Sunday, January 20, 2013

Under The Weather

Sakit mengajar kita bahawa selama ni betapa kita selalu memandang enteng pada nikmat kesihatan.

Masa sakit, kita tanya diri "kenapa aku sakit?".
Tapi, tak pernah pun terdetik nak tanya "kenapa aku sihat?" selama dikurniakan nikmat kesihatan.

Hmm..macam itulah manusia.

I'm down with severe diarrhea + vomitting + stomach pain + dizziness starting from 2 A.M this morning sampailah membawa ke sekarang. Now dah okay, cuma sakit sikit-sikit and pening je. Ya Allah, lemau macam hape jadinya. Rasa nak pengsan pun ada. Lebih 6 kali gi toilet. Seriously, lembik. Pastu muntah- muntah pulak. Adoi. Segala perkara yang dirancang semua tak menjadi gara-gara sakit yang diturunkan Allah s.w.t.

Semalam sihat, hari ni sakit. Anything can happen. Kita boleh rasa kita sihat je, tapi bila Allah s.w.t nak turunkan sakit itu jugak, sesihat mana pun boleh jadi sakit dalam sekelip mata. Kita ni memang hamba yang tak berdaya. Sangat lemah.

Seriously, masa sakit hanya diri kita sendiri yang dapat 'mengalami' the real pain. Masa itu, aku fikir ini baru je sakit perut, orang yang sakit teruk-teruk tu macam manalah kan. Mungkin sakit diturunkan untuk menghapus dosa dan sebagai pengajaran (bagi yang ingin berfikir).

Mungkin apa yang berlaku ni boleh dijadikan pelajaran buat aku. Lagi berapa hari je nak bertolak ke tanah suci. Tak dapat bayangkan kalau aku sakit macam ni semasa berada di sana. Barulah aku sedar, 'kesihatan' itu satu nikmat yang sangat-sangat penting. Bila dah sakit, apa pun tak boleh buat.

Aku berusaha (menjaga kesihatan) dan berserah segalanya pada Yang Maha Esa. Aku sedar, kita hanya boleh bergantung harap hanya padaNya.

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami, kurniakanlah kesihatan untuk beribadah padaMu, terimalah Ibadah kami. Janganlah Kau bebankan kami dengan sesuatu yang tak mampu kami tanggung. Peliharalah kami dari azab dan seksaMu. Sessungguhnya, hanya padaMu kami bergantung harap.

Amin.


No comments: