Friday, October 21, 2011

I'm glad i have you

When it comes about parents, i'm so grateful to have them in my life. Alhamdullilah. Just perfectly made for me. Pernah tak terfikir, kenapa diorang mak ayah kita, kenapa bukan jiran depan rumah itu mak ayah kita. How is it like to be anak si polan dan si polan tapi bukan mak ayah kita sekarang? Hmmm, i used to think like that. Dan sekarang, aku fikir takdir tuhan itu sangat cantik dan indah.

Kalau mama dan ayah tak kahwin, obviously tak ada lah 'aku' bukan? Dan kalau mama dan ayah tak kahwin, aku tak ada nenek dan atuk yang penyayang, tak ada adik-adik yang annoying tapi aku tetap sayang, tak ada maksu yang cool lagi pemurah dan mempunyai pakwe yang pandai masak...haha.. *maksu dah puji ni sila belanja sushi lagi!!*

Tak dapat bayangkan.

Kawan baik aku mengadu, dia kalau boleh nak sambung masters tapi mak dia bising-bising suruh kerja dulu. Mak dia garang jugaklah. Jenis berleter 24/7. Ayah dia ok je. Apa yang aku kesiankan kawan aku ni mak dia suka comparekan dia dengan adik dan kakak dia. 

Compare pasal course yang dia ambil (she's a zoologist ). Mak dia suri rumah yang ortodoks aku kira. Yang hanya fikir kerja jururawat (adik dia amik course ni) dan kerja cikgu (her older sis) sahajalah menjamin masa hadapan. Faham tak, ada kan mak mak macam tu. Zoology what? Nak keje kat zoo ke? Please la, kembangkan otak sikit boleh tak?

Compare pasal physical. Ok fine, kawan aku ni sweet and petite. Kulit hitam manis. Tak macam adik beradik yang lain, cerah dan putih. Sampai dia pernah kata adik beradik dia bergurau tahap cakap dia anak angkat sebab dia lain sikit daripada adik beradik lain. Hurtful isn't it? Dia anak ke 5 daripada 9 adik beradik. Atas ada 4 kakak, bawah ada dua adik perempua dan lelaki. Yang atas, kakak semua dah selamat kahwin kecuali kakak yang atas dia akan kahwin bulan 11 ni. So kiranya, lepas ni turn dia pulak lah kan.  

Aku rasa mak dia memang agak ortodoks sikit la. Mak dia dah start tanya-tanya, ada pakwe ke tak? Siapa? Kawan aku sampai terpaksa tipu cakap ada, padahal single lagi. Ada je nak kat dia, tapi dia tak mahu . Mak dia sampai  pernah cakap kat kawan aku tu "ada ke yang nak dekat kau?".uwaaa.. sedihnya... T____T

Lagi satu, aku rasa dia ni macam ditindas je lah. Dia banyak pendam sorang-sorang. Aku nak cakap pun serba salah sebab aku tahu dia sayang family dia walau macam tu. Family dia okay, cuma at certain time, ada perkara atau perbuatan yang mengguris hati berlaku.

Aku faham, ada family mak ayah dia akan suka sangat nak compare itu ini dengan orang luar dan lebih teruk dengan sesama adik-beradik. For that, aku bersyukur sangat-sangat sebab mama and ayah never ever compare kitorang adik beradik. Dan aku perasan, kitaorang akan dapat benda secara sama rata. Katakanlah aku dapat bb, adik aku dapat dslr, lagi sorang tu dapat xperia dan yg lagi sorang dapat ipad. Haha..Lebih kurang begitulah...Tapi tak adalah bagi sekali serentak. Gilo apo...haha..

Kenalah faham setiap anak-anak tu kan lain-lain. Tak akan sama, biarpun berkongsi darah yang sama. Mungkin si kakak slow learner dan adik fast learner, tapi mungkin ada kelebihan-kelebihan yang lain yang kakak ada, adik tak ada. Kan? Tak acilah nak sayang si adik je sebab selalu dapat result yang gempak-gempak dan kakak disisihkan sebab asyik results semua cikai-cikai je. Ada kot mak ayah macam ni. Sadisnya..

Aku bersyukur jugak mama dan ayah tak pernah nak paksa dan pressure aku. Macam dalam study. Kadang-kadang tu adalah bagi pressure jugak, tapi macam bagi dalam bentuk cabaran ke apa kan. Err, so far they never once tanya aku pasal hal-hal peribadi..haha. Macam dah ada pakwe ke apa ke kan? Dan aku pun bukan jenis suka cerita hal-hal peribadi dengan parents. Entah, tak selesa pun ya dan aku memang naturally seorang yang perahsia dan suka pendam apa-apa sorang-sorang. Dan satu lagi, aku takut rahsia aku bocor dekat nenek+atuk+makcik+pakcik semua. Sah sah mama akan cerita apa-apa pasal aku kat diorang. Malu lah weii..

Aku lagi selesa cerita dekat my lil sister.Pelik kan. Apalah budak 15 tahun tahu kan. Err, tapi dia lagi advance daripada aku in certain ways. Macam bab-bab make up, fahsion, gadjet, memang dia up daripada aku tapi ada certain things dia tak leh compare to me.Masak sardin pun fail kot . Masak air dia reti lah..haha.. Lagi satu dia dah ada pakwe. Aku masa umur 15 dulu kenal lelaki pun tak.Ok, mungkin sebab sekolah semua perempuan kan..haha..so, semangat feminisme agak tinggi waktu tu. Pandang lelaki semua macam 'loser' je kan.Hahaha..Noob okay.Noob.

Oh sebab aku adalah seorang yang pemalas nak cakap banyak (bukan pendiam tapi certain times lebih suka jadi diam), kalau aku ada benda-benda penting nak cakap dekat parents, aku akan tulis surat.Daripada dulu lagi kot macam tu. Ye. Betul. Tak tipu. Aku pernah karang surat yang bila print jadi 9 muka surat.Panjang gila kan. Sebab aku tahu bila aku cakap berdepan, apa yang aku maksudkan tak akan sampai 100% dan aku fikir dengan menulis, semua yang aku nak sampaikan akan dapat difahami 100%. Adik aku yang umur 15 tu kata dia nangis kot baca surat aku (sebab dia proof read sebelum aku pass surat tu kat parents). Haha, emo gila dia. Surat apa? Biarlah rahsia..heeee..

Oh, aku rasa sebab tu lah aku ada blog kot. Haha. Sebab aku fikir, hanya dengan menulis aku dapat sampaikan apa yang aku nak sampaikan. Sebab aku suka hold back apa yang aku nak cakap sebenarnya. Macam katakanlah aku marahkan seseorang, aku tak yakin yang aku dapat marah dia depan-depan. Apa yang aku akan buat mungkin aku akan tunjukkan dekat dia yang aku marah dengan  bagi dia 'silent treatment', ataupun dengan tengok riak muka aku sebab memang tak dapat nak sorokkan punyalah. Obvious. Mungkin kalau diberi peluang menulis, barulah dia faham apa yang aku rasa sebenarnya. Get it? Dan ya, aku ni malas nak cakap banyak-banyak, tapi sebenarnya bukan pendiam ek. Mengada-ngada kan?.Haha~my bad.

Ok, melalut la pulak.

Oh, banyak sangat kebaikkan-kebaikkan diorang yang tak tertandingi.

Cuma mungkin apa yang aku dapat belajar daripada diorang ialah apa yang parents buat almost semua anak-anak akan ikut. So beware of what you said, what you did because it will affect your kids for the rest of his/her life.Wajib tunjuk contoh yang baik. Lebih-lebih lagi waktu mereka kanak-kanak. Crucial times. 

Apa yang aku respect mama dan ayah ialah depa tak pernah sekalipun bergaduh depan kitaorang. Macam kalau dalam drama kan selalu buat scene laki bini gaduh perang mulut la. Kutuk isteri, kutuk suami. Semua tu macam bodoh je aku fikir.Asal nak paparkan benda-benda bodoh tu? Tapi seriously,gaduh depan anak-anak sangatlah tak matang. Dan aku pun terkejut juga dengar cerita kawan-kawan yang mak ayah diorang  rilex je gaduh depan anak-anak.

Haish, nasiblah mama cool eh. Tak de nak sentap-sentap macam dalam drama tv semua tu. Pernah sekali ayah lupa wish birthday mama. Dah seminggu baru teringat. Mama senyap je, buat macam biasa. Lepas tu mama cakap dekat kitorang " Buat apa nak marah. Kena fahamlah. Lelaki  memang macam tu. Kadang-kadang diorang tak perasan all small things dan benda-benda remeh macam ni, they only see big things." Lebih kurang macam tu lah mama jawab bila kitorang tanya, tak marah ke?

Oh, ayah pun pernah juga lupa nak wish birthday aku 2 years back. Huuu, sedihnya...So, fahamlah aku akan teori itu. Dah memang fitrah lelaki macam tu, nak buat macam mana kan. Redha jelah.

We tend to upset by all small things that a guy did. Just small things. Haha~

Ha, lagi satu kan yang aku peliknya ayah ni dia memang failed bab jalan dan tempat. Memang tak boleh lawan mama yang cekap mengalahkan gps. Ini memang fakta. So ada sekali tu ayah drive, dan entah macam mana ayah tak ikut/terlepas jalan yang mama suruh lalu. So, sesat barat lah kitorang semua. See, lelaki ni kalau tak tahu tu, cakap jelah tak tau kan..haha~ni nak jugak tunjuk terrer, last-last sesat. Memang fakta.Aku perasaan, mama hot jugak lah kot masa tu, tapi dia diam je. Hahaha..ayah oo ayah..Kalau tak tahu dan mengaku, lagi cool okeh..

Apa-apa pun, aku sayang diorang lebih daripada apa yang diorang tahu.

Haish, panjangnya lah aku menulis ni kan. Kalau dah baca sampai habis , memang champion la.. :D

5 comments:

Anonymous said...

ok good ngumpat aku kata aku tak reti masak sardin blablabla ~ report kat boyfriend kita -.-

tak boleh panjang lagi ke enrty hang haaa . .

Hannah Haykhall said...

@ annoying sister

eh eh, memang fakta kot ada orang tu tak tau masak..haha~ masak air jelah weiii ...

hah, report ah kat 'awan nano' dia tu. tak takut!!..nak dating nanti pi keluar sendiri ek..

ingat dia sorang je ke ada boyfriend?????

weii, sukehati lah nak tulis panjang-panjang ke pendek-pendek ke.

hampagas!

Hannah Haykhall said...

@ annoying sister

wei, eja 'entry' pun salah..bukan 'enrty'...

adoi la..

Anonymous said...

i love my parent too..

that's the power of parent..
you'll be the same once you become parent, hannah.

Hannah Haykhall said...

@ erine

yes kak..i want kids but tak mo kahwin lagi..haha~

cam mana tu?

culik anak orang lah nanti..

aspire to be a better parents. coolest mum ever..cewah..berangan..

:D