Thursday, April 26, 2012

Gay


"akak, kan best kalau akak jadi boyfriend kita" kata seorang perempuan. Lebih tepat, seorang kawan perempuan. Ye, dia perempuan tulen. Seratus peratus.

"hoiii.." secara refleks, aku terjerit bagai nak keluar anak tekak. Dahlah masa tu tengah nak adjust parking kereta. Buatnya tertekan pedal minyak secara mendadak atau tershift gear reverse ke. Nahas.

Dia tergelak-gelak tengok aku kat sebelah yang buat muka annoying.

Omg. Ayat gay habis. Aku adalah perempuan yang meminati lelaki okeh. I'm straight, no bengkok-bengkok.

Amboi, nak bergurau pun ayat tak boleh blah. Haha. Terkejut I.

Tapi kenapa aku yg kena jadi boyfriend? Tak cukup lemah lembut sopan santun ke I ni? Haha. Nampak sangat...

Sepatutnya,

"kan best kalau awak jadi girlfriend + soul mate + best friend + isteri saya" kata seorang 'lelaki' . Lebih tepat, kawan lelaki.

Tak adalah aku terkejut sangat kalau dengar ayat kat atas tu. Haha. Malah, aku tak akan buat muka annoying. Kalau tak senyum sampai sakit rahang, mungkin aku akan buat-buat tak tahu tapi mahu. Haha.


- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: