Wednesday, August 14, 2013

Resepi Donut Gebu Bersalut Cinnamon






Ingredients

Bread Flour                        500g
Custard Flour                     25g
Castor Sugar *                   50g
Butter                                50g
Water                                210g
Egg                                   2 nos
Salt *                                1g
Dry Yeast*                       15g
Bread Improver                10g
Bread Softener                 10g

Methods/Kaedahnyee..

1. Ayak bread flour (kalau rajin), kalau malas tak yah ayak. hehehe..Aku selalu skip bab ayak tepung. Cuma kalau buat kek je aku akan ayak.

2. Sediakan mixing bowl yang besar. Campurkan campakkan semua bahan dalam mixing bowl kecuali bahan bertanda *.

3. Okay, lepas dah habis aktiviti campak mencampak itu, masukkan pula bahan bertanda * kedalam mixing bowl yang sama. Tapi, makesure letakkan di tempat berasingan dan jauh dari each other. Letak dry yeast kat hujung sana, salt hujung sebelah sini, gula dekat sebelah sinun. Yang penting kena asing2.

4. Kemudian uli bahan tersebut sampai sebati. Aku guna tangan je sebab tak ada bread maker/dan tak ada hook attachment untuk menguli roti. Sobs.

5. Lepas semua bahan dah sebati dan membentuk doh, dah cun, dah sebati semua bahan,  tutup mixing bowl dengan plastic wrap/kain/plastic biasa pun tak apa, sebab kita taknak dough kering. Rehatkan dough dalam 15-30 minit. Time nie adalah masa untuk dough naik 2x. Kalau nak lambatkan proses, letak dalam peti ais dulu, kalau nak cepat, letak je kat suhu bilik. Nanti dough akan membesar bagai johan. hehe..

6. After 1st resting, dough akan membesar 2x ganda. Punch/knock dough tersebut (untuk buang angin). Then, uli dough buat kali ke dua. Uli sampai dough elastic dan membentuk thin membrane.

7. Agak2 dough dah cun, roll out/canai the dough (guna rolling pin), jangan tebal sangat dan jangan nipis sangat. Pastu, terap guna penerap donut. Ada banyak jual kat bakery shop. Aku guna yang paling kecil untuk efek donut yang comel. hehe..

8. Sebelum nak mencanai tu, taburkan atas meja (aku buat roti atas meja marmar) dengan tepung supaya dough tak melekat dan senang nak di alihkan. taburkan juga tepung atas korang punya tray.

9. Restkan dough yang dah diterap dalam 5-10 minit. Then bolehlah digoreng. Jangan kuat nau api tu, kang rentung plak donut uolss kan..

Coating donut

1. Cinnamon powder
2. Castor sugar

Kaedahnye

1.Campur castor sugar + secubit dua cinnamon powder (jangan letak banyak sangat, cinnamon ni strong, so letak sikit je nak kasi bau and flavour). Kacau sampai sebati, then bila donut dah digoreng, coat dengan bahan tersebut.

2. Kalau  terlebih rajin, boleh je coat dengan coklat then tabur dengan hirisan badam  (maksure bakar dulu badam tu) ke apa ke..ikut la citarasa uolss kan..

Notakaki

#donut ni best dimakan panas-panas, serve dengan teh o panas. Sedap!
#ni resepi Chef  T bagi time baking class, so aku ikut teknik dia ajar bulat-bulat
#kalau korang nak buat sikit je donut ni, bahagikan resepi (bahan2) kepada 2.
#kalau time kelas chef  J (dia tak ajar aku), student diorang memang kena buat roti/donut semua guna tangan. tak ada nya machine2.
# the reason kenapa bahan * aku masuk last dan letak berasingan sebab tak nak bagi reaction berlaku sebelum waktu. Yeast akan mati bila jumpa garam (dgn kehadiran air), gula pulak adalah makanan yeast. So itupasal letak bahan * last sekali dan asing-asing.
#so far, makcik-makcik aku dah amik resepi ni, buatnya belum lagi. hehe.
#Kalau tak ada tepung roti, boleh je guna tepung gandum biasa.
#Buat ni, konfem jadi. Aku sebab stress buat cupcake tak berapa nak jadi, terus aku buat donut. Hah, konfem jadi Insha Allah .

Selamat mencuba!

No comments: