Sunday, February 6, 2011

berita hari minggu

Good day and good morning world!!!

Tadi pagi bangun awal. Around 4.30 am..Period. nak terkucil. Buat apa yang patut. Then mata memang tak leh lelap. Lagipun aku lately tidur tak tutup lampu. Apa kes??? takut gelap. Lagipun aku tak ada bantal peluk sejak sebulan yang lalu.Pencapaian yang hebat. Tidur satu bantal sahaja. Bantal yang aku guna sejak sem 1 (ayah belikan) dah bushuk and tak leh guna lagi.Nak beli bantal baru rasa tak worth it sebab aku dah lamapa kat sini. sem akhir kot. Ingat nak beli bantal kecik tapi tak terbeli lagi. Nantilah.

Owh, aku sangat tak productive sepanjang cuti CNY nie. One week was wasted. No assignment done. Mahupun memulakan kerja-kerja menulis thesis. Ape lah nak jadi dengan aku ni?????

Aku sehabis boleh tak mahu emotional. Fikirkan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan mood. Nak fikir positive je. Tapi kadang kadang tak mampu..

Best baca blog orang lain. Macam macam berlaku. kita rasa kita susah dan malang, tapi pada hakikatnya ramai lagi yang worse dari kita. Aku tahu aku tak kuat. Anak manja. semua nak dapat. Tapi bukanlah aku ni anak jutawaan . Jauh sekali. Tapi syukur hidup aku tak pernah susah. Cukup segala serba serbi.

Memanglah manusia macam aku nie tak pernah nak berhenti sesaat dan berfikir. Bersyukur banyak banyak dan jalani hidup sepenuhnya. Sebab kita tak tahu bila jantung ni start berhenti mengepam darah. The end of life. Bila aku agak insaf, terfikir juga arah mana jalan hidup aku ni? Kemana hala destinasi nak aku tuju? Apa matlamat aku dalam hidup ni? Aku hidup lama mana ? Apa yang sebenarnya aku nak dalam hidup ni?

Terfikir jugak, tapi typical me aku tak fikir dalam - dalam sangat. Ignorance is bliss kata orang. Tapi ignorance membuatkan kita hanyut pada masa. Sedar-sedar kita dah lama tinggalkan 10 tahun yang lalu dalam hidup kita. Membazir...Aku tak nak jadi manusai macam tu. aku nak live to the fullest.

Pada usia 22 tahun (bakal genap 22 Mac nanti), aku tak rasa aku dah matang benar dan kuat. Tapi aku pasti dalam keadaan terdesak yang menghimpit, manusai akan berubah daripada keadaan selesa sebelumnya ke pada tahap yang lebih matang. Aku harap aku dapat jadi manusai yang dapat berfikir sebelum bertindak dan kuat menghadapi hidup.

Pencapaian hidup? Oh malu nak cakap sebab aku tak rasa aku dah berjaya. Pelajaran? biasa biasa sahaja. sebab, aku benci sistem pendidikan yang asyik-asyik EXAM. pelajar diukur berdasarkan tahap pencapaian peperiksaan. Kalau banyak A, lagi bijak lah budak tu pada pandangan umum. Tak payah nak bohong. Kita memang dah dibrain washed sejak dulu untuk accept semua ni. Upsr aku 3A 2B, Pmr 8A, Spm aku 3A 7B..
Baca buku buat latihan sampai nak muntah. Lepas exam campak buku, terus lupa semua. Itu akulah tu, tak kata orang lain.

Kemahiran hidup yang lain macam social skill, berucap di khalayak ramai, self esteem? lagilah hancus..Aku rasa kalau survival skill macam nie ditekankan oleh parents or sekolah sejak kecil lagi, budak budak ni termasuk aku akan jadi lebih 'wholesome' student. kemahiran sukan ke, and seni. Aku ni dahlah buta seni, sukan pun tak aktif masa kecik-kecik. Eh, time kecik kecik dulu aku rajin je main basikal kat luar umah. Aktif gak lah. Petang je mesti nak keluar main.

Aku berubah sejak meningkat akhil baligh. Mula timbul rasa, eh gemuknya aku..atau pun eee, jerawat dah tumbuh.. kenapa masa awal kanak kanak dulu aku tak kisah pun pasal self esteem bagai? Aku ingat lagi aku merupakan kanak-kanak yang amat lantang bersuara dan banayk songeh. Mulut pun boleh tahan puaka. huhuhu~nasib lah...Sebab masa tu mind aku free. Tak fikir apa-apa pros and cons..Bila dah remaja or awal dewasa ni terlau banyak sangat fikir sampai aku rasa aku dah hilang the essence of myself. Diri aku yang sebenar-benarnya. Hilang.Dan aku adalah makhluk Allah yang lain amat sekarang ni. Nak aja aku ulang kan masa kalau betul time machine tu wujud. Tapi benda-benda tu kan mengarut je.

Aku tak salahkan sesiapa. mungikn sebagai parents , diaorang dah lakukan sehabis baik. Tapi manusia kan mana ada yang sempurna. Dalam mengejar kesenangan dunia, mengejar tuntutan mencari nafkah harian, mungkin mereka ingat anak-anak okay. Dah besar dan tahu berfikir. Tak perlu dibimbing. Jurang umur memisahkan bila kita tak lagi berumur 10 tahun. serious aku jealous tengok adik aku. Rileks je borak-borak dengan mak ayah. Aku? haram..tengok moodlah. Kadang kadang aku banyak nak cakap, tapi aku tak tahu nak mula macam mana. Aku nie ego banyak aku rasa. Rindulah nak jadi macam budak kecik. serious. Masa kecik kecik naik motor dengan ayah. Pergi kedai..Main air terjun. Wah indah indah bila jadi budak budak.

Kadang kadang aku tengok binatang macam semut ke or serangga, aku terfikir asal aku tak jadi macam semut ek? Senang je hidup. Masuk syurga. Sebab dia tak buat dosa. Aku manusia banyak buat dosa, ada tanggungjawab besar. Masuk syurga? Belum tentu lagi. Takut bila fikir macam ni. Sebab hidup or nasib kita ni tak pasti. Anything can happen bila Allah dah tentukan.Ada sebab kenapa aku hidup dan lahir sebagai aku. Fikir positif okay..

Happiness is the state of mind Hannah!!! Kalau kau nak happy, bila bila masa je boleh happy okay!!! chill sudah...

No comments: