Assalamualaikum dan hai,
Dah 'lama' tak menaip, rasa kekok nak memulakan mukadimah. Tipikal blogger mencecah tahun nak masuk 4. Awal-awal dulu semua pun nak tuliskan. Haha. Kalau tak percaya cuba baca entry awal aku. Eh takpayah lah, sure mengantuk. Boring~
Why don't you stop writing crap hana?
Errr
Pernah jugak berniat murni sebegitu. Banyak kali, actually. Nak 'tutup' terus 'delete' pun pernah terfikir jugak (time emo ). Tapi, aku ni dahlah tak banyak mana amal jariah. Kalau ada entri yang bermanfaat tu, boleh jugak dapat 'share' sikit. At least, entry 'braces' aku membuatkan ada je orang visit blog, walupun blog hambar tuan dia malas nak update. Ceh. Maaf lah. Entry konon-konon 'travelog umrah tahun 2013' dulu pun terhenti setakat Madinah je. Yang kat Makkah langsung nan ado...Haha. Teruk gila 'procrastination' aku ni kan. Awal-awal je bajet berkobar2 nak menulis. Maafkan saya penunggu gua!
2014? Apo cito?
Ye, kalau korang mengikuti perkembangan akak , sekarang akak sedang menetap di Jordan ye adik-adik. Akak bukan sesaja nak duduk sini. Tak. Family akak semua berada di sini ye. Sekarang akak bergelar penuntut 'markaz lughah' a.k.a kuliyah bahasa Arab. Baru level 1 jeww korang... Akhir bulan 5 nanti ada final test maka berakhirlah level 1. Semua ada 4 level ye buat pengetahuan adikku sekalian. Diorang cakap start naik level 2 akan jadi lebih susah.. omg camner niii? Oh ya kelas akak 5x seminggu Ahad-Khamis setiap 9.15 am sampai 1pm. Mu'alim a.k.a cikgu 95 % cakap Arabic and lesson 100% in Arabic. English dia so-so je, akak punya Band 3 MUET pun tak leh celen. Gila berlagak..haha Band 3 je kot itupun sebab tak study bebetul sebelum amik test, kalau tak sure Band 5 kan..hahaha. So mula-mula tu macam blur je time dia ajar, Sebab tak faham dia cakap apa. Now ok je. Tips nya adalah : buat-buat faham..hehe.
Mesti korang tertanya-tanya, apa ke best tak Jordan? Happening tak? Arab handsome tak? Pengsan tak tengok? Ada 'crush' tak kat sesapa? Muehehehe...
Krik krik krik krik krik...
Ok, korang cepat hapuskan angan-angan a.k.a imaginasi liar korang semua. Wosh wosh wosh.. akak tak main lah mat-mat arab nih. Dah pangkah awal-awal. Memanglah ada yang 'hot' tang muka. Tapi melihat kehidupan dan ragam'kebanyakan' mereka di sini, terbantut terus 'taste' akak. Mushkilah kabirr..Wahahaha. Akak tetap setia pada oppa-oppa made in Korea . Annyonghaseyo~. Mentang-mentang kat sini dah pekena kimchi + make friend dengan gegirl Korean, terusss feling feling ahhhhhh. Cinta lama berputik kembali..*dia dah start dah angau kpop* Puiii... Korang tau kan taste I macam mana. Haha. Kalau tak Park Yoo Chun, Hyun Bin pun boleh, Seo Ji Sub pun ngam boy group terbaru akak setelah diperkenalkan oleh bff Korean akak kat sini, EXO..korang tau takk? Femes diorang nih.
Oklah, nanti kalau akak ada masa akak sambung lagi ye. Banyak ni nak share. Haha. Dah lama tak share resepi kan. Hah, haritu akak firstime tau masuk Marathon kat Dead Sea. Walaupun takat 10Km sajo. Rasa dah habis hebat dah tu. Haha. Ok lah nak tido, esok nak pergi Ikea. Jangan ingat Malaysia je ada Ikea , Jordan pun dah up satu.
Bye,
XOXO
No comments:
Post a Comment