Monday, April 23, 2012

Kotak aduan

I sakit tekak hari ni. Time rehat sejam, cepat-cepat cabut pergi 7e lepas tu beli lozenges yang kononnya mujarab untuk sembuhkan perit tekak I. Sambil tu, kaki I laju je bergerak ke bahagian paling belakang 7e, beverages. I capai setin cafe mocha.

Balik je rumah, lepas makan asam pedas yang super sedap serta ekstra pedas yang mama masak, terus cari ubat sakit tekak kaler pink dalam bilik. I syak tonsil menyerang. Tapi tak rasa nak demam pun. Harap2 I sihat supaya I apat bekerja dengan lebih efektif lagi. Ehemmmm..

Pagi tadi, I rasa super duper ekstra malas nak gi kerja. Rasa liat. Tapi mujurlah I telah berjaya merasionalkan kepala otak I yang tak cukup oksigen ketika itu. Separa waras. Gaji okeh gaji. Tak datang, sia-sia je penat lelah I hampir sebulan ni. Mata duitan. Eh tak. Penat tau kerja. Sapa tak nak gaji kan..Double ehemmmm..

Tadi ada customer gatal miang. Rasa nak flying kick je.

Lepas tu ada customer lain tanya, I ni baru lepas Spm ke? Hello, I spm tahun 2006 ok. Dah kakak kakak dah sekarang ni. I bukan budak kecik separa matang okeh.

Then, kawan sekerja I cakap muka I macam watak dalam majalah Ana Muslim. I terus buat muka yang penuh dengan tanda tanya + muka blurr sambil pandang je dia yang terkekeh-kekeh gelak. Depan I pulak tu. Kurang asam betul si fiko kopiko ni (saja ejek nama dia..keh keh keh). Adakah dia beranggapan bahawa I seorang yang kartun? Tak okay..I seorang yang serius di alam yang nyata. Cewahh...Seriously I marah ni. Haih..

Dahlah, sekian sahaja kaunter pengaduan untuk kali ni. Esok-esok ada cerita hot, I tulis lagi okeh.

-XOXO-



No comments: