Assalamualaikum w.b.t,
Pada entri yang lepas, ada seorang annonymous post comment dan bertanya tentang soalan seperti di bawah ini:
hai i just came across your blog..Would pleased if you could share abit more more of your umrah trip as i'm gonna be there on 4/3. boleh jugak jd panduan sikitx2 like the wheather now and what to expect and so on. thanks
Sorry sangat-sangat. Hampir terlupa nak menjawab pertanyaan pn/en/cik anon. Dah nak pergi umrah dah kan? Selamat menunaikan umrah ye. Saya doakan pn/en/cik anon mendapat umrah yang makbul. Weeee..bestnye..haih, rindunye nak ke sana lagi.
Ok, saya tak pasti sama ada pn/en/cik anon masih mengikuti penulisan saya atau tidak. Tapi, suka saya nak share pengalaman yang sedikit ini supaya pn/en/cik anon dapat sedikit sebanyak 'bersedia' fizikal, mental dan rohani In Sha Allah.
Persediaan Sebelum Umrah
1.Spiritual
Oh ya, sila lawati blog Prof. Kamil atau lawat laman facebooknya untuk mengetahui updates-updates terkini sekitar Madinah/Makah. Banyak ilmu yang beliau kongsikan di sana. Prof Kamil sekarang dan isterinya menetap di Madinah.
#wajib baca. Memang best sangat2. Bacaan yang santai tetapi penuh dengan ilmu. |
#wajib baca. Sangat-sangat best. Kiteorang angkut buku ni sekali masa buat umrah. |
2. Mental
# Sila latih diri anda untuk banyakkan bersabar dan sentiasa bertolak ansur dalam apa juga keadaan. Set kan minda untuk 'bersabar'. Akan ada dugaan dan ujian di sana yang mungkin akan menggugat kesabaran anda. Jaga mulut, jaga hati dan fikiran.
# Ingat 'tujuan' kita nak ke sana. Fokus itu kena betulkan. Apa yang kita 'niatkan' itulah yang kita akan dapat. So, kalau kita fikir nak beribadah, maka itulah yang akan kita laksanakan. In Sha Allah.
# Kalau boleh, sewaktu di Malaysia dah 'plan' apa yang kita nak buat di sana. Macam, nak bangun pagi pukul berapa? Nak iktikaf di masjid lama mana? Nak buat umrah berapa kali, nak buat badal umrah untuk arwah yang sudah meninggal. Aku rasa bila kita sudah 'plan', kita akan lebih fokus.
3.Fizikal
# Please jangan underestimate 'kesihatan' anda. Tak kira betapa sihatnya kita, betapa 'remajanya' kita di Malaysia tak semestinya kita akan sihat untuk beribadah di sana. Please biasakan berjalan/briskwalk/jogging even before berangkat ke sana. Kita akan banyak menggunakan 'kaki' untuk berjalan.
# Bawa ubat-ubatan. Tapi, kat sana pun banyak farmasi. Kalau tak nak bawa, di sana pun ada. Tapi, my mum siap bawak segala jenis ubat. Hehe.
# Bio oil untuk elak kulit kering (biasanya sapu before tidur). Sebab keadaan cuaca di sana, kulit memang akan jadi 'kering'. Kulit kaki tend untuk merekah. Jadi sila bawak segala jenis pelembap yang biasa diguna. Vaseline pun okay juga.
# Bawa penutup mulut/mask untuk elakkan habuk construction di Makkah. Sangat berdebu. Dikhuatiri akan batuk-batuk. Kami satu family start batuk bila dah balik Malaysia. Aku pulak start batuk di sana time dekat-dekat nak balik dan severly batuk bila balik Malaysia. Batuk is no joke okay. Haha.
# Banyakkan berdoa semoga Allah S.W.T permudahkan segala urusan kita di sana terutama sekali di dalam aspek kesihatan kerana ibadah umrah ini memerlukan tenaga yang sentiasa dalam keadaan optimum. Apa pun, with Allah's help, anything is possible.
4.Material
# Telekung : aku bawa 3 helai sahaja. Kain tak bawa pun. Sebab selalunya pakai dengan jubah. Lagipun boleh basuh di sana. Ada dobi, but a bit pricey.
# Baju : Abaya sehelai + Baju kurung sehelai + Blouse labuh sehelai + Tshirt muslimah 3x +pakainan tidur & pakaian harian +pashimna sehelai + sweater sehelai + seluar slack 2x & seluar untuk pakai dalam jubah. Oh ya, sebab aku memang dah aim nak beli abaya di Madinah, so memang tak bawa baju banyak sangat. Teehee...
# Tudung : bawa tudung yang tidak jarang serta menutup bahagian dada. Senang cerita, yang boleh terus bawa solat. 3 helai dah cukup. Kebanyakkan masa akan pakai telekung je di sana nanti. Telekung cepat kering kalau basuh. So, no worries.
# Stokin tebal & hand sock secukupnya. Stokin boleh beli di Makkah/Madinah kalau tak cukup. Kain ihram pun banyak dijual di Makkah/Madinah. Kalau nak beli di Madinah dulu pun boleh. Banyak di jual di sini, don't worry. Sebab kain ihram lelaki itu memang tebal dan memakan ruang beg. My dad bila nak balik Malaysia dia tak bawa pun kain ihram balik, wakaf kan je kat sana.
# Kasut : sport sandal sepasang (pakai pergi masjid dan di sana) + flat shoes (in flight). Bawa sekali uncang kasut. Kalau nak guna plastik bag pun ok je.
# Handphone: bawa tapi tak guna sangat. Guna sms je. Boleh beli sim card di sana nanti.
# Camera : Bagi wanita dilarang membawa camera berhandphone/ camera ke Masjid Nabawi. Guard akan check beg sebelum masuk.
# Buku panduan umrah + Buku nota (catatan) + Buku-buku lain (sementara nak menunggu boleh baca) + Al-Quran terjemahan (penting)
# Botol air kosong/tupperware: Nak isi air zam-zam. Kiteorang satu family memang tak boleh tak ada air kalau pergi mana-mana. Always kena ada atleast a bottle. You need to always hydrate your body, untuk mengelakkan dehydration. Air zam-zam ada di dalam Masjid Nabawi dan sangat banyak di Masjidil Haram. Pilih nak sejuk or room temperature air zam-zam.
# Sunglass : terik mentari di sana boleh tahan juga. Hehe. Always bring em wherever you go. Even masa tawaf dalam keadaan panas pun boleh pakai.
# Skin care : Mositourizer is a must! Bawa lip balm (chapped lips). Masalah aku, my lips tend to 'burn' more (jadi merah dan it hurts) rather than my skin. Hehe. Rentung gak la. Pipi jadi merah, kulit makin tanned. Pakej terbaik!
# Toileterries & travel kit : Bagi si pemakai braces macam aku, memang selalu kena ada toothbrush+ toothpaste. Wajib! Paling koman pun mouthwash la. Aku paling tak selesa kalau lepas makan tak gosok gigi. Hehe. Sediakan handwash/wet wipes/tissue/hand sanitizer yang boleh diletakkan di dalam beg kecil semasa travel.
# Bawa minuman 3 in 1 : mama bawa kopi radix + nestum 3 in 1 . Kat sana ada free flow of water, tapi kami memang minum radix je or nestum. So, tak yah berebut-rebut nak bancuh air dengan orang lain. Pihak travel agency ada sediakan minuman panas macam milo (tak sure milo ke vico ke..) + gula + teh + kopi yang perlu dibancuh sendiri.
# Makanan tambahan : Vitamin + Olive oil + Habbatus sauda' dan lain-lain.
# Bagi yang susah nak terima makanan di sini, bawalah sambal gesek/rendang kering/serunding. Hehe.
No comments:
Post a Comment