Tuesday, August 23, 2011

Ingat bulan puasa ni nak berehat aje ke?

Tolonglah, tajuk tak boleh blah..(merujuk perkara diatas)...*nasiblah*



#jumaat (lepas)#

Side project for raya. Ni namanya biskut suka-suki. Motif? Sebab ni resepi paling senang provided semua bahan-bahan ada dirumah. Tak payah susah-susah nak dapatkan bahan di baking store. Butter, eggs, icing sugar, vanilla essence, tepung gandum, tepung ubi, serbuk roti, ceri merah. Oh~mudah nya hidup. Errr, walaubagaimanapun biskut semprit tetap di hati..hahaha~

Gambar setelah semua proses mem 'baking' selesai. Tak kuasa aku nak snap-snap pic masa tengah buat kueh. Bukannya ada assistant pun.


Errrk, bajet cun lah konon kalau deco dengan choc. Tapi, nampak macam memburuk kan keadaan aje lagi adalah..huduhnyerr la biskut ni...



#Sabtu (lepas)#

Semua isi rumah dikerah untuk mengecat . Bukannya cat rumah ok. Tapi cat kolam ikan ayah aku. Bukan sahaja cat kolam ikan kesayangan ayah, malah kami juga dikerah tenaga pada bulan Ramadhan yang mulia ini untuk mengecat border(ala-ala pasu tapi made of kayu...err, susah nak explain. harap faham..:D ) pokok-pokok di keliling dan juga luar rumah. 

Sebagai upah (tak tau pun ada upah sebenarnya..haha~) ayah bagi sorang RM50. Weehuuu...padahal bukannya buat apa sangat pun kan..Ayah je yang banyak buat kerja. Aku siap boleh termenung je lagi while tolong ayah buat kerja. Ayah nak touch up kayu tu.  Aku konon-konon bajet boleh buat la. Sekali, hah. Fail. Tak berseni langsung tangan. Aku just teman je lah ayah buat kerja sambil lepak dalam kolam yang air dia sejuk. 

Mengecat di dalam kolam. Adik sapa lah tu...??


.Mission - not - so - impossible.


Sekian.(maaf penutup tak ada..haha~)
Selamat berpuasa!!

No comments: