Oh mann..kat luar sekarang ada bunyi alarm kereta siapa entah nie ...Serious lawak ah bunyik alarm kete dia..Pukul 3.33am kot and it's pouring raining outside..macam bunyik otromen..
Iklan sebentar.
Ye, aku tak pandai berkata-kata. Bukanlah maksudnya aku ni bisu ataupun gagap ye. Aku jenis manusia yang tak pandai mengeksperessikan apa yang aku rasa. I speak less. Uh, sejak bila? Entah, kadang-kadang rasa berat mulut. Tapi aku bukan sombong. No no no. Tapi aku suka kawan dengan orang yang ramah dan ceria sebab aku agak moody and off sikit sometimes. Blame it to PMS okay...Bahahaha..Yes bila manusia ramah bergabung dengan manusia tak berapa nak ramah akan terbentuklah keseimbangan donia..heh. Balance lah kot. Kalau dua-dua sibuk nak bercakap siapa yang nak dengar kan. Dan kalau kedua-dua pihak jenis pendiam memang akan dengar bunyi *cricket*, takpun bunyi kipas berpusing.
Aku suka orang yang peramah, ceria all the times, suka buat lawak sebab aku rasa bila bersama dengan diorang, aku akan senyum. Yes, aku suka orang yang akan buat aku ketawa non-stop and buat aku asyik nak tersenyum je. Bagus, muka ketat ku akan menjadi awet muda sebab manis asyik tersenyum je 24jam. Kan seronok kalau
Disebabkan aku ni jenis tak expressive, maka aku memutuskan untuk menulis sesuatu di blog. Atleast, apa yang terbuku di hati dapat aku luahkan. Sebab aku juga seorang yang tak suka kepoh-kepoh nak cerita something hatta problems dekat sesiapa. Not even to my bestfriends, my sisters even to my parents. Ye, saya seorang yang begitu. Pathetic?
Memandangkan aku bukan manusia yang kepoh, maka kat sini sahajalah tepat untk aku meluahkan segala benda dalam kepala otak yang berkarat ni. Yelah, dah kata aku nie berat mulut, kepoh-less lak tu maka segala masalah hatta ketidakpuasan hati hanya mampu diluahkan di sini.
Aku ada tulis journal dalam buku. And best pulak bila flip-flip balik apa ang ditulis 1 tahun/ 2 tahun yang lepas. Tapi, part yang tak best ialah bila aku tertinggal diari aku dekat umah. Yes..macam mana nanti kalau mak aku bukak drawer and terjumpa diari itu. Dahlah aku nie balik masa cuti sem sahaja. So, lantaklah..NAk baca? Bacalah..
So, bila tulis something dekat blog sekurang-kurangnya aku tak akan tertinggal "my writting" anywhere sebab it's here. And boleh retrieve whenever, whereever. Yeah!
Err, hari tu masa cuti sem my wan a.k.a nenek tegur aku .
"Kenapa kakak diam je?" Masa tu on theway nak ke uitm. Maksu aku ada graduation ceremony.
Aku duduk sebelah mama the driver. Wan duduk belakang with atok. Seat belakang lagi my siblings + maksu.
I was speechless and fikir-fikir nak jawab apa ye.
"heee..tak ada benda nak cakap." dengar tak dengar je suara aku balas.
See, even my grandma pun sedar yang bahawasnya cucunya nan seorang ini tidaklah segirang/seceria/seleser macam dulu-dulu zaman muda kanak-kanak. Yes, i've changed. A LOT. Even sekarang aku rasa susah betul nak start a conversation with the parents/grandma-grandpa/aunties-uncles/cousins. Sebab selalu tak jumpakah yang meneybabkan aku jadi speechless????? Oh, aku tak suka...
Tapi bila aku dengan my sisters , i'll be another person. Cakap benda merepek-repek. Ketawa buat lawak bodoh. Especially with my 2nd sister yang baru form 3. Yang lagi sorang tu which is 20 is very opposite to me. Lemah lembut and baikkkkk gilaaa and alim
"eh along, kenapa gigi along terkeluar yang satu tu?" like WTF..(eh, in real life aku tak mencarut okayyy..serious). ye, gigi aku agak berterabur sikit. memang nak pakai braces tapi sebab selalu delay maka aku memutuskan nanti-nantilah. tunggu dah ada duit nanti baru wat. lagipun bukaknya kronik sgt. Kawan aku kata comel. lol..i don't give a s**t about that la..
"along ni gemuk lah.tu lah makan jangan banyak sangat" LOL..tersentap makk..nie dah banyak kali kena ok..sabar je lah. this matter, i do give a s--- (four letter word) about that and it's keep bothering me...
kadang-kadang mama defence aku . "nanti along kuruslah tu.tak baik cakap org macam tu."...thanks mama!!!muahhhsss..
"along kena masuk biggest loser ni. Nanti bleh kurus macam orang tu" selamba je cakap masa tengah tengok the biggest looser kat tv.
Gila observe orang tak ingat dunia kan pa'an?Tau lah dia tu kurus kering sampai nampak tulang. Karang malam-malam datang meneggek nak tidur ngan aku. Buat muka manja-manja gedik-gedik. Malam malam dia terus jadi budak baik yang cakap elok2 okay..Sebab? Nak tidur sebelah aku. Tskkkk...
"Along, nak tidur ngan along" sambil menggendeng kat sebelah aku. Rimas gile.
"Tak boleh. Nanti pa'an tidur lasak"
"Ala, boleh la. Dah lama tak tidur sebelah along." Buat muka sedih. Aku kan bukannyer selalu ada kat rumah.
Dah lama lepas dia memujuk, and berada dalam bilik orang perempuan (bilik my sis), mulalah dia sibuk mengacau ani. Diorang tu memang kuat bergaduh. Sangat. Mulalah tarik rambut. Cakap kuat-kuat. Hoh, tak tahan aku.So, untuk meredakan suasana, aku jugak yang kena buat something. Kengkadang aku biarkan je. MAlas nak layan.
"Pergi ambik tilam cepat!" aku jerit.
"Yeay, leh tidur ngan along." Cepat2 dia lari gi bilik my parents amik tilam.
"Okay, nanti jangan nak peluk2 along . Kaki tu jangan letak atas kaki orang. Geli tau!" Pa'an nie habit dia sukka tido rapat-rapat dengan orang pas tu letak kaki dia atas kaki orang lain. Aku ni dah la penggeli.
"Yelah. Nak letak kaki pun tak boleh" merajuk ah tuh. pttuuih..dan dia pun terus zzzzzzz...dengan mama leh lah ko bermanja-manja. Dengan aku? Jangan harap...hehehe..Sorry pa'an ..Don't worry, I still love you eventhough pa'an tak gosok gigi ke, tak suka mandi ke, suka keji2 along , tapi I know you'll grow up being a wise men like ayah aite?
Ha, baru ingat. Dia ni emo gak.Suka pot-pet bising macam murai. Kengkadang angin tak tentu hala nak marah aku sebab paksa dia buat Kumon. Dia tusyen kumon tapi pemalas gila nak buat homework. Kengkadang aku kena drive hantar dia gi tusyen and dia mulalah buat muka , buat perangai gila tak mo gi tusyen. Memang bertengkar hebat ah masa nie. Aku stok kakak yang garang ye.. Memang menguji keimanan. Macammanalah nanti kalau dah ada anak sendiri. Haish..
Dengan darah daging sendiri, aku memang jadi aku. Tak payah nak sorok apa2. Rahsia aku, keburukkan aku, semua diorang tahu kot and we are still brother and sisters after all. Si along yang selalu bangun lambat bila balik rumah. Si along yang bengong tak center buat lawak bodoh pas tu gelak sendiri. Suka menyakat. Mengeji. Nyanyi kuat-kuat lepas tu kena keji. Mengutuk. Well, dengan mereka-mereka in sahaja aku jadi Hannah yang sebenar. Gila nak bergurau kutuk-kutuk dengan anak orang. Aku tak buat kot.
Bila dengan orang lain, aku akan jaga hati mereka. Yes, si Hannah jadi budak baik. Sebab, bila dengan orang asing, tak tau lagi macam mana penerimaan diorang terhadap aku. But, dengan darah daging sendiri, no matter what happens diorang akan accept along mereka yang tak sempurna ini. Tak kisahlah bughok macam mana pun peel aku ni. Tskk..rindunya kat semua!!! Yeah, thah't the beauty of siblings..And aku bersyukur ada sibling macam mereka.!!
So, Hannah yang orang lain kenal mungkin berbeza dengan Hannah yang my siblings kenal. Buruk baik aku dalam poket diaorang. So, nak tau apa2, just ask them lah okay..heeeeeee....
Walau ape pun, aku masih dalam proses nak jadi a better person...
so, if hati aku terbuka dan dah bersedia nak un'private' kan blog tak semenggah ni, korang akan taulah the reason why i end up writting all the unscientific stuff here. It's because aku tak tau nak cerita dekat mana lagi. Kesiankan?? heeeeeee...Dan aku tak berniat nak cerita benda-benda berat pasal masalah dunia ke, scientiffic stuff ke and etc sebab kat sini hanyalah tempat untuk aku luahkan perasaan dan menulis my daily rant. Oh, buat masa ni aku masih private kan blog.
Enough said.
No comments:
Post a Comment