Thursday, April 28, 2011

Masa hadapan yang kabur

Ramai yang tanya aku, especially bila balik cuti sekejap minggu lepas. Makcik, sepupu, wan, atok.....

"Bila nak habis belajar?"

Fikir dua tiga kali. Nak jawab apa ye sebab jawapan yang akan aku jelaskan  pun aku  masih kabur. 
Take the safe side, dalam hati berbisik.

"Tak lama lagi. Akhir bulan 8 ni Insya Allah habis." safe answer.

Kemudian muncul pulak soalan yang aku tak berapa suka nak jawab. Korang agak-agak apa? Nak kahwin bila? Eh, bukan soalan itu. Heh, soalan tu tak keluar lagi. Tunggulah tahun depan ke.

"Lepas ni nak keje lah ye?"

See. I hate this question. Please people. Please make my life little easier ohkay. Tapi dah wan(nenek) tanya, tak kan nak buat dek je kan.

"Errrrr..(lambat-lambat jawab) rileks dulu kot......" safe answer lagi.

Ayah macam hint hint aku. Mungkin dia tengok mood aku agak baik masa balik cuti study week hari itu kot. On the way ke airport dia tanya macam-macam pasal course apa aku nak buat masa short sem nanti, kolej dapat ke tak, bla bla bla bla...pointer sekarang berapa...Ish, dah banyak kali kot aku bagi tau. Tapi, biasalahkan lelaki mana nak ambil port benda-benda remeh cam ni. So, kena rewind banyak-banyak kali. Dah faham dah. Ayah oh ayah ku sayang~

"Dekat UPM ada tak course yang sama macam course along sekarang?" ayah bertanya.

"Master ke? Ada kotttt..." Er, ni ayat macam nak suruh sambung master je nih dalam hati berkata-kata.

"Selain UPM? Uni lain adaa lagi ke?"

Actually, banyak uni ada tapi aku malas nak elaborate sebab dah lah bunyik radio kuat. Suara pun tenggelam timbul je.

"Uni kat terengganu tu...." jawab pendek. 

"Buat kat UPM pun okay. Dekat dengan rumah. Dekat Unimas pun mesti ada kan..." 

"Ish, tak mo dah lah duduk sana" cepat-cepat aku balas dengan suara seolah-olah annoying gila dengan uni. aku sekarang Hehe...

Mama and ayah macam gelak je.

"Takpe, nanti bawak la kereta sekali" ayah saja provok.

Aku senyap je. Bawak kereta ke tak ke, aku tetap dah tak mahu duduk sini.Hmmmm...

"UPM pun ok jugak" Ayah menambah.

Mama mencelah..

"Ayah ni memang gila akademik betul" mama cakap ala-ala mengusik ayah.

Then ayah bebel apa entah. Lebih kurang setakat gaji 2 ribu keje dekat KL tu macam waste of time..bla bla bla bla.......*bersyarah*

Aku dengar tak dengar je sebab volume lagu dalam kereta menghadkan pendengaran aku yang memang kureng ini.

Thanks mama. Aku tahu mama macam back up aku. She knows what my interest is. Hari tu masa kitaorang buat coklat pun dia cakap "Kan nanti along nak ambil culinary"...Mama cool sikit. Tak kisah pasal qualification apa semua ni. Asal perangai baik dah cukup. Yeah, my mum is a teacher. Instead, ayah agak...mmmm, macam mana nak cakap ye..Kalau boleh dia nak aku belajar sampai PhD kot. At least qualification kena lebih dari ayah ataupun sama dengan ayah yang ada master degree.

Ye, memang aku sangat sangat bercita-cita nak melanjutkan pelajaran kalau boleh sampai ke peringkat yang tertinggi. Memang impian aku pun. Tetapi, sekarang aku dah sedar yang bidang aku berada sekarang is not my forte. Serius bukan. Dan even suruh buat free pun haram jadah aku akan buat dengan hati yang senang dan gembira. Cuba kau suruh aku masak ke , mengajar masak or cooking class untuk ibu tunggal kemudian diorang dapat buat duit dengan ilmu yang kau ajar tu. Hell yes aku akan rasa puas gila. Free pun aku sanggup. Tapi, aku kena menuntut ilmu dulu lah kan. Itu perancangan dan impian aku.

Bila ayah tanya lagi macam tu seolah-olah dia tak faham apa yang aku nak. Padahal dulu aku dah jelaskan . Maybe dia ingat aku dah 'deal with the problem'. Tak ada masa depan  ke kerja dalam line 'culinary'. Hina sangat ke? Nampak macam budak tak pandai belajar, you go and choose 'culinary'.Habis cerita Sedih la..Yang ayah nampak, aku buat master jadi pensyarah. Then sambung PhD. That's it. At least bila ada orang tanya, anak kau kerja apa? "Pensyarah"..Tak lah segan nak jawab kot. Pada pandangan aku lah . Maybe he's  bit much dissapointed because I'm no where near to be a doctor, lawyer, engineer and you name it pekerjaan typical yang ibu bapa idam-idamkan anak mereka akan jadi. Sorry, I'm not what you want to be dad. Sorry for not getting so many  A's in SPM, Matrix, Uni...Kalau itu yang dapat bahagiakan mereka. Aku yakin my parents is not like that, but half of me said yes they are. They've never showed it, but I can feel it.Ke, aku yang perasan sorang-sorang.

Apa aku nak buat. Nak bahagiakan hati ayah atau ikut kehendak hati sendiri. I'm a universal feeler raher than a thinker. Bila aku kaji semuala, kebanyakkan keputusan yang aku dah buat selama ini semua berpihak kepada ciri-ciri seoarang 'feeler'. Apa-apa keputusan yang aku buat mesti aku akan fikir sama ada ia akan memberi kesan kepada orang sekeliling, terutamanya yang tersayang. Susah nak jadi manusia degil bila aku pun bukannya  seorang yang degil. Bila jadi keras kepala pun macam best jugak kan. Tapi, aku mesti tak sampai hati nak hampakan harapan orang lain.

Que sera sera
Whatever will be will be
The future is not ours to see
Que sera sera
What will be , will be.

Walau apa pun, aku tetap sayang ayah. Sampai bila-bila.





No comments: