Bila baca post lepas-lepas (macamlah banyak benor tulih), kelakar gile tengok my own writting. Memang ntah ape ape. Tak ada motif dan agak ke laut. Awal awal entry memang fikiran agak celaru and sedikit emosi di situ. Arghh, itu kisah masa silam. Cehhh....
Bila check balik, banyak sangat salah ejaan. Padahal mak cikgu bahasa Melayu. Eh, tak ada kena mengena sebab mama tak pernah ajar or buat tusyen dekat anak-anak dia kot. Orang luar tusyen dengan mama adalah..Tskk..
Okay, aku rasa fikiran aku tak waras masa tulis entry berunsur "tak ada motif". Atau tajuk lain nya adalah ciri-ciri lelaki idaman..pttuih..loya jap tekak mengenangkan kejahilan semasa menulis entry tersebut. Bagi penampar boleh??
Bila di fikir secara waras, aku rasa memang semua makhluk tuhan dalam dunia ini baik lelaki/perempuan mesti pernah berangan-angan nak calon isteri macam lisa surihani ke, or suami macam cristiano ronaldo artis korea ke. Bajet Hot lah tuh kan ..
Aku rasa aku manusia yang amat kejam dengan berfikiran sebegitu. Kenapa? Sebab katakanlah Allah dah tetapkan bakal calon suami aku merupakan seorang jejaka Melayu jawa (contohnya),maka dia adalah jodoh aku . Pung pang pung pang, cinta sana cinta sini end up aku berkahwin dengan jejaka Melayu jugak rupanya. So, how lah???
That's the beauty of jodoh. Tak boleh nak kata ape. Benda-benda macam ni (having bunch of so called list of a perfect husband/wife to be) akan buat kita makes expectation. And living with HIGH expectation is like living in your own dreamland. Selama-lamanyalah tak berpijak di bumi yang nyata.
Aku tengok mama and ayah bahagia je. Diorang tak pernah kenal/bercinta sebelum kahwin. End up, serasi sehati berdansa. I'm tottaly blessed with a happy family and thankful for that. Alhamdullilah. Masalahnya anak dia yang seorang nie ha..kui kui kui...
Tapi sejujur-jujurnya, i am always look up to my dad. Aku selalu pasang niat dalam hati moga-moga aku dapat calon suami macam ayah. Sebab, aku rasa ayah perfect dimata ku yang rabun ini. Handsome? fuh, hero kampung tuh...ketua pengawas sekolah, ketua pengangkap sekolah, u name it...kikikkiki...semua ayah bolot..kalau tak handsome, tak kan lah ayah awal2 lagi dah ada awek (siap ada gambar lagi tuh time sekolah menengah).
Kebaikan seorang ayah biarpun ayahku bukan hero filem Korea :
- Ayah tak panas baran (dengan anak2, sebab tu aku spoil...hohoho. Tapi mama citer yg ayah aku nie agak hot tempered orangnya.. kalau staff buat hal, garang gilos okay...huhuhu~).
- Ayah tak berkira hal duit (pemurah dengan semua orang)
- Ayah peramah (ni ciri-ciri yang aku tak ada..memang ciri-ciri ni dapat kat adik last aku tuh).
- Ayah berkaliber (dalam kerjaya).
- Ayah dulu-dulu orang susah, tapi last-last jadi orang berjaya.
- Ayah bertangungjawab (anak sulung lelaki. muda remaja dah cari duit nak tolong keluarga.Ayah pernah save duit nak hantar kampung sampai berlapar and makan roti je. Tak ada nak makan kepsi ker makan sate ke and joli2 katak dengan kawan2 dia masa time mula2 keja dulu..sumpah sedih bila dgr balik citer nie. Tiap2 bulan mesti nak kasi duit dekat arwah wan and atuk kat kampung )
- Ayah has sensitive part (cepat kesian kat orang.Pas tuh kalau cerita bersamamu, ayah menagis tengok org susah..Haaa..nie memang kontra ngan aku sebab aku suka cover macho..I'm more like my mum..)
- Ayah berilmu pengetahuan dalam hal ehwal agama (good imam, semayang terawih tak pernah miss.Sembahyang wajib lagilah mana boleh tinggal. Memang complete ciri-ciri suami soleh Insya Allah)
- Ayah sayang mama sepenuh hati. (Aku honestly tak pernah tengok ayah marah mama or diaorang bergaduh. And ayah tak pernah marah-marah mama. Mama je yang pernah bebel2 manja pasal ayah..Bila ayah kene bebel manja2 lite dgn mama. Contohnya, ayah aku nie suka beli benda/barang dengan amount yang banyak dalam satu2 masa. Nak guna ais dua kampit, dibelinya ais 6 kampit. Nak kicap sebotol je, dibelinya 3 botol. Tak ke over bebenor tu? Prinsip ayah, tak boleh benda tu berkurang, but if berlebih tak apa. Iskkk...terbalik ngan prinsip mama lak..surprisingly, ayah buat dekk je..Siap bantai buat lawak adalah..Padahal mama serius marah nie..sebab tabiat pembaziran nie selalu sangat..)
- Ayah selalu puji mama. (mengeji pun ada gak..hahahaha..mengeji secara manja gitu,sebab mama punya english tak the boom..adik aku yang last pun lagi terrer vocab dari mama. so,bila mama salah pronounce something, mulalah ayah aku mengutuk..heh heh heh...Tapi ayah selalu puji mama sebab mama pandai memasak, pandai urus keluarga, independent women, memang ciri-ciri isteri pilihan lah..Ayah lah orang yang selalu sibuk-sibuk suruh kitaorang anak-anak perempuan masuk dapur belajar masak, padahal mama rileks je.)
Agak-agak, hero filem Korea tu ada tak ciri-ciri macam ayah aku nie ek????? Musnah pelamin anganku..Cettt...
Ayah memang perfek di mata aku. Ya, ayah memang ada kekurangan. Itu lumrah sebagai manusia. Kau bukan manusia kalau kau sempurna segala kan? Ada banyak senarai-senarai "why I heart my dad so much that sometimes i forgot to say i luv you to him". Bila fikir-fikir balik buat apalah aku nak emosi sangat dengan ayah sampai sanggup tahan tak call rumah konon-konon merajuk lah..Kebaikkan ayah, kasih sayang ayah sangat banyak. Sebagai anak yang so called "terasa", kenapalah aku tak pandang 1001 kebaiakan ayah dan hanya mengenang 1 mistake yang ayah buat.
Serious aku berdosa dengan ayah. Last Saturday ayah call, aku boleh jawab endah tak endah. Gila kejam aku. Aku berborak sekejap je dengan ayah. Aku tahu ayah sedih jugak. Aku kan manusia paling ego dalam dunia. Aku tak suka nak tunjuk emosi aku dengan orang. Aku pun tak faham perangai aku nie.
Lepas off hp, aku menangis. Gila kan aku. This past few years aku rasa (sejak Sept 2010) aku banyak buat salah dekat ayah. Sebab aku rasa ayah tak peduli perasaan dan kemahuan aku. Bull shit lah semua tu. Aku je buta tak nampak kasih sayang ayah. Tau tak, sebenarnya bila kita buat sesuatu yang sakitkan hati orang yang paling kita sayang, in the end sebenarnya kita menyakitkan hati kita sendiri. Cuba lah buat..Aku pernah cuba. Lepas tu, aku menangis sorang2 sebab tak tahan..
Aku harap aku dapat jadi manusia yang dapat sayang semua orang sekeliling aku sepenuh hati. Aku tahu aku manusia paling tak sempurna, dan aku harap Allah jodohkan seseorang yang dapat sempurnakan diri aku.Amin.
Pesanan kepada diri: Malam nie, call ayah. Wajib.Sila buang Ego jauh-jauh ke laut
No comments:
Post a Comment