Kau kata, mahu berubah.
Ataupun pun kau masih sangsi.
Kau memang sama.
Dari dulu sampai sekarang.
Kau pusing keliling,
Tapi tak jumpa jalan pulang.
Kau jerit minta tolong,
Hanya gema suara yang tak terluah kau dengar.
Kau ketawa kuat,
Hakikatnya kau memang sesat.
Kau cuba berlari,
Namun nafas tak sampai.
Kau soal dalam diri,
Tapi tak ketemu jawapan.
Dan engaku masih sama,
Seperti semalam yang lalu.
Penat, lelah.
Kehidupan memang kejam, kau fikir begitu.
Hakikatnya, tuhan tak pernah menzalimi hambaNya.
Kau yang kejam dengan diri sendiri,
Kau bunuh dia sampai mati.
No comments:
Post a Comment