Weehuu, it's good to be at home. Safe and sound.
Eh, esok balik kampung balik yang mana telah menjadi 'rumah sewa' aku sekarang. Haha.
I don't know where to start, really.
Haha. Takde benda pun nak tulis.
Staying with my wan makes my pipi jadi makin bulat. Ehemmm. Dah lah masak sedap-sedap hari-hari. Pagi-pagi siap buatkan aku breakfast, bancuh siap-siap air nescafe white coffee dalam mug khas untuk aku. Hehe. Jangan haraplah nak dapat layanan macam tu kalau dekat rumah sendiri. Breakfast yang wan pernah masak macam nasi goreng, mee goreng, kuey tiaw goreng, nasi impit and kuah kacang (padahal raya dah lama habis), nasi lemak... sarapan yang berat2 belaka. Aku biasa pagi makan roti je dua keping. Nak tolak kang, siapa lagi lah yang nak makan. Atok aku jenis tak sarapan pagi. Wan aku lak dia suka masak, tapi makannya kurang. Seciput je dia makan. Tingallah aku seorang je. Hambikk!
Ada satu hari tu dia nampak aku gemar benar makan serunding daging yang maklang aku buat. Then bila pergi pasar malam the next day, dia beli daging sekilo sebab nak buat lagi serunding tu. Sebab 'kakak' suka. Kakak tu, merujuk kepada akulah tu. Tau tak berapa kalori serunding tu?? Banyak ooooo...*geleng kepala* Dikala hari raya korban yang bakal menjelma ini,wan aku pasti membuat lagi serunding daging yang enak itu. Pasti.
Kadang-kadang bila aku nak pergi sekolah, wan siap isikan air kosong dalam botol air aku lagi tu. Tengok2 je air dalam botol tu dah berisi.Hahahaha..macam mengimbau kembali kenangan di zaman persekolahan lah pulak bila mama isikan air dalam botol, and aku akan terus ambik bawak gi sekolah. Itupun zaman tadika je kot. Haha. Now, dah umur 23, wan still treat aku macamlah aku ni sekolah rendah lagi. Adoii la..
Oh, kitaorang jugak selalu gi pasar malam kat kampung tu yang ada setiap hari selasa. Meronda lah kitaorang berdua. Aku kena jalan slow sikit lah, kena tunggu wan nak jalan.
Atok lak busy memanjang. Askar pencen la katakan. Tapi sekarang dia busy mengalahkan yb. Kejap kejap kang keluar gi seremban la, gi tampin la , gi kl la mesyuarat...jawatan je ada 12. Haha. Kat kampung jadi bendahari masjid la, pengerusi surau la, pengerusi koperasi la, ehhhh banyak betul jawatan atok aku ni. Kejap2 kang dia duduk kat meja dia tu buat kerja. Tekun. Aku perasan atok ni jenis yang ramai orang 'trust' dekat dia. Jawatan yang dia paling banyak pegang adalah bendahari. Duit masjid semua dia pegang. Aku rasa atok aku lagi terel pasal accounting daripada aku ni..
Life wan macam best je. Pagi2 bangun subuh, siapkan sarapan sambil tu mengaji time pagi. Then wan suka lepak dekat beranda..duduk kat situ sambil pegang tasbih..kekadang dia termenung jee..lepak2 fikir apa entah..hehe..sian gak tengok..macam sunyi je atok dan wan kalau anak cucu tak de kan..apalah diorang buat. Wan pukul 10pm dah tido dah..atok aku chill lagi..dia tido bila time berita dunia tv1 tu dah keluar...haha..Pastu diorang ada cucu angkat yang bernama 'anjer'. Cucu angkat diorang tu haiwan berbulu yang berwarna hitam. It's a cat. Gila manja! Haih. Dia mengekor je mana wan or atok aku pergi. Pastu macam faham je bila wan and atok aku berborak dengan dia.
Dah duduk sekali ni, barulah aku tahu selama ni aku macam sibuk belajar je. Nak balik kampung memang jarang lah kecuali time raya. Itupun sekejap je. Now, bila dah tinggal sekali dengan wan and atok rasa makin sayang kat diorang and nak balik kampung more often, selagi diorang ada kan. Wan pun bukannya sihat sangat. Hmmm..
I feel loved. Syukurlah still ada wan and atok.
- Posted using BlogPress from my iPad
No comments:
Post a Comment