Showing posts with label Cooking. Show all posts
Showing posts with label Cooking. Show all posts

Saturday, November 12, 2011

Aktiviti Masa Tak Berapa Lapang

          
Satu: Campuran serbuk koko, gula, minyak, susu cair, susu pekat. On api lepas tu. Perghh, calorie tinggi nih!

Dua: Bajet hebat, pukul 3 biji telur ayam guna whisk saja. Pemalas nak guna hand mixer. Bajet nak gain muscle konon.

Tiga: Cilok resepi mama. Tapi mama cilok aku punya clear holder yang menempatkan resepi2 budak amatur (aku le tu)

Empat: Bukan tulisan doktor. Aku la tu..

Lima: Mix A into B. Faham?



Enam: Menjadi lah ia C

Tujuh: Lalu, marilah kita 'mengukus' ia.

Lapan: Makhluk tuhan di dalam rumah yang mencuri mixing bowl yang mempunyai lebihan batter coklat. Dasar!


Sembilan: Makhluk tuhan dalam rumh menjadi juri khas jemputan. Berdebar-debar pulak rasanya. Heh~

Sepuluh: Makhluk tuhan No.2 punya piring.
Sebelas : Tergoda? atau ia memang menggoda? Guilty Pelasure.


Duabelas: Bukan untuk dijual. Tapi untuk kawan aku yang mengidam.Pembawakan budak kah? Eh, tapi dia single lagi.

Macam ni lah perangai aku. Sepatutnya study subjek Bahasa German sebab ada vocab test isnin ni, tapi boleh relax, chill buang masa dan tiba-tiba teringat yang kawan baik pesan kek coklat suruh bawak balik Kuching. Dalam pada rasa bersalah sebab tak study, dan ada masa pulak tu nak upload gambar then tulis-tulis dalam blog .Bersalah? Tapi tak insaf pun...

Kek coklat, bukanlah kegemaran aku. Tapi choclate banana cake aku suka. Mujur. Aku makan sesuap dua dan selepas lega sebab pengkritik makanan dalam rumah ni kata sedap sampai tambah-tambah (makhluk tuhan No.1), tapi aku fikir kalau  moist lagi  shedappp kot. Aku rasa lah kan.

Aku bajet nak buat cheese tart, tapi kemalasan lah pulak. Haish~ Dahlah malas nak study, malas juga mahu membaking. Aku rasa aku dah homesick, padahal flight esok pun. Over. Aku risau sebab aku tak risau aku ada test + assignment + mid term satu paper belum start + dan sepanjang cuti aku tak study. Kalau tak buat perangai macam tu, bukan aku le tu. Kan?

Apa kata layan je lah gambar cheese tart + fruit tart aku buat masa open house raya hari tu. Lebih kurang 400++ pieces. Maaflah, pending. haha~

Satu: Mahu? Sila datang open house tahun 2012 . Sekian terima kasih.


Dua: Blueberry cheese tart versi corak yang emmm, entah. Corak motif siput mungkin. Haha~


Tiga: Cubaan pertama yang menjadi. Fuhhh~lega ahkak...



 Hmm, lepas buat entri ni rasa mengantuk. Kalau mengantuk, ubat dia apa? Tidur..Kan?

Denial. Tak nak balik sebenarnya ni.....

Tuesday, September 6, 2011

So cheesy




























This is how it looks like...haha~
Second batch punya blueberry cheese tart. Buat last sunday. Yang buat untuk open house sudah sold out. Made about 120++   piece rasanya. Then my cousin yang gila cheese tart tapau bawak balik rumah. Kesian dia, dah lama mengidam. Sampai-sampai rumah masa open house last saturday, terus serbu cheese tart.Haha~

Lepas tu adik No.3 paksa aku buat lagi sebab dia tak sempat nak makan. 
Gigih oh ambil gambar *thanks to adik No.2 for letting me using your "camera yang canggih itu" hahaha*

Resepi? Google je. Melambak-lambak dalam internet. Tapi, pastikan the dough for crust tak terlampau keras. It should be lembut . Kalau too much tepung akan buat crust keras and become biscuit-like.Oh, rest the dough for 30 minutes in fridge to make the crust more crunchy.Dah macam blog masakan lah pulak kan.Haha~Oh, bab menghias atas that tarts aku tak mahir sangat. So, it's a bit messy i guess. Kena belajar lagi nih. 

Tuesday, August 23, 2011

Ingat bulan puasa ni nak berehat aje ke?

Tolonglah, tajuk tak boleh blah..(merujuk perkara diatas)...*nasiblah*



#jumaat (lepas)#

Side project for raya. Ni namanya biskut suka-suki. Motif? Sebab ni resepi paling senang provided semua bahan-bahan ada dirumah. Tak payah susah-susah nak dapatkan bahan di baking store. Butter, eggs, icing sugar, vanilla essence, tepung gandum, tepung ubi, serbuk roti, ceri merah. Oh~mudah nya hidup. Errr, walaubagaimanapun biskut semprit tetap di hati..hahaha~

Gambar setelah semua proses mem 'baking' selesai. Tak kuasa aku nak snap-snap pic masa tengah buat kueh. Bukannya ada assistant pun.


Errrk, bajet cun lah konon kalau deco dengan choc. Tapi, nampak macam memburuk kan keadaan aje lagi adalah..huduhnyerr la biskut ni...



#Sabtu (lepas)#

Semua isi rumah dikerah untuk mengecat . Bukannya cat rumah ok. Tapi cat kolam ikan ayah aku. Bukan sahaja cat kolam ikan kesayangan ayah, malah kami juga dikerah tenaga pada bulan Ramadhan yang mulia ini untuk mengecat border(ala-ala pasu tapi made of kayu...err, susah nak explain. harap faham..:D ) pokok-pokok di keliling dan juga luar rumah. 

Sebagai upah (tak tau pun ada upah sebenarnya..haha~) ayah bagi sorang RM50. Weehuuu...padahal bukannya buat apa sangat pun kan..Ayah je yang banyak buat kerja. Aku siap boleh termenung je lagi while tolong ayah buat kerja. Ayah nak touch up kayu tu.  Aku konon-konon bajet boleh buat la. Sekali, hah. Fail. Tak berseni langsung tangan. Aku just teman je lah ayah buat kerja sambil lepak dalam kolam yang air dia sejuk. 

Mengecat di dalam kolam. Adik sapa lah tu...??


.Mission - not - so - impossible.


Sekian.(maaf penutup tak ada..haha~)
Selamat berpuasa!!

Monday, August 15, 2011

Fake the cake

Hai.

Nak dijadikan cerita, i bake cup cake today. First attempt. Eh, rasanya second. Before this pernah bake choc cuppies.

Excited terlebih.

I'm not a fan of cup cakes anyway.

Dah siap dibakar. 3 tray. Medium and small size cuppies. Btw, its carrot walnut cupcakes.



This is butter-icing sugar-cream cheese. That's for the frosting.



Dah siap di 'frost' with cream cheese.



Color disorder. Carrot sepatutnya warna oren. Tapi dah tersilap letak dalam piping bag. Duhhh~



Terus jadi corak caca marba. 


The verdict.
It was not the best cup cakes, honestly.
Punyalah excited merasa lepas berbuka tadi. But, sadly it didn't come out as fluffy as what i'd been imagine.

Sad.
I didn't know that cupcakes could make one be too emotional.
Breaking point.
One things pile up after another leading to massive catastrophic.

I think i should just throw away all of them tomorrow if no one ever going to eat em.

And no, I ain't giving up.
Life is more than just an icing on a cake.

Friday, August 12, 2011

Cookies Monster @ Ramadhan

#Rabu:

Petang

Membeli-belah barangan untuk membuat kuih muih a.k.a biskut raya. Gigih tu menapak ke Semenyih padahal bukan tak ada baking store dekat Seremban. Oh, bukan aku yang drive tapi my mum. 2 of her friends (geng cikgu-cikgu) pun join sekali . Lepas zuhur bergerak ke sana.

Kedai ni jual barang-barang borong. Itu sebab harganya agak murah berbanding harga dekat baking store yang biasa-biasa. Pilihannya, amatlah banyak. Terus rasa 'jumpy' bila first time masuk kedai. Hoho~perasaan yang sama bila masuk bookstore. Rambang mata....

Sampai Seremban dalam pukul 5.00pm. Then straight away went to bazaar sebab mama tak masak that day plus ayah pun berbuka dekat KL.Aku? Tak puasa..muehehehe...

Isle #1







Hasil rembatan. $$$$$..


Malam

Around 10pm, turun bawah nak tengok tv. Niat dalam hati tu dah ada nak meneruskan buat cookies. But, it's already night time. Cancel. Tengok cerita "Ramadhan Terakhir" pukul 10.30pm di tv3 *recommended* sampai pukul 11pm. Tiba-tiba, rasa nak buat cookies. Haha~gila random...Terus bergegas pi ambik recipe yang dah salin atas kertas.Tung tang tung tang dekat dapur sorang-sorang padahal orang lain tengah tidur. Hambik ko pukul 2am baru terhegeh-hegeh nak pi tidur. Almaklumlah, oven rumah aku ni kecik comel je, so ambil masa nak bakar semua batter.First  misson accomplished.

Yeay, my brother yang sangat choosy tang makanan pun cakap this biscuits sedap. Siap bawak tupperware sekali sambil makan masa tengok tv tadi. Super excited.


The recipe. Salin the day before. I should get a clear holder file.  Neiman Marcus Cookies.


The batter. Ada grated choc, choc chips, sliced almonds.



Sebelum dibakar. 


Selepas dibakar. Nyum~ membesar 2 kali ganda.


Simpan dalam tupperware.

#Jumaat


Try 2nd recipe pulak. Snow almond. Sumpah tak pernah rasa, tapi orang cakap biskut ni sedap even rupanya nampak macam "eh, biskut apa ni? Hodohnye!" tatkala kali pertama kalau nampak masa pi beraya rumah orang. Haha~*mulut sila jangan laser eh masa pi beraya nanti.tak baik tau...!*

Alhamdullilah, percubaan berjaya. Sabtu ni time balik kampung untuk berbuka puasa harus dibawa pulang. Nak bagi makcik-makcik kesayangan merasa. Kalau sedap boleh tempah ye..kui kui kui..


crescent moon shape. yg ni sudah siap dibakar. tinggal nak coat dengan choc + bread crumbs  + ground almonds.



bila dah coat, beginilah rupa snow almond. even rupa tak semenggah, tapi sedap oh~ 
I was too lazy to snap a picture. Tangan kotor dengan choc lah, dengan the batter. Kotor hp nanti. Buat this biscuit agak leceh sebab kena celup itu ini, tapi worth it. It's a theraphy for me.

Urghh~umur 22 tahun baru terhegeh-hegeh nak buat kuih raya. First time dalam sejarah hidup kot. Benda-benda ni nampak macam remeh to other people. But deep down, it's an achievement yang bagi orang lain mungkin kecil, tapi bagi aku agak bermakna.ececeh...*mood drama swasta*

Ada lagi satu recipe yang nak try plus ingat nak buat carrot cup cake after this. Harap-harap menjadilah plan itu. Amin~

Semprit tetap menjadi pujaan hati. Oh~bila mama nak buat kuih semprit ni? 

Saturday, March 5, 2011

Aku seorang yang Cemburu! So what..??

Oppss. Jangan salah sangka. Aku hanya akan jealous kepada orang2 tertentu sahaja. Aku sedar yang aku tak ada BF tapi itu tak bermakna aku akan jealous pada kamu yang berpunya lantas memutuskan untuk merampas BF hot kamu itu.Tidak tidak sama sekali ya.Dan aku juga tidak akan cemburu membuta tuli kalau kamu lebih kaya dari aku sebab hanya 'mereka' yang mampu membuatkan aku terus-terusan cemburu. Mereka-mereka ini berbakat besar lantas menjadikan aku macam cacing kepanasan dek terpana dengan kebolehan dan bakat mereka. Tapi ni jealous atas dasar yang baik lalu membuahkan perasaan kagum sambil dalam hati berdetik "wah, aku pun nak jadi macam diorang!!Gila jealous..." Ha, tak ke molek begitu. Ya, sila jangan salah sangka okay!

~~~~

Mangsa penjelousan #1
Seorang gadis yang cantik+pandai (medic student di Russia) + pandai GILA memasak especially baking + muda belia (around 23-24 kot sebab aku tak confirm sangat). Kombinasi kriteria calon isteri yang sungguh ideal. Haipp..tapi Kak Rai hatinya telah di curi oleh sang jejaka ya.So tak ada can lah nak mengorat...Heeeee...Aku baru je terjumpa blog tuan empunya diri dari link blog maksu. First time tengok blog kak rai dah nampak berderet-deret recipe dekat side bar. Wah, banyak sungguh recipe2 cik akak nie dah buat. Tambah mengkagumkan aku ialah dia siap buat business kecil-kecilan dekat Russia sambil tengah bekajar medic. Mak aih, terus aku jatuh kagum and salute la dekat kak rai sebab dia dah lah seorang pelajar medic di Russia (you know how tough that course can be kan..), pulak tu pandai gilos memasak. Kagum berganda2.. hasil cupcakes dan kek2 yang kak rai jual cantik2 belaka.Kak Rai your inspired me to bake more and cook more after this....Kek2 and cuppies dekat bawah nie semua Kak Rai buat tau. Ni gambar diambil dari blogshop dia kat sini! . Nie pulak blog peribadi Kak Rai...Here!! Banyak sangat recipe yang boleh di dapati kat sini. Insya Allah balik cuti sem nanti boleh try recipe dari blog Kak Rai...

Cantik kan cuppies yang kak rai buat. Fondant cuppies kalau tak silap ni..

Special request lagi..Kek khas untuk menteri..kagum lagiii....

Nampak sangat tempting kan?? Terliur dibuatnya..


~~~~

Mangsa Penjelalous #2
Juga seorang yang sangat hebat dalam bidang baking. Aku tak sure nak bahasakan tuan empunya blog ni kakak or aunty sebab tak dapat nak agak umur.Tapi rasanya baya-baya my mum kot.. terjumpa blog aunty Zalina ni dalam last week. Lebih best lagi kedai bakery aunty dekat Seremban je. Apa lagi, aku pun sudah memasang angan-angan untuk pergi kelas aunty nanti. bila dah habis belajar tak lama lagi. Harus memujuk mama nanti nak ajak belajar sama2..Heeeeee...Dekat kot dengan rumah. Sepanjang minggu lepas dok membelek hasil air tangan aunty ina ni. Btw, aunty ina ni buat kelas DIY (one to one person) dan ajar macam2 jenis kek yang best2 and meletop macam choc indulgance, red velvet, Italian Rainbow, Opera, Cuppies, Pastry, Tarts and macam-macam lagi lah..Banyak sangat and nampak tempting ..Aku rasa sangat kagum dangan aunty nie even tak jumpa lagi sebab dia nampak sangat ikhlas dalam mengajar student2 dia. Dia macam suka sangat bila recipe yang dah diajar dapat digunakan student2 dia untuk buat home business. Biasanya kan ada sesetengah orang yang agak kedekut ilmu dalam bab-bab memasak/baking nie. Takut nak turunkan recipe sebab takut orang lain caras recipe asal dia dan buat benda yang sama macam dia . Tapi aku nampak aunty ni sangatlah baik hati  dan bersungguh-sungguh mengajar even aku tak gi belajar lagi dengan dia ni..Ni blog dia...here!!.Gambar-gambar semua di ambil di blog aunty Ina. Cepat serbu!!! Gambar2 nie semua kek2 yang dibuat oleh student2 aunty ina. Kek aunty memang dijamin lebih cun and meletopss la kan..Siapa leh lawan tokkey ye tak..Heeee..Nanti nak pujuk mama ajak gi pi belajar sama2 lah...Mama and me memang berkongsi minat yang sama dengan aku cuma masa tak megizinkan dia untuk baking memandangkan she's working + still studying..

Tempting sangat Black Forest Cheese Cake ni...




Italian Rainbow...So comel!!

My all time fav Secret Recipe Cakey-Choc Banana..Tgk,aunty ina leh ajar cake shedap ni..X yah dah gi SC lagi.


Mangsa Penjealous #3 dan seterusnya


Chuck Huges..Suka tgk dia kat kitchen!! *drool*



Nigella Lawson..


Curtis Stone..Too handsome for a chef...Haish~

Paula Dean. Nenek comel yang pandai masak!!



So, kesimpulannya kalau korang pandai masak or berbakat dalam bidang culinary nie memang akan jadi mangsa 'penjelousan' aku..Heeeeeeee....Jaga-jaga...!! Aku sangat tercabar dan rasa looser gila sebab aku tak pernah buat cake/masak hebat-hebat tapi dalam hati memang nakkkk sangat buat apa yang diorang buat. Yeah, habis je belajar tak lama lagi memang kena latih balik skill masak memasak ni.Kalau takat buat cheese tart  dengan mee hailam apa barang kan?? Cuba masak gempak2 sikit Hannah oiii!!! Ye, baiklah saya akan berusaha selepas ini. Sila undi support saya ye semua!!! Arigato..