Monday, September 10, 2012

Catatan tentang 16 & lelaki

Ia perbualan yang tidak dirancang. Aku terlihat avatar twitter dia. Gambar dia bersama kawan lelaki yang pernah jadi rakan sekelas.

"Siapa sebelah tu?"

"Afnan" oh..aku kenal kawan dia tu. Sebenarnya hampir semua kawan dia aku kenal. Haha. Cuma aku lebih ingat pasal Afnan sebab dia pakai perfume perempuan. :)

"Eh, arep tak jelous ke?" aku tanya kepada dia perihal Arif, si buah hati.

"Buat apa nak jealous pulak?" satu soalan pula yang dia berikan. Sambil tu tangannya ligat menaip di atas tablet, update twitter barangkali.

"Korang dah putus ke?" aku cuba meneka.

Senyap.

"Korang dah putus ke?" aku tanya lagi. Dengan nada yang mungkin lebih menjengkelkan. Haha. Ye, aku memang begitu. Kadang-kadang.

"Yeeee..." dia menjawab sambil buat muka tidak beriak. Kononnya cool.

"oh yeke..." nada suara aku pun sama mendatar sambil terbayang wajah 'bekas bf' si adik.

Soalan kenapa aku ajukan. Kenapa? Katanya dah bosan. Dia sendiri minta putus daripada si lelaki.Aku tergelak sendiri. Emmm..baguslah begitu. Aku pun tak berapa gemar dia dengan 'bekas bf' dia. Dekat fb nampak macam lelaki desperate yang friendlistnya dipenuhi dengan perempuan. 90% adalah perempuan. Wall dipenuhi dengan ucapan daripada si gadis. Ughhhhhhh....ok, mungkin aku sangat judgemental. Tapi, entahlah. Naluri seorang kakak yang lebih makan garam daripada si adik mungkin lebih benar?Who knows...

Aku tahu si adik adalah gadis ceria yang mempunyai ramai kawan lelaki mahupun perempuan dan pada masa yang sama masih menjaga tata susila sebagai seorang muslimah. She's a good girl, pray 5 times per day, responsible with her study, 16 and has a lots of potential. Aku nak dia menikmati kehidupan seorang remaja. Tak perlu terikat dengan 'lelaki'. Maksud aku pada umur 16. Bila tiba masanya, dia boleh memilih. Malah yang lebih baik , yang lebih sepadan pasti ada untuk dia.

"Kenapa tak bagitahu along korang dah putus?"

Dia diam sahaja sambil tangan ligat menaip dia atas tablet.

"Perlu ke bagitahu?" dia bertanya kembali sambil buat muka sarkastik dan pada masa yang sama tersenyum kambing.

Perangai memang sama dengan aku. Tak reti mangadu. Semua suka simpan sorok buat pekasam. Aihhh..

Patutlah. Status dekat facebook dia lately 'lain macam'. Hmmm..

"Marilah kita mencari cinta Allah ye" aku bergurau dengan dia sambil membuat nada suara yang sangat 'annoying'. Kami bergurau memang terkadang agak gedik dan pasti disalahtafsirkan bagi yang tak mengerti. Haha.

Sebenarnya, aku memang maksudkan apa yang aku katakan. Dan aku sedang mencuba. Mungkin dia sangka kakak dia yang 'gila' ni bergurau. Aku nak pujuk perasaan dia balik. Aku tahu dia cukup bijak untuk menilai baik buruk pilihannya. Mungkin dia dah sedar, hubungan ini tiada hala tuju dan menjemukan.

Entah, aku yang pernah merasa kemanisan usia 16 tahun suatu masa dulu bersekolah di sekolah yang semua pelajarnya adalah perempuan (asrama penuh) dan semua kawan-kawan aku semuanya perempuan. Obviously lah kan. Haha. Tiada masa mahu 'usha' lelaki. Lelaki yang aku kenal mungkin terdiri daripada rakan sekolah rendah dan juga semasa menuntut di tingkatan 1. Life 'menengah atas dan bawah' aku tak sama dengan dia. Ye, life aku kelihatan sangat membosankan. Infact, memang membosankan pun. Sangat 'plain'. Tidak bewarna-warni seperti dia *cemburu*.

Aku juga jatuh cemburu sebab aku tiada *guide* semasa berusia 16. Aku sangat perlu berdikari untuk semua perkara. Aku rasa sunyi juga ketika itu. Emmm.. At least dia pada umur sebegini ada aku sebagai kakak. Untung kan? Haha.

Perkara yang lepas tak perlu diingat-ingat selalu. Sesekali dikenang untuk dijadikan pengajaran, mungkin tak mengapa.

Sentimental betul bunyinya. Haha.

- Posted using BlogPress from my iPad


No comments: