Friday, February 25, 2011

Aku seorang pemalu!

Okay, aku memang pemalu + penyegan + confidence level 50-50..*pengakuan ikhlas dari hati*. Lebih-lebih lagi dengan jejantanz or nama lain nya lelaki. Dalam hal ni tidak termasuk ayah and pa'an. Tuh lain citer la..Diorang dua je lah lelaki dalam hidup aku setakat ni..Ececeh..*serious*


Eh, x faham. Kenapa nak kena tulis benda-benda nie??? Owh okay. sebab aku terpengaruh dengan entri dekat sini!! Sebab terbaca macam-macam entri pasal 'relationship'. Bila dah cakap pasal bab ni mestilah ada sangkut paut antara lelaki Vs perempuan. Nak gebang lah gak pasal citer 'relationship' aku yang lepas-lepas..jeng jeng jeng..











Ok tipuuu...verangans lah nak ada 'relationship' ape kebendernya. Nak borak dengan lelaki?? Harooom jadahnyer lah. Mak ni dah lah penyegan. Serious aku tak tau apesal dengan aku ni. Sentiasa awkward dengan bangsa-bangsa bernama lelaki ni. Ini kisah benar!

Ok fine masa kecik-kecik time sekolah rendah ada lah kawan-kawan lelaki. Biasa lah tuh kan. Start ade crush lagi tuh. Masa darjah satu( awal gile dh start suka suka orang ni..) nama dia Amirul..Darjah dua tak ada..Darjah tiga pun sama gak. Darjah empat si Alif..Darjah lima tak ada. And last skali darjah enam aku minat kat sorang budak nama dia izzat..Kah kah kah..lawak gila ah. Izzat ni kan suka tau sakat aku. Kitaorang start kenal masa tusyen dekat rumah teacher apa ek? dah lupa nama dia. Dia suka sangat ejek2 aku..benci ai tau..tapi dalam hati sudah mula tersangkut. si izzat ni bila nampak je aku mulalah ejek2 panggil dugong. Okay, memang sakit hati sangat tapi aku leh lak minat kat mamat nie.. Adeii...Tapi kengkadang aku ada gak aku menyampah gila dekat dia rasa macam WTF ?? haaa...tapi masa tuh tak derlah mencarut. Aku budak baik lah gak..heh..Then, kitaorang ditakdirkan untuk berpisah. Start sekolah menengah aku masuk skolah lain dan dia skolah lain. Frust gila lah sebab dah tak jumpa dia.

Form 1 aku skolah campur. Aku masuk sekolah harian biasa tapi aliran agama. Tapi bertahan sampai setahun sahaja sebab my parents had to move to KL. Yeay, aku suka sangat masa tu sebab dapat pindah sekolah. Rasanya tak tahan ah dok sekolah sesama berlawanan jantina. At that moment aku rasa macam tak selesa gila bila bercampur dengan lelaki. Aku dalam mind aku dah set yang lelaki in semuanya gampang (ape ek maksud ni, tak tau..lalaala) dan suka ejek-ejek orang. Dah lah my close friend mula start bercinta cintun. Minta si polan si polan lah. Adehh..aku kadang-kadang kena selesaikan masalah percintaan diorang. Tapi tah apa kes aku pernah telefon m classmate lelaki nama dia Syafiq. Ya Allah, that was the first time I called a boy. Aku dah lupa kenapa and sebab apa aku call dia tapi aku sangat ingat yang dia cakap suara aku sedap. LOL...Itu lah first time and ever okay aku telefon lelaki. Sumpah sekali tu je..Reason? Tak ingat. malueeww..

Sekejap. Aku rasa aku dah start berchatting masa time form 1 guna mirc. Cett..and masuk channel sekolah lagi tuh and ter'berkenalan' dengan sorang mamat form 2. Jeng jeng jeng.. Okay ntah macam mana my friends and me dapat his hp number. And aku start texting dia but dengan identiti yang aku reka-reka sendiri. Masa tu aku dah pindah Kl. Gila tak senonoh kan. Ntah apa-apa lah aku dulu ni. Orang sibuk nak ada pakwe dia pun sibuk gak. Peer presure lah katakan. But kitaorang just sms je lah. Tak ingat tulis pasal apa. Dah lama sangat dan aku nie kan ada short memory span.

Oh ya masa form to untill form three aku sekolah perempuan. Yeay for that. Aman gila okay. Tapi sekolah ni sangat-sangat strict. Menyampah gila. Berkat mama aku berdoa and bernazar (tanpa pengetahuan aku), aku berjaya dengan cemerlangnya dalam PMR. So dapat lah merasa masuk sekolah berasrama penuh lak time form 4 sampai form 5. Juga disebuah sekolah berasrama penuh nun di selatan. All girls school yaww..

See, start masuk matrix barulah aku mula terdedah kembali dengan bebudak lelaki. Crush time matrix?? Adalah sorang dua. Ala, suka cenggitu je. Tak masuk hati pun..hehe..habis matrix dah tak ingat..Cett..

Uni time?? Mulalah open sket. Had few conservation conversation. Yelah, nak buat assignment mesti lah kena cooperate dengan diorang kan..Nak tak nak. So, aku berlagak cool lah . Tapi aku dengan lelaki non muslim bertegur lah gak kalau terserempak dengan diaorang dekat kafe ke, dekat tengah jalan ke. And  with my own classmate  dalam lebih kurang 13 jantans  tu, ada 4 orang lelaki yang aku langsung tak pernah berborak hatta bincang pasal assignment or apa2 ke..huhu~semua tu lelaki melayu lah. Yang lain2 adalah tapi tak rapat mana. Takat bincang assignment itu biasalah and itu sahaj hubungan kami.Titik.

Crush time uni. Ermm, jap nak kira (budget banyak). One chineese guy yang merupakan seniors cum ajk dalm debate club (serious berkarisma dia nie. Stock speaking speakang and dia sangat tahu semua issues dan smart). Second, my own lecturer ( ni merupakan laki orang ye dan dia  pensyarah muda yang berkarisma. now even aku jumpa hari2 pun dah tak ada perasaan..aku bersyukur sgt sbb dah tak minat dia..yeay!) Third, one  malay senior that had a chinees look (nie minat gegila siap stalk FB dia okay...). Tiga je ke? Rasanya itu sahaja..Ehh, ada lagi sorang, a guy I met in Bahasa Arab class..heheh..Okay total 4 orang sahaja ye.. Now?? Dah tak minat sesiapa lagi.Heeeee...

See aku ada pengalaman setakat crush-crush sahaja. No more than that. Call me lame or conservative. I care less. Sebab aku still berpegang kepada prinsip kalau dah jodoh, tak ke mana. Cehh, nak sedapkan hati je nie..Hehehe..

Sombong? Memang aku muka ketat pun. Tapi dalam hati siapa yang tahu...Bercouple? Oh aku tak terlibat kot Sebab masa couple nie sure ko akan menjadi bukan diri sendiri dan asyik-asyik nak bergaduh. Nie mengikut pemerhatian aku lah sebab pengalaman memang nehi lah kan. Lambat angkat tepon, dituduh curang pulekk..ada je modal nak gaduh. Tak ke membuang masa tu? Buang tenaga and penat tau!Aku yg tengok pun lelah inikan yang tuan punya badan. dan aku tak suka benda2 leceh macam ini. Harap-harap aku tek terjebak dalam cinta-tak-matang....Kahwin terus boleh?? NAk anak comelzz plisss..LOL!

yeay I know... I know nothing about a guy and so what??? Yang penting aku sayang ayah aku..teeett..dia hero aku No.1..

No comments: