Thursday, September 20, 2012

Nikah

Tak susah, tak juga mudah.
Semenjak dua menjak ni, aku jadi sidekick to my friend that's getting married this coming friday.

Run errands here and there.

Ramai yang fokus pada perkahwinan semata-mata pada 3 hari penting yang bakal mereka lalui. Nikah, beersanding (sebelah lelaki), bersanding (sebelah perempuan).

Emmm, aku rasa macam ada something yang kurang.

Saat-saat akhir nak diijabkabulkan, baju nikah tailor lambat siapkan, hantaran tak complete lagi, tudung mak tak jumpa yang matching lagi......dugaan.

Siannya jadi pengantin..stress!!

Aku tak taulah turn aku macam mana nanti.

Aku prefer bersederhana daripada semua segi, fokus lebih kepada kehidupan selepas '3 Hari' tersebut, fokus menjadi lebih baik before getting married, timba ilmu agama + rumah tangga + parenting + finance blablabl..

Yang paling penting, harap semua usaha kearah 'membina masjid' diberkati. sebuah pernikahan yang mendapat keredhaanNya. Parents pun happy (a blessed marriage is important!) penyatuan 2 buah ikatan kekeluargaan. Dan kita kahwin ni pun sebab nak masuk syurga samasama kan?

Ah aku ni tulis je pandai kan. Haha. Emm, yang baik kita cuba ikut dan berlatih baiki diri mana yang tak baik ambil iktibar. Jangan sibuk jaga tepi kain orng, tapi fokus memperbaiki diri sendiri hingga tak sempat nak cari kelemahan manusia lain.

macam khalil gibran pernah tulis, perkara yang sama membahagiakan kita adalah juga perkara yang sama yang menyakitkan. Pain and joy are one in the same.

Orang yang paling kita sayang boleh jadi juga orang yang sama buat kita menderita.

#just saying and quote it here. so i coud share and keep it in my long term memory