Su.

" Kakak tau tak kenapa wan cakap pasal Aboi tu?" maksu membuka topik hangat untuk dibincangkan

"Tak, kenapa?"

"Aboi tu dia suruh mak dia cari kan calon isteri. Tapi dia nak daripada kalangan orang kat kampung ni and orang -orang yang wan kenal. So, mak lang tu pun minta tolonglah wan cari kan calon untuk dia. Ada kak zahidah tu, tapi dia dah ada kawannya. So, wan pun ada jugak suruh maksu cari-cari kan jugak kawan-kawan mak su ke, tapi mana ada kan."

"Aboi tu umur dia 30 tahun, dah ada rumah and kereta semua. Kiranya dia dah stabil lah. Dia keje kat government. Cuma dia tak ada calon isteri ajelah."

"Oooo. Faham"

"Wan saja je gurau tu" mak su cakap. Mak su pun tak kahwin lagi ni. Mana boleh anak buah kahwin dulu. Tak aci lah" kata maksu yang berumur 25 tahun, anak buah paling tua umur 23 tahun (aku).

"Haha. Cepat-cepatlah suruh abang faiz masuk meminang."

Kalau pun wan bersungguh, aku tak rasa aku nak sebab aku tak ready lagi kot. Tak puas enjoy (mengikut kata nafsu). Dan aku tak rasa ayah bagi. Haha. Ayah tak garang tapi dia cerewet. Kalau nak ikutkan perkiraan, tahap umur yang aku rasa agak stabil yakni bila dah tamat belajar (dalam perancangan untuk sambung) dan mula bekerja adalah pada umur 27-28 itu kira dah stabil lah.

Empat ke lima tahun tak lama. Tapi, bila dengar ustaz azhar idrus cakap pasal soal nikah dan jodoh ni, rasa rugi pulak kalau tunggu lama-lama. Silalah google 'Ustaz Azhar Idrus' kalau nak tahu lebih. Hehe. Tapi, maksure korang ada basic bahasa ganu okeh.

3 comments:

karenontheshore said...

x salah beb kawin smbil blaja, lg cpt kawin lgi afdal..hehe. Confirm ni beb smbung..kau dh apply blum? mak aih mude mak su kau..sma baya aku.

Hannah Haykhall said...

Wahahaha..takut la nak kawen. Nak ikut jejak kau lah. Haha. Maksu aku memang muda beb. Baya kau je. Dah macam adik beradik pun. Aku tak apply lagi. Dah apply nanti aku gi tau kau ok. Dilema oo dilema.

Anonymous said...

Congratz~ Hehehe! LOL
-JO_o3"