Saturday, March 5, 2011

Aku seorang yang Cemburu! So what..??

Oppss. Jangan salah sangka. Aku hanya akan jealous kepada orang2 tertentu sahaja. Aku sedar yang aku tak ada BF tapi itu tak bermakna aku akan jealous pada kamu yang berpunya lantas memutuskan untuk merampas BF hot kamu itu.Tidak tidak sama sekali ya.Dan aku juga tidak akan cemburu membuta tuli kalau kamu lebih kaya dari aku sebab hanya 'mereka' yang mampu membuatkan aku terus-terusan cemburu. Mereka-mereka ini berbakat besar lantas menjadikan aku macam cacing kepanasan dek terpana dengan kebolehan dan bakat mereka. Tapi ni jealous atas dasar yang baik lalu membuahkan perasaan kagum sambil dalam hati berdetik "wah, aku pun nak jadi macam diorang!!Gila jealous..." Ha, tak ke molek begitu. Ya, sila jangan salah sangka okay!

~~~~

Mangsa penjelousan #1
Seorang gadis yang cantik+pandai (medic student di Russia) + pandai GILA memasak especially baking + muda belia (around 23-24 kot sebab aku tak confirm sangat). Kombinasi kriteria calon isteri yang sungguh ideal. Haipp..tapi Kak Rai hatinya telah di curi oleh sang jejaka ya.So tak ada can lah nak mengorat...Heeeee...Aku baru je terjumpa blog tuan empunya diri dari link blog maksu. First time tengok blog kak rai dah nampak berderet-deret recipe dekat side bar. Wah, banyak sungguh recipe2 cik akak nie dah buat. Tambah mengkagumkan aku ialah dia siap buat business kecil-kecilan dekat Russia sambil tengah bekajar medic. Mak aih, terus aku jatuh kagum and salute la dekat kak rai sebab dia dah lah seorang pelajar medic di Russia (you know how tough that course can be kan..), pulak tu pandai gilos memasak. Kagum berganda2.. hasil cupcakes dan kek2 yang kak rai jual cantik2 belaka.Kak Rai your inspired me to bake more and cook more after this....Kek2 and cuppies dekat bawah nie semua Kak Rai buat tau. Ni gambar diambil dari blogshop dia kat sini! . Nie pulak blog peribadi Kak Rai...Here!! Banyak sangat recipe yang boleh di dapati kat sini. Insya Allah balik cuti sem nanti boleh try recipe dari blog Kak Rai...

Cantik kan cuppies yang kak rai buat. Fondant cuppies kalau tak silap ni..

Special request lagi..Kek khas untuk menteri..kagum lagiii....

Nampak sangat tempting kan?? Terliur dibuatnya..


~~~~

Mangsa Penjelalous #2
Juga seorang yang sangat hebat dalam bidang baking. Aku tak sure nak bahasakan tuan empunya blog ni kakak or aunty sebab tak dapat nak agak umur.Tapi rasanya baya-baya my mum kot.. terjumpa blog aunty Zalina ni dalam last week. Lebih best lagi kedai bakery aunty dekat Seremban je. Apa lagi, aku pun sudah memasang angan-angan untuk pergi kelas aunty nanti. bila dah habis belajar tak lama lagi. Harus memujuk mama nanti nak ajak belajar sama2..Heeeeee...Dekat kot dengan rumah. Sepanjang minggu lepas dok membelek hasil air tangan aunty ina ni. Btw, aunty ina ni buat kelas DIY (one to one person) dan ajar macam2 jenis kek yang best2 and meletop macam choc indulgance, red velvet, Italian Rainbow, Opera, Cuppies, Pastry, Tarts and macam-macam lagi lah..Banyak sangat and nampak tempting ..Aku rasa sangat kagum dangan aunty nie even tak jumpa lagi sebab dia nampak sangat ikhlas dalam mengajar student2 dia. Dia macam suka sangat bila recipe yang dah diajar dapat digunakan student2 dia untuk buat home business. Biasanya kan ada sesetengah orang yang agak kedekut ilmu dalam bab-bab memasak/baking nie. Takut nak turunkan recipe sebab takut orang lain caras recipe asal dia dan buat benda yang sama macam dia . Tapi aku nampak aunty ni sangatlah baik hati  dan bersungguh-sungguh mengajar even aku tak gi belajar lagi dengan dia ni..Ni blog dia...here!!.Gambar-gambar semua di ambil di blog aunty Ina. Cepat serbu!!! Gambar2 nie semua kek2 yang dibuat oleh student2 aunty ina. Kek aunty memang dijamin lebih cun and meletopss la kan..Siapa leh lawan tokkey ye tak..Heeee..Nanti nak pujuk mama ajak gi pi belajar sama2 lah...Mama and me memang berkongsi minat yang sama dengan aku cuma masa tak megizinkan dia untuk baking memandangkan she's working + still studying..

Tempting sangat Black Forest Cheese Cake ni...




Italian Rainbow...So comel!!

My all time fav Secret Recipe Cakey-Choc Banana..Tgk,aunty ina leh ajar cake shedap ni..X yah dah gi SC lagi.


Mangsa Penjealous #3 dan seterusnya


Chuck Huges..Suka tgk dia kat kitchen!! *drool*



Nigella Lawson..


Curtis Stone..Too handsome for a chef...Haish~

Paula Dean. Nenek comel yang pandai masak!!



So, kesimpulannya kalau korang pandai masak or berbakat dalam bidang culinary nie memang akan jadi mangsa 'penjelousan' aku..Heeeeeeee....Jaga-jaga...!! Aku sangat tercabar dan rasa looser gila sebab aku tak pernah buat cake/masak hebat-hebat tapi dalam hati memang nakkkk sangat buat apa yang diorang buat. Yeah, habis je belajar tak lama lagi memang kena latih balik skill masak memasak ni.Kalau takat buat cheese tart  dengan mee hailam apa barang kan?? Cuba masak gempak2 sikit Hannah oiii!!! Ye, baiklah saya akan berusaha selepas ini. Sila undi support saya ye semua!!! Arigato..

3 comments:

chocolate hazelnut said...

kakak...mner kenal k.rai....????

Hannah Haykhall said...

hehe..x kenal pon..just tau dr blog dia je..happ birthday maksu!!!

Hannah Haykhall said...

Sila rajinkan diri anda membuat blog ye!!!