Wednesday, May 16, 2012

Random rant


Hai. Hari ni cuti. Ye, cuti. Sebab baru dapat tahu cuti hari selasa, so memang tak plan apa-apa. Oh ye, dapat gaji oh hari ni. Gaji OT and whatnot for april. Hewhewhew..mahsyuk la jugak. Asal gaji aku macam lebih from others ? Yela, aku expect dapat sikit, sekali..far from what i'd expected. Alhamdullilah.

Ok setelah tolak duit segelas ice lemon tea yang kena bayar sebab shot time jaga barista, kira ok lah. Remember about gelas yang aku pecahkan last saturday? Guess what, my miss a.k.a owner of the SR telah bermurah hati cakap tak payah tolak gaji. What what? Mahal oo gelas..

My supervisor cakap, miss kata tak payah bayar sebab firstly, aku mengaku yang aku pecahkan gelas dan kedua sebab aku kerja bagus (ni supervisor yang cakap tak tipu ohh..haha) dan tak degil mcm sesetengah pekerja, so miss cakap tak payah deduct gaji. Lagi satu, time aku jaga barista sepanjang 2 minggu lepas, ada shot satu green apple celery segelas. So satu gelas lebih kurang rm 7.50 macam tu. So instead kena bayar harga segelas, supervisor cakap aku just ganti je dua biji apple hijau dan celery 80 g sahaja. Lalalalalala..ok, done done. Tadi dah pergi beli.

"Macam mana boleh pecah itu gelas?"

Aku senyum simpul je sambil mata terkelip-kelip pandang miss. Ok, memang semua orang pangil dia 'miss' sebab dia tak kawin lagi.

"Gelas banyak masa tu, lepas tu masa basuh terlepas and terus jatuh atas gelas lain" aku explain

"ada lelaki handsome ke lalu masa you tengah basuh gelas? Itu pasal lah gelas pecah kan?" miss buat lawak la pulak..

"tak ada lah miss, mana ada.."

Cepat cepat aku lari gi buat kerja lepas sesi temu bual tu.

Oh yea, isnin lepas aku start jaga cake counter. Oh pening la jaga cake ni. Aku prefer handle barista. Hewhewhew..ok, baru sehari je..i still got plenty of time there.

Time jaga cake counter, ada one guy dressed in a light green tshirt and wearing khakis berdiri depan aku sambil fikir nak pilih kek mana satu. So there I am, tiba2 rasa my heart skip a beat. Haha. Tak pernah ok sepanjang aku berkerja kat sana tiba2 macam tu. Ok, dia pilih cake dan aku pun amikkan. Ingatkan dia nak takeaway. Lupa pulak nak tanya. Time dah siap bungkus, nampak dia duduk kat table 22. So, suruh budak2 jaga floor ni tanya dia nak makan sini or bungkus? Excited si nash and ain nak pergi tanya..so ain pergi..ok, fine dia makan sini. Oh ye, dia handsome jugak. Ehem.. Patutlah berebut nak pergi tanya. Hai la kanak2 ribena ni...

"omg lelaki table 22 tu lah yang dah bayar kek one slice lepas tu tak amik kek dia. Dah 4 hari kiteorang tunggu orang nak amik kek, tapi tak ada. Pastu terus buang kek tu" tiba2 nash separuh menjerit bagi tau sambil buat muka terkejut.

Obviously aku tak perasaan pasal dia sebab aku sibuk buat air kat kaunter barista sepanjang minggu lepas. See, jaga barista membuatkan aku terlepas perkara-perkara menarik.

"handsome kan dia..omg" diorang excited. Tak adalah handsome sangat, tapi boleh la kot. Haha..

Aku macam biasa, buat muka cool. Senyum sikit. Tak mengiakan tak jugak menidakkan statement mereka. Dalam hati, dah pelik apesal my heartbeat lebih laju daripada biasa ni. Haih. Serious lari terus the rythm of my heartbeat masa tu. Haha.

Tadi dia makan cheese brownies. Yang hari tu pun dia order new york cheese cake. Ok, dia suka cheese. Haha. Aku tak suka sangat cheese cake.

Dia makan kek sekejap, lepas tu bayar. Air takeaway Iced caffe latte. Dia tak senyum, tapi dia cakap "thanks" masa aku hulur air. Haha. ok lah tu.
Hey weird guy, hope to see you around. Obviously he's a regular kan..he'll come back.

Perasan tak how we'll argue yang this guy is more handsome than other guy. How conflicting it can be untuk meletakkan kriteria 'handsome'. Handsome je tak cukup i guess, dia kena ada added value macam charm and great personalities. Macam bila semua orang suka aaron aziz, i can't get it sebab aku rasa memang dia handsome, cuma he's not my taste. Memang tak ada perasaan la kiranya. Cewahh..begitulah...

Preferences setiap individu berbeza.

Untuk things at first sight macam ni, memang complicated. It's just a fling by the way. Haha. Don't take it seriously ya..


- Posted using BlogPress from my iPad

6 comments:

Dammit said...

Ok la tu ada entertainment kat tempat kerja. haha!

prima donna said...

haha..teringin nak tgk that guy. nak rate pakai sy punya 'handsome guy meter' point of view :D

Hannah Haykhall said...

@dammit

Entertainment? Tak best sebab tak tahu dia siapa, nama apa, umur berapa , Single or available (paling penting)...

Oh, i'm getting serious here. Haha


@putri

Teringin eh? Dia biasa2 je, but there's something yang buakan dia stand out. Faham kan? Dia ada iras2 aqasha pelakon tu.

prima donna said...

u mean dia ada that 'coarsely shaven look'? or maybe some jambang like aqashah?

Hannah Haykhall said...

@ putri

Dia tak ada jambang or misai, tapi rambut n mata dia macam aqashah. Dahla, no more stories about him. It's over.haih...buat penat je tersuka kan...

prima donna said...

chiil ok. kita cari baru lepas ni :)