Showing posts with label Cita-cita. Show all posts
Showing posts with label Cita-cita. Show all posts

Saturday, December 24, 2011

Let's talk future, shall we?

2012. Coming soon. Very soon.
And my resolution next year would be....*drumrolls*

Rahsia.Haha. Let me keep that to myself okay.

Adakah sekitar tahun hadapan aku akan membuat kontrak menjadi supir, ulang alik hantar adik-adik ke sekolah? Who knows right? Oh, aku rasa aku akan berulang alik rumah--->Sekolah Menengah King George V. Babe, you've made a right decision! Stick to your plan.

Juga,

Adakah aku akan menjadi seorang pelajar lagi?Again? Tak penat ke weh..? You tell me.

Juga,

Adakah aku akan dapat join Putrajaya Night Marathon 2012 yang tarikh rasminya pun tak keluar lagi?

Juga,

Adakah aku akan kerja part time sebagai gadis kopi. Eh, maksudnya keje dekat Starbucks? Aku prefer Kinokuniya. Opssssie...

Juga,

Adakah aku dapat masuk Uitm? Pasti kah? Fikirfikirfikirfikirfikirfikir.

Juga,

Pasti ke ini semua yang aku mahu? Frasa pertama dan ketiga aku pasti. Yang lain ada sedikit sangsi.

Betulah. Aku dah sampai fasa di mana aku kena take everyhing seriously. Let me make it clear, E-V-E-R-Y-T-H-I-N-G. This is not fun. Kena map out my destination and plan the direction. Check bearing. Arah angin semua. Eh??? Haha. I mean, prepare for the future.

Exciting + Thrilling + Scary = Future.

Ya ya ya, no one knows what the future holds , kan?That's the fun thing. Surprises. Ehmm, but I can't bear surprises.

Macam, aku rasa aku perlu cari 'minat' / 'hobi' baru. A new muse. Selain membaca. Itu keperluan. Bukan sesuai di namakan hobi, mungkin. Juga selain memasak/membaking. Itu kemahiran. Yang wajib dipelajari. Haha. Survival skill. Semua orang memang sedia tahu dan pandai masak pun kan*coughing + rolling eyes*

A new muse would likely be, possibly be..

#Membuat jahitan manik Passed. Next2 year.
#Menanam bunga? Bunga melur? Pokok Jagung boleh tak? Tak ada tanah.
# Menjahit?Pftttt. Bosan la.
# Fotography.
# Writting. Emm, blog cukuplah.
# Jual ais krim malaysia. Nanti adik aku yang habiskan aikrim tu. Sure tak kan dapat untung pun.Tsk.

Fotoghraphy seems okay. Aku ada one point and shoot camera. Canon Ixus (model apa tak ingat). Colour dark brown. Ayah belikan. Aku ingat lagi. Tiba-tiba je masa kitaorang kat Wisma Saberkas (kat Kuching) nak beli printer kot, tiba-tiba ayah kata "jom beli camera". Sebab? Entah, tak ada sebab. Touching tak? Hahaha. Ish, suka tau buat aku terharu. Hmmmm...Tiba-tiba teringat kat ayah yang forever pun busy je. Hmmmm...Rindu la pulak.

Malangnya, nak tau tak kamera tu pergi mana? Ada je tersimpan dengan kemas di dalam almari. Teehee. Pemalas nak ambil gambar. Ye, dah lah tak ada skill nak amik gambar, dah tu tak mo kurang berminat belajar  'techincal-know-how' of a camera or  how to take one beautiful pikcha. Aihh..

Macam mana nak tangkap gambar yang super bermakna dan cantik guna 'compact camera'? Is it possible? Shutter speed, lighting, ISO semua tu sumpah aku tak faham. Tapi, serius teringin nak tangkap gambar yang cantik-cantik. Haha. 

Adikku, nak pinjam dslr ang boleh tak??...ehehe...

Oh ya, I've been de-stressing my self watching matlutfie Vlog. Lawak ahh dia. Baguih betol. Pandai ang buat vlog eh.

I think, for 2012 I need to run hand in hand SOLO. I mean, it's really a time for me to be 'the star of the year'. Focus on healing. No commitment. Only a commited vow. To my own self. It's okay to be alone. Yeahh. Fresh start for a new life. Senyum.

You cannot give something that you don't have. Macam bila aku tahu hati aku tak cukup lagi nak dibahagi-bahagi sama rata dengan manusia sekeliling aku, aku perlu 'recharge' balik. Dan cara aku nak cukupkan rasa dalam hati aku supaya aku boleh bahagi dan kongsi dengan manusia-manusia sekeliling aku adalah dengan baiki diri aku dulu. Tunggulah aku sembuh dulu. Haha. A damage beyond repair. It's gonna takes some time. Mungkin 2012 boleh bawa makna. Who knows.

Doakan aku.

5 tahun dahulu dan sekarang

Oh man. Pernah tak rasa perasaan yang "apa yang aku dah buat selama ini" (dengan tanda soal  yang super banyak dibelakang pertanyaan).

Memandangkan aku godek-godek(literally:baca) semula buku Anthony Robins, Awaken The Giant Within yang dipinjam dekat library, aku telah membuat senarai semak perbandingan "Aku 5 Tahun Lepas" dan "Aku Sekarang". Dan juga membuat perancangan "Aku 5 tahun Akan Datang". Berkajang-kajang kertas aku guna untuk menulis. Haha. Below are just the summary.

Lima tahun yang lepas, umur 17 tahun-2006-messed up-SPM

5 tahun selepas itu,

Sekarang. Umur 22 tahun-2011-not that messed up anymore-a mediocre-undergrad student

5 tahun akan datang. 27 tahun-2016-monumental-happily taken (ehem)-lecturer/tutor

I am looking back, take a step behind and rewind the mental picture of who I used to be. And what I used to think. Looking back, I just felt that I want to override the old me and say "You are capable of anything and you have a power beyond measure. Keep strong and hold on". I wish I was saying that. But I just don't.

Apalah yang remaja berusia 17 tahun fikir kan? SPM SPM SPM. 10A1. 10A1. 10A1. Fly oversea. Be a doctor. UK.

Serious aku tak tahu apa yang aku nak pada usia itu. Alah, nak jadi doktor pun sebab rasa macam 'best' kot jadi doktor. Haha. 

Matrix? Flunked. Uni? Almost to the edge. Deep down aku tahu, "I more than what's written on my exam slip". Adakah itu ayat-ayat manusia denial? Haha. Entah. You figure.

It hurtful you know. 5 year ago. Entah, susah nak cakap. 

Aku ingat lagi masa dalam kelas physic, jasad aku ada dalam kelas, pura-pura beri tumpuan padahal otak aku melayang entah ke mana. Memanjang fail. Orang lain excited nak belajar, aku tak. Aku pura-pura belajar.

Kelas add maths lagilah. Sampai pernah aku dengan budak-budak yang fail kena denda lari keliling basketball court dengan cikgu add maths yang super garang. 

Aku tak tahu apa jadi dengan aku waktu tu. Yang pentingnya, jiwa aku hilang entah ke mana pun aku tak tahu. Bukan masalah cinta ke apa ek. Haha. Sekolah aku semua perempuan.

Sebab sekolah aku ni sekolah berasrama penuh yang semuanya dikalangan cerdik pandai bijak bestari, maka aku ini adalah antara yang tercorot.Kalau nak tengok ranking exam bulanan, nak cari nama aku kena start daripada No.114 (sebab batch aku ada 114 orang) .Lebih-lebih lagi bagi subjek Add Maths.

Kalau kau masuk asrama penuh, memang akan fahamlah bahawa sekolah kau tu akan 'push' student untuk dapat A sebab nak naikkan ranking sekolah. Ranking itu lebih penting. Imej sekolah itu lebih penting.

Kelas yang aku enjoy, BM,BI,Agama Islam. Subjek inilah pun yang aku cemerlang sikit. Haha. See, nampak kan kecenderungan aku ke mana. Seni. Ceh. Seni lah sangat. Yang selalu fail Physic-AddMaths-Kimia. Biologi okay sikitlah.Sebab membaca. Math Mod pun lemah weh. Aku rasa dalam SPM 2006, aku telah mencemarkan rekod sekolah dengan mendapat B3. Aku rasa budak-budak batch aku  semua dapat A1. Sebab memang tradisi sekolah aku time SPM , batch senior2 dulu2 memang dapat semua A1 dalam maths mod. Gila kentang betul.Oh ya, antara sebab aku nak jadi doktor adalah sebab aku terel biology sikit lah. Haha. Yang lain asyik fail je.

Klasifikasi pelajar yang cemerlang/masa hadapan cerah = Jumlah A yang dicapai

Kau dinilai hanya berdasarkan deretan A dalam kad kemajuan pelajar. Sistem 'nilai' a.k.a life values? Oh, tak penting. Asalkan banyak A, maka itulah dia pelajar cemerlang. Bahagia hidup di dunia. Akhirat? Tanggung sendiri.

Tak penting pun kalau kau seorang pelajar yang jujur,amanah, bertanggungjawab, bersopan santun, hormat orang tua, sembahyang cukup 5 waktu sehari, puasa penuh di bulan Ramadhan , dengar cakap mak ayah, tak mencarut, tak mengumpat/kutuk cikgu senyap-senyap tapi pura-pura baik depan cikgu, tinggi common sense, tak escpae kelas, tak escape prep,t ak menipu, tak mencuri, tak fly dari sekolah senyap-senyap, tak ada hubungan songsang etc.

Semua dia atas tak penting, asalkan kau score sebanyak A yang mungkin.Senang kata, tak perlu jadi baik pun.

Mungkin aku tak 'sepandai' mana di mata cikgu/kawan-kawan dulu, tapi aku tahu aku ada values of life yang aku pegang. Yang dah ditanam dalam blueprint aku sejak kecil. Yang mama ayah dah ajar aku dulu-dulu. Yang jadi kan aku, aku. Bukan mereka.

Tapi, manusia tak pandang itu semua bukan? Seriously. Aku pernah rasa. Memang semua orang akan "judge a book by its cover".

Mungkin silap aku, lambat dicover apa yang aku mahu + minat + kecenderungan. Tak banyak exposure. At least sekarang, aku tahu apa yang aku mahu.

Ourselves is not our physical. We are our soul. We are a spiritual being experiencing life in our physical body. Sorry, I couldn't come out with the right phrases. It's in Anthony Robin books. Dah hilang those pages.

Perasan tak, bila manusia mati jika ditimbang jasad sebelum dan selepas kematiaan, tiada apa yang beza. Dia tetap mati. Jasad masih terkaku, tetapi yang hilang dan pergi adalah 'roh' atau 'soul' dia.Manusia-manusia yang masih di 'preserve' dalam bilik mayat, physical still intact(bergantung kepada kes kematian), tapi yang menentukan dia hidup atau mati adalah 'roh' seseorang itu.

Baru aku faham. Tak pernah terfikir pun sebelum ni.

One beautiful soul is so hard to find, kan? It will always comes with a high price for you to attain one or to be the one. It's like a sacred gem.

P/S: Ya, aku sengaja tutup ruang komen kali ini. No expectation. I just wanna vent out my 2 cent. Dan ya, aku belum tidur lagi sebab otak aku aktif banyak fikir perkara,selain exam yang bakal berlangsung seminggu dari sekarang.

Thursday, April 28, 2011

Masa hadapan yang kabur

Ramai yang tanya aku, especially bila balik cuti sekejap minggu lepas. Makcik, sepupu, wan, atok.....

"Bila nak habis belajar?"

Fikir dua tiga kali. Nak jawab apa ye sebab jawapan yang akan aku jelaskan  pun aku  masih kabur. 
Take the safe side, dalam hati berbisik.

"Tak lama lagi. Akhir bulan 8 ni Insya Allah habis." safe answer.

Kemudian muncul pulak soalan yang aku tak berapa suka nak jawab. Korang agak-agak apa? Nak kahwin bila? Eh, bukan soalan itu. Heh, soalan tu tak keluar lagi. Tunggulah tahun depan ke.

"Lepas ni nak keje lah ye?"

See. I hate this question. Please people. Please make my life little easier ohkay. Tapi dah wan(nenek) tanya, tak kan nak buat dek je kan.

"Errrrr..(lambat-lambat jawab) rileks dulu kot......" safe answer lagi.

Ayah macam hint hint aku. Mungkin dia tengok mood aku agak baik masa balik cuti study week hari itu kot. On the way ke airport dia tanya macam-macam pasal course apa aku nak buat masa short sem nanti, kolej dapat ke tak, bla bla bla bla...pointer sekarang berapa...Ish, dah banyak kali kot aku bagi tau. Tapi, biasalahkan lelaki mana nak ambil port benda-benda remeh cam ni. So, kena rewind banyak-banyak kali. Dah faham dah. Ayah oh ayah ku sayang~

"Dekat UPM ada tak course yang sama macam course along sekarang?" ayah bertanya.

"Master ke? Ada kotttt..." Er, ni ayat macam nak suruh sambung master je nih dalam hati berkata-kata.

"Selain UPM? Uni lain adaa lagi ke?"

Actually, banyak uni ada tapi aku malas nak elaborate sebab dah lah bunyik radio kuat. Suara pun tenggelam timbul je.

"Uni kat terengganu tu...." jawab pendek. 

"Buat kat UPM pun okay. Dekat dengan rumah. Dekat Unimas pun mesti ada kan..." 

"Ish, tak mo dah lah duduk sana" cepat-cepat aku balas dengan suara seolah-olah annoying gila dengan uni. aku sekarang Hehe...

Mama and ayah macam gelak je.

"Takpe, nanti bawak la kereta sekali" ayah saja provok.

Aku senyap je. Bawak kereta ke tak ke, aku tetap dah tak mahu duduk sini.Hmmmm...

"UPM pun ok jugak" Ayah menambah.

Mama mencelah..

"Ayah ni memang gila akademik betul" mama cakap ala-ala mengusik ayah.

Then ayah bebel apa entah. Lebih kurang setakat gaji 2 ribu keje dekat KL tu macam waste of time..bla bla bla bla.......*bersyarah*

Aku dengar tak dengar je sebab volume lagu dalam kereta menghadkan pendengaran aku yang memang kureng ini.

Thanks mama. Aku tahu mama macam back up aku. She knows what my interest is. Hari tu masa kitaorang buat coklat pun dia cakap "Kan nanti along nak ambil culinary"...Mama cool sikit. Tak kisah pasal qualification apa semua ni. Asal perangai baik dah cukup. Yeah, my mum is a teacher. Instead, ayah agak...mmmm, macam mana nak cakap ye..Kalau boleh dia nak aku belajar sampai PhD kot. At least qualification kena lebih dari ayah ataupun sama dengan ayah yang ada master degree.

Ye, memang aku sangat sangat bercita-cita nak melanjutkan pelajaran kalau boleh sampai ke peringkat yang tertinggi. Memang impian aku pun. Tetapi, sekarang aku dah sedar yang bidang aku berada sekarang is not my forte. Serius bukan. Dan even suruh buat free pun haram jadah aku akan buat dengan hati yang senang dan gembira. Cuba kau suruh aku masak ke , mengajar masak or cooking class untuk ibu tunggal kemudian diorang dapat buat duit dengan ilmu yang kau ajar tu. Hell yes aku akan rasa puas gila. Free pun aku sanggup. Tapi, aku kena menuntut ilmu dulu lah kan. Itu perancangan dan impian aku.

Bila ayah tanya lagi macam tu seolah-olah dia tak faham apa yang aku nak. Padahal dulu aku dah jelaskan . Maybe dia ingat aku dah 'deal with the problem'. Tak ada masa depan  ke kerja dalam line 'culinary'. Hina sangat ke? Nampak macam budak tak pandai belajar, you go and choose 'culinary'.Habis cerita Sedih la..Yang ayah nampak, aku buat master jadi pensyarah. Then sambung PhD. That's it. At least bila ada orang tanya, anak kau kerja apa? "Pensyarah"..Tak lah segan nak jawab kot. Pada pandangan aku lah . Maybe he's  bit much dissapointed because I'm no where near to be a doctor, lawyer, engineer and you name it pekerjaan typical yang ibu bapa idam-idamkan anak mereka akan jadi. Sorry, I'm not what you want to be dad. Sorry for not getting so many  A's in SPM, Matrix, Uni...Kalau itu yang dapat bahagiakan mereka. Aku yakin my parents is not like that, but half of me said yes they are. They've never showed it, but I can feel it.Ke, aku yang perasan sorang-sorang.

Apa aku nak buat. Nak bahagiakan hati ayah atau ikut kehendak hati sendiri. I'm a universal feeler raher than a thinker. Bila aku kaji semuala, kebanyakkan keputusan yang aku dah buat selama ini semua berpihak kepada ciri-ciri seoarang 'feeler'. Apa-apa keputusan yang aku buat mesti aku akan fikir sama ada ia akan memberi kesan kepada orang sekeliling, terutamanya yang tersayang. Susah nak jadi manusia degil bila aku pun bukannya  seorang yang degil. Bila jadi keras kepala pun macam best jugak kan. Tapi, aku mesti tak sampai hati nak hampakan harapan orang lain.

Que sera sera
Whatever will be will be
The future is not ours to see
Que sera sera
What will be , will be.

Walau apa pun, aku tetap sayang ayah. Sampai bila-bila.