Sunday, February 17, 2013

Travelog Umrah: Madinah al-Munawarrah (Part 2)

Hari Pertama Di Madinah. Bergerak ke lawatan dalam sekitar Masjidil Nabawi.




Suasana Malam Di Masjidil Nabawi



Di luar perkarangan Masjidil Nabawi. Tengah menunggu Asar waktu ini. Kat luar pun boleh je solat. Tapi dalam boleh muat lagi. Tapi selalunya kawasan perkarangan perempuan ini selalu dipenuhi oleh warganegara India/Pakistan.

Assalamualaikum w.b.t,

Entry ini merupakan sambungan entry ini. Silakan baca dahulu. 


KUALA LUMPUR-JEDDAH-MADINAH

Setelah tiba di Jeddah, kami bertolak pula ke Madinah di mana terletaknya salah satu masjid yang teragung di dunia iaitu Masjidil Nabawi. Perjalanan dari Jeddah ke Madinah memakan masa antara 5 ke 6 jam perjalanan. Jadi, usai sampai di Airport Jeddah, kami bertolak pula ke Madinah dengan menaiki bas.Kantoi naik bas baru sebab plastik cover kusyen pon dia tak bukak lagi time tu. Hehe. Nama bas dia Dallah.

Capture no.plate bas. Takut terlupa. Sebab bas melambak-lambak masa ni. Naya je salah naik bas.



Abaikan budak tersengih sebab excited dapat naik bas. Hehe. I told you, plastik tak cabut lagi..


Kehadiran kami di sambut oleh Mutawif bas No. 1, Ustaz Ahmad Saukani. Orang Indonesia. Oh ya, di sini  memang ramai khidmat Mutawif Indonesia digunakan. Mutawif Malaysia pun ada, cuma mungkin mereka terlibat dengan group-group lain. Mula-mula dengar dia berucap masa bas bergerak, aku sangka mutawif kali ini macam 'bapak-bapak' je. Bajet ingatkan pakcik-pakcik Indonesia la, sekali nampak muka laaa..takde la tua sangat. Haha. Adik aku kata muka dia macam Hattan time pakai sunglass. Ceh.

Oh ya, perjalanan ke Madinah diteruskan selepas selesai urusan headcount oleh ketua rombongan. Seingat aku, bas bergerak dalam pukul 9 malam waktu tempatan (Saudi lewat 5 jam dari Malaysia). Kami berhenti untuk solat Maghrib dan Isya (Qasar dan Jama' Ta'hir) di kawasan ______ (dah lupa nama tempat tu), tapi aku ingat lagi, tempat tu jugak aku pernah singgah 8 tahun lepas. Dekat dengan airport. Solat dan juga kami makan di situ. Makan nasi ayam penyet. Keadaan masih sama, surau still kecik macam dulu cumanya yang beza kawasan sekitar dah pesat membangun. 

Selesai makan di tepian koridor/jalan (makan tapau je), off we go. Moh la kita naik bas. Oleh kerana hari sudah malam, maka mata pun meminta-minta untuk dipejamkan. Tapi, aku tak boleh lena langsung time tu. Sebab rasa lenguh badan lah, seat bas tu macam keras (mengada). Sebenarnya aku memang jenis susah nak tidur dalam 'kenderaan yang bergerak'. Tapi aku tengok orang lain rilex je tidur. Jeles. Siap berdengkur pun ada. Haha. Jadi, aku pun pakat-pakat lelap mata sambil sumbatkan earphone dengar zikir dalam mp3. 

Antara terjaga dan terlena sepanjang 6 jam perjalanan, akhirnya sampailah juga kami ke bandar yang bercahaya, Madinah. Seusai menghampiri tanah haram Madinah, mutawif sekali lagi memecah kesunyian mengejutkan jemaah bas yang lena sambil berceloteh menyampaikan info-info mengenai kota Madinah. Dari jauh dah nampak masjidil Nabawi bercahaya-cahaya dari jauh. Terang benderang. Melonjak-lonjak gembira dalam hati ni. Ya Allah, syukur lah sampai jugak aku ke sini jugak. Haih. Sebak+sedih+terharu+happy semua perasaan pun bercampur-campur. Time ni gelap, so hotel kitaorang tak adalah betul-betul depan masjid. Agak jauh juga. Dah nampak lampu/masjid dari jauh pun dah cukup happy. 

Turun je dari bas, mak aii sejuk betul. Suhu ketika itu dalam 15-16 darjah celcius. Load bag, kemudian tunggu di lobi untuk urusan penyerahan kunci bilik. Kami menginap di hotel Mubarak Silver Hotel. Komen mengenai hotel? Please jangan expect hotel yang kita duduk ni macam hotel yang selalu kita pergi di Malaysia. Hotel dia mungkin rate 3 bintang, tapi setelah melihat keadaan sebenar maybe aku boleh bagi dalam 1 bintang atau 2 bintang je la. Haha. Kami dapat bilik 4pak + 2pax (bayaran berbeza mengikut bilik). Kami adik beradik dan mama duduk sebilik, si adik lelaki duduk dengan ayah berdua. 

Bayangkan kami dapat bilik yang memang khas untuk 2 orang, tapi di tambahnya katil lagi 2. Sempit sampai nak letak beg pun tak muat (time tidur baru letak beg dekat bawah katil, time biasa-biasa beg letak atas katil sebab susah nak jalan dalam bilik). Haih. Tanpa dipinta, aku macam eh, bukan dulu time we all pergi bilik besar ke. Tapi, aku just senyap je la kan. Mama pun macam, takpelah. Try to be cool. Hehe. Dalam hati tu macam hampa jugak. Sebab bukanlah kita nak demand sangat tapi, 'keselesaan' tu tak ada. My mum cakap, kalau dia tahu daripada awal baik dia boleh je bayar bilik ikut harga 2+2+2. Hmmm..susah nak cakap. Rasa tertipu pun ada. Mama yang cool itu pun boleh tahan jugak lah mengeluarkan 'hujah-hujah' nya , but still she's still take it as a challenge. Imagine orang yang berkongsi bilik dengan orang yang diorang tak kenal, lagi la tak selesa kan. Apa pun, bersyukur je la. Redha.




Our hotel is 2 blocks away from Masjid. Dalam 200m. Yang positifnya pasal hotel di sekitar Madinah ni , ia dikira dekat lah dengan masjid. In Sha Allah, tak lah sejauh hotel di Makkah. Kawasan di sini pun tak berdebu serta sibuk seperti di Makkah. Ada pro and con jugak. Apa-apa pun, yang penting adalah fokus kepada 'ibadah' kita. Jangan asyik nak mengomel je. Hilang pahala.

Pagi itu, kami sampai sekitar jam 4 pagi waktu tempatan,lepas masuk bilik semua bersiap-siap terus ke masjid. Azan Subuh pertama berkumandang (sejam awal), terus mama dan adik2 perempuan aku turun ke masjid. Aku lepak je dalam bilik sebab time tu uzur syarie. Fuhh. Badan memang penat gila sebab tak dapat 'proper' sleep sepanjang daripada KL hinggalah sampai ke Madinah. Aku ni dahlah jenis nak tidur mesti di atas katil. Itu baru betul-betul tidur (bagi aku yang mengada-ngada ni , hehe). Sambil tunggu depa semua pulang, aku take a nap dalam 15 minit, then bangun balik mandi dan bersiap sarung jubah hitam, then sambung tidur balik. Penat wehh. Lepas diorang balik, dalam pukul 6 smth, terus siap-siap pakai tudung untuk ke dewan makan. Pernah duduk asrama? Ha, lebih kurang macam tu lah ye cik adik dan cik abang sekalian. 

Expectation aku sekali lagi 'meleset' gara-gara membayangkan buffet spread (breakfast) seperti yang selalu aku pergi di hotel-hotel di Malaysia. Please, korang kena banyak 'bersabar' dan terima je apa sahaja okay. Eh, time 8 tahun yang lepas (1st umrah), jemaah tak ramai sebegini. Jadi, makanan best dan banyak choice! Juga tempat makan tak payah berebut or kena main chop-chop tempat (kalau tak de tempat makan boleh bawak makanan naik atas bilik sebab ruang yang tak mencukupi). Hehe. Cuma mungkin syarikat travel agency ni dah 'up' dan ramai orang pergi dengan dia, maka agak 'sesak' sikit ye. Ramai group-group lain pun ada sekali. Ada yang dah 2 hari sampai di Madinah, ada  group yang dah nak berangkat ke Makkah dan ada juga group yang baru sampai (group kami). Hmmm, ye sesungguhnya dalam tempoh 8 tahun memang banyak perkara yang dah berubah. 

Tak nak mengomel banyak, aku simpan je semua 'expectation' aku dalam hati. Apa yang penting, adalah aku dah sampai di sini dan kali ini datang bersama ayah dan adik-beradik.  Itupun dah kira bersyukur. Kalau nak 'selesa' dan  expect semua 'macam di Malaysia', silakan pulang ya. haha.  Perkara 8 tahun lepas, sila simpan dalam hati sahaja. Payah kalau asyik nak banding-bandingkan. Oh ya, kecuali kalau korang pergi dengan package vip or vvip, maka semua ini tak akan berlaku. Kot.

Mama lawak je. Dia tak tahu ada package yang boleh duduk di hotel 5 bintang or dalam kata lain package vip. Bila dia belek paper hari tu, nampak lah iklan travel agency yang aku pergi umrah ni ada tawarkan package vip (duduk hotel hilton Madinah dan Makkah). 

"La, kalau mama tahu mama amik je package ni" kata dia. Beza harga seribu ++ kot.

Takpe la ma, takde rezeki. Ada hikmah nya tu. Ada jemaah negara lain tu, lagilah duduk merempat je kat tepi-tepi masjid. Takde pun duduk hotel. Lagi kesian. Ye, benda-benda macam ni banyak mengajar kita erti 'syukur' kan. Astagfirullah..maafkan kami Ya Allah jika kami terlupa untuk bersyukur atas segala nikmat yang  engkau berikan. Maafkan kami. Aku fikir, hotel ada bintang atau tak, vip atau tak, yang paling utama adalah bagaimana kita menggunakan sebaik-baik masa dan peluang yang terbentang luas untuk beribadah di sana. Sangat-sangat penting. Niat itu kena selalu betulkan. Ingat balik tujuan kita ke sana. In Sha Allah, masalah kecik tak jadi besar.

Hari pertama berkisar sekitar lawatan dalam iaitu kami dibawa melawat sekitar Masjidil Nabawi dan juga  Raudah (di dalam masjid). Apa yang berbezanya kali ini, jemaah wanita mempunyai 'mutawif wanita' untuk lawatan dalam. Best. Kalau dulu, memang main aci redah je time nak masuk masjid untuk pertama kali. Sekarang alhamdullilah, pihak travel agency dah sediakan khidmat mutawif wanita. Jadi group lelaki pecah dengan group wanita. Kami melawat ke sekitar masjid, ke maqam baqe', dan juga mengucapkan salam pada Rasulullah di hadapan perkarangan masjid. Aku yang waktu itu uzur syarie rasa sebak juga lah. Sedih sebab tak dapat masuk masjid. Nak pergi Raudah jugak, nak pergi makam nabi. Tapi, rezeki aku bukan waktu itu. Tapi di waktu lain yang sememangnya Allah s.w.t dah tetapkan (nantikan cerita menarik nya nanti ya). Sekali lagi aku belajar sesuatu di sini.

Jadi, bila mereka dah masuk ke masjid, aku pun balik lah ke hotel sorang-sorang. Nak lepak luar masjid, tak de geng lah pulak. Lagi pun aku tak bawak apa-apa pun time tu. Duit pun tak tukar lagi. Nak jalan keliling round-round, dah la aku sorang-sorang je time tu. Macam tak selamat je kan. Kena ngorat culik nanti macam mana..haha..

Dan begitulah berakhirnya hari tersebut. Subuh-Zohor-Asar-Maghrib-Isya' untuk hari ke-2 di Madinah aku masih lagi uzur syarie. Sudah ketentuanya begitu. Apa pun, aku bersyukur sebab sesungguhnya Allah s.w.t adalah sebaik-baik perancang. He knows everything.  Esoknya, hari ke-3 aku dapat solat Isya' di dalam masjidil Nabawi. Alhamdullilah. Berkobar-kobar ni aku berjalan ke masjid sorang-sorang (time tu depa semua dah pergi ke masjid awal), sambil hati berlagu-lagu berzikir la, kejap kang selawat la. Bertukar-tukar. Hehe. Excited sangat time tu. Jemaah memang ramai. 

Yang penting, kena yakin dan ingat pintu mana kita masuk dan kena 'confident'. Jangan takut-takut, sebab ini rumah Allah. Itu je. Time tu dah nak dekat Isya', so memang crowded. Melalui pengalaman-pengalaman lama, kalau nak gi saf depan kena pandai-pandai langkau-langkau. Maksudnya, kat sini diorang main redah je even kalau kita tengah sujud, depa main langkah je. So, jangan marah sangat kalau time kita tengah solat tetiba ada orang main aci lalu je depan saf kita. Adik aku mula-mula dia rasa marah dan pelik awat la depa ni lagu ni. Haha. Lama-lama dia pun 2x5 jugak.

Next entry, aku akan cerita pulak pasal 'lawatan luar' sekitar Madinah. In Sha Allah.


4 comments:

Dammit said...

Sangat-sangat rindu tempat ni. Post byk gambar lg pls! :)

karenontheshore said...

ada jemaah yg merempat..hurm agak kesian. kuat semangat demi ibadah, x pa ganjaran mrk dpt x ternilai harganya


wahh...teringin wehh..

Hannah Haykhall said...

@Dammit
rindu kan? kumpul duit, nanti leh pi sana lagi. will post more pics, In Sha Allah..

@Karen
Ye, sian tengok orang yang merempat ni. Banyaknya ada di Makkah. Madinah okay lagi. Takpe, turn kau akan sampai gak nanti, In Sha Allah.

said said...

Kenangan indah di Madinah. Masih teringat saya di hujung kanan tu ada kedai barangan dan di tepinya ada penggurup wang, di depan hotel tu ada kedai minyak wangi "perfume hub"