Assalamualaikum w.b.t dan hai!!
Lama dah tak mengarut bukan-bukan dekat sini. Rindu. Lately, banyak fikir pasal 'life'. Perlahan-lahan, aku semak dan audit semula apa yang telah berlaku sepanjang perjalanan aku yang hampir mencecah 24 tahun (next week :) ) di bumi Allah s.w.t ini.
Banyak persoalan yang aku abaikan dulu, kini perlahan-lahan aku mula mencari dan mencari solusinya.
Asking is a good thing but if you ask silly question, you'll bound to get silly answers. Heh.
Persoalan yang paling-paling 'ultimate' yang aku sering ajukan pada diri sendiri adalah, 'what is your purpose in this life?'.
Fuh. Berpeluh nak jawab. Bukannya tak pernah tahu, tetapi selama ini sering mengambil enteng akan persoalan ini.
"Takpelah, muda lagi. Enjoy je. Kerja kuat-kuat cari duit kumpul harta, beli kereta, beli rumah. Just go with the flow. Buat baik sudah asalkan tak kacau hidup orang lain.Hidup sekali, why don't we enjoy first. Dah tua nanti baru lah taubat, barulah pergi haji." antara jawapan 'coverline' sedapkan hati suatu ketika dahulu.
Dunia, dunia, dunia. Kejar selagi boleh. Kejar selagi nyawa masih di kandung badan.
Tapi, jauh di sudut hati ada suatu rasa yang 'tak best'. Is it what you really want to achieve? Worldly affairs? Itu je? Itu je ke? Sedangkan aku tahu ada suatu fasa kehidupan yang 'eternity' di sana nanti. Abadi. Kekal. Syurga, neraka?
Persoalan sekitar 'kematian' pula kicks in suddenly.
Mati. Setiap yang bernyawa pasti merasai 'mati'. Mati itu pasti. Tapi, dah bersediakah aku? Allah....
Hidup ini tak lama mana sebenarnya. Mati tak kira muda atau tua, sihat atau sakit. Hakikat yang pahit untuk ditelan, tetapi semua itu benar. Sangat benar.Allah...
Bekalan dah siap ke wahai empunya diri yang bakal di kuburkan? Allah..
Iman ada naik dan turun, ada masa hanyut terleka, ada masa tersedar kembali dari 'mimpi' dalam jaga.
One thing je yang aku harap dan doa selalu,
"O, Allah, please guide me all the way to your jannah"
Guide me all the way through rain or sunshine. Indeed, Allah dosen't need us at all, but we are the one that need HIM the most."
It's not what you have but, it's who you've become that matter the most. Definasi 'kejayaan' yang aku cari-cari selama ini. Akhirnya baru aku temui. Cewah. Macam lirik lagu nasyid la pulak..hehe..
Yup, finally aku sedar. Hidup bukan berkisar sekadar 'aku' sahaja, tapi lebih daripada itu.
Fullfilment in life comes thru giving and contributing to others.
- Posted using BlogPress from my iPad
No comments:
Post a Comment