Oh, minggu ni adalah minggu yang agak stress. Submit assignment lah, tambah-tambah lagi memikirkan tentang Final year Project yang tak dapat nak buat lagi padahal nak kena hantar 1st draft 4 April ni. Oh~pening aku. Tension2.. Kursus Soft skill tak habis attend lagi. Nak pergi dengan Kinah semalam memandangkan Jumaat memang tak ada kelas.Dah siap2 message dia malam jumaat tu nak ajak pergi.
Tetapi, malangnya perutku membuat hal pula. Hal apa?? Cirit birit la pulak + sakit perut yang ala2 period pain. Biasanya kalau aku ceriberi pun tak akan sakit perut sangat. Tapi semalam punyalah sakit macam period pain. And aku sangat jarang dapat period pain. Usually flow memang light and easy sahaja. Haish~memang tak boleh tido lah semalam. Dok sapu minyak cap kapak. Minyak angin yang power2 tuh memang aku tak ada just minyak gamat je yang ada. Ape kes lak nak sapu minyak gamat kan. Heeeee...So, gunalah je minyak cap kapak yang tak panas sangat sebab tu minyak yang dah agak lama..dah tak ummph.. sakit perut ni ala2 contraction lah (ceh, mcm lah ada pengalaman kan..), dalam 10 mins dia menyerang. Memang mengiring ke kiri ke kanan pun tak boleh nak endure the pain. So, aku akan bangun balik dari pembaringan sebab kalau baring lagi sakit mencucuk-cucuk.
Pagi ni I'm feeling better, and sakit tu tak menyerang lagi. Hopefully.. tak sakit-sakit lagi sebab susah lah nak buat kerja. Cett, macamlah rajin sangat..Hari ni ingat nak gi library, tapi tengok lah macam mana. Last week memang emo habis lah. Aku pun tak faham. Eheh, maybe that's the symptom of early PMS kot. Haih, thinking all negative about my self. Seriously menjatuhkan esteem aku . Takpe, sabar lah sikit lagi je nak habis okay. Tak lame dah. Lepas nie leh berjoli sakan huhahuha..yeah...Tak sabar gilos nak kuar dari uni yang 'terchenta' ini...
Btw, today is my aunties birthday. Maksu and Mak Ngah..Happy birthday to both of you dear..Maksu going to be 24 and Mak Ngah aku tak sure tapi 43 kot sebab my mum is 45 this year. Yeay, my 2 years age apart maksu just got a job at CIMB . So happy for her. Tak sabar nak pau maksu lepas nie..Heeeeee..Bersedialah ye maksu!! Sorry tak dapat nak bagi present or belanja sebab i'm away + broke. Tunggulah dah jadi jutawan esok baru belanja korang k..*evil laugh*
No comments:
Post a Comment