Friday, August 26, 2011

Hikayat Putera Katak

Oh~memandangkan aku dapat 'request' daripada kak erine untuk list out my so called 'prince charming criteria', maka pucuk dicita ulam mendatang (eh, betul ke ni??). Sahutanmu ku seru wahai cik akak yang nampaknya sudahpun bertemu jejaka idamannya..weewitt...*ehem ehem*

Err, 'prince charming' tu rasanya macam exaggerate sikit lah. Sebab 'prince charming' ada dalam cerita fairytale je. Dalam dunia sebenar? Tak kot.

Well, honestly perempuan (read:me) bukanlah makhluk yang complicated sangat. Ye tak? *habis la kena troll nanti* Ok ok ramai yang dah *rolling eyes*...

Secara normal nya, setiap orang akan ada expectation-expectation yang tertentu terhadap seseorang(calon pasangan). Dan seringkali, jika segala expectation tersebut tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh seseorang itu maka dia dengan mudahnya semudah 123, akan 'reject' calon pasangan tersebut.

Tapi, itu kata kita sebagai seorang manusia. Bukan kata tuhan yang mengatur jodoh , pertemuan, ajal maut setiap mahklukNya bukan? Siapalah aku nak demand itu ini. Sedangkan diri pun bukanlah sempurna mana pun.

Sebab aku pernah terbaca/atau terdengar yang jodoh ni macam kematian juga. Kita tak tahu siapa dia, bila dia datang dan bagaimana jodoh kita. Tapi apa yang boleh kita buat adalah bersedia. Preparation..maksudnya bersedia daripada semua segi lah kan. Fizikal, emosi, spiritual..

Kalau ikut pandangan mata yang berkiblatkan hawa nafsu syahwat semata-mata, memanglah nak yang handsome-handsome macam channing tatum tu, nak yang lawa-lawa macam nur fazura ..Tapi, kalau kita fikir balik lah kan, kalau dalam dunia ni kebahagiaan dalam perhubungan (especially rumah tangga) diukur melalui paras rupa/fizikal, mesti artis-artis atau model-model atau pun rupawan-rupawan yang muka macam procelain tu adalah orang yang paling bahagia kan kan kan? Hakikatnya....

Oh~aku dah membebel pulak ni..haha. Maaf, yang atas tu merupakan selingan .... :D

Back to the topic..

Ciri-ciri Lelaki (mengikut pandangan mata hati) yang boleh membuat kan 'sejuk hati'  adalah seperti berikut *drum roll please*


  •  pandai buat susu anak**, basuh lampin, cebok berak/kencing anak, pandai basuh uri anak + tanam sendiri, pandai tidurkan anak bila dia terjaga waktu malam , pandai baca bedtime story untuk anak-anak bila they all nak tidur ...hahaha~ boleh ke???? wah, memang suami mithali ni weii...nak nak nak!!     (**baby)

  • lelaki yang bila nampak kayu tengah jalan, akan alihkannya supaya orang yang akan lalu nanti tak akan kena mudarat *ok, ayah aku selalu buat macam ni*

  • lelaki penyabar dan bersopan santun  tapi macho. hahahaha~

  • lelaki yang boleh jadi ketua dan menjadi imam ketika solat *bukan ketua kampung mahupun ketua persatuan pengguna ye*

  •  lelaki yang pemurah. tak berkira soal duit. contohnya kalau balik rumah mak mertua or rumah mak sendiri dia tetap akan belikan buah tangan atau bawa balik buah tangan if dia pergi out station. Misalnya kalau dia pergi Kuching beli ikan terubukmasin, dia akan belikan untuk mak dia dan mak aku gak...haha~aku kepantangan betul lelaki kedekut ni weii...

  • lepas makan, pandai angkat pinggan sendiri lepas tu basuh sendiri. Kalau rajin, tolong basuh periuk ke, kuali ke lagi isteri bertambah sayang ye dak...hahaha~

  • oh ya, lelaki yang ada matlamat dalam hidup(oh, aku termasuk matlamat hidup dia gak..haha). berwawasan. cemerlang gemilang terbilang *haha, over nye aku*

  • lelaki yang berlembut dengan perempuan-perempuan especially aku,mak dia, mak aku adik-adik dia dan juga adik-adik aku..bukan berlembut sebab apa, tapi sebab hormat dan sayang...sebab ada je lelaki yang anggap perempuan sebagai 'object' tapi bukan sebagai insan yang patut dilindungi...

  • peramah serta periang dan pandai berjenaka....sebab aku tukang dengar dan tukang gelak, dia tukang cerita. Boleh?

  • lelaki yang pandai semua daripada aku....senang sikit hidup. contohnya, kalau aku tak tau cara nak tukar tayar kereta , dia tahu. aku tak tau tanam pokok , dia tahu. aku tak tahu tukar mentol lampu, dia tahu. aku tak tahu nak repair skru almari tercabut, dia tahu.aku tak tahu nak hidupkan api nak bakar lemang, dia tahu. bukan ke lelaki terrel bab-bab mekanikal semua ni ..kalau tak reti jugak...tsk tsk tsk....T____T

  • oh ya, lelaki yang tak smoking juga cool.

  • pandai drive kereta juga secara berhemah serta tidak mencarut semasa memandu.

  • setia

See, perempuan sebenarnya tak pandang sangat lah lelaki tu muka macam robbert pattinson *tak tau nak petik sapa lagi* badan ketul ketul mcm taylor lautner or mata sepet macam Rain. All that matters is 'perangai' lelaki tuh. Lelaki je yang mata keranjang *tak semua, tapi hampir semua*..Oh,lupa lak they all kan easily stimulated by the looks , so no wonderlah kan....

Dah dah, lepas ni tiap-tiap malam nak baca balik list ni. Law of Attraction gitu kan...haha~

3 comments:

Anonymous said...

looks like criteria lelaki idaman kita sama.. except for one thing. i wish for a non-smoker boyfriend, but too bad, he is the hardcore one.

T_T

auwww gentleman la ayah hannah tolong alihkan kayu tengah jalan.. mesti masa muda2 dulu jadi jejaka rebutan nie.. hehehe~~

goodluck finding ur prince charming. once dah jumpa, jgn lupa blog out about it. upload gambar juga.. hehehe

Hannah Haykhall said...

Oh no~dia smoker ek...maybe one day he'll change..akak kene slow talk la..mesti dia dgr punya..

Amboi, kena upload gmbr skali ke nanti bila dh jumpa?hahaha...adoi laa..

Thanks kak.

Anonymous said...

he will. dia kata macam tu lah.. tapi tak tahu lah.. kannn.. haha

eh mesti la. good story, kena share.. hehe

Selamat Hari Raya Hannah :))