Selamat berpuasa!!
Dah masuk hari ke-2 nie, hopefully things are getting better lah ye.
For our family, this is the first time since aku masuk asrama sejak 6 tahun lalu dan sejak itu jumlah ahli keluarga yang sepatutnya menjadi 6 , pasti akan lompong. Zaman form 4, form 5, matrix, uni dan baru sekarang aku dapat buka puasa plus bersahur bersama-sama. Lengkap semua 6 orang. Adik nombor 2 pun ada sekali sampai raya nanti.
Ayah, mama, aku, adik no 2, no 3 dan no 4. Cukup enam semuanya.
Hari pertama solat terawikh pun first time aku pergi sembahyang sama-sama sejak 6 tahun lepas di mana semua benda pun buat sendir- sendiri. Maklumlah, duduk asrama memang macam tu. Pejam celik pejam celik, dah dekat sampai fasa di mana aku pun dah hampir nak habis belajar. What's next, only time can tell.
Sembahyang dekat masjid negeri, pun first time gak. Ingatkan solat terawikh setakat 8 rakaat je, tapi amik kau sampai 20 rakaat tak termasuk witir. Haha....first time gak tu....
Living in the moment, embrace everything. Sebab belum tentu lagi esok akan sama macam semalam.
No comments:
Post a Comment