Sunday, January 20, 2013

Under The Weather

Sakit mengajar kita bahawa selama ni betapa kita selalu memandang enteng pada nikmat kesihatan.

Masa sakit, kita tanya diri "kenapa aku sakit?".
Tapi, tak pernah pun terdetik nak tanya "kenapa aku sihat?" selama dikurniakan nikmat kesihatan.

Hmm..macam itulah manusia.

I'm down with severe diarrhea + vomitting + stomach pain + dizziness starting from 2 A.M this morning sampailah membawa ke sekarang. Now dah okay, cuma sakit sikit-sikit and pening je. Ya Allah, lemau macam hape jadinya. Rasa nak pengsan pun ada. Lebih 6 kali gi toilet. Seriously, lembik. Pastu muntah- muntah pulak. Adoi. Segala perkara yang dirancang semua tak menjadi gara-gara sakit yang diturunkan Allah s.w.t.

Semalam sihat, hari ni sakit. Anything can happen. Kita boleh rasa kita sihat je, tapi bila Allah s.w.t nak turunkan sakit itu jugak, sesihat mana pun boleh jadi sakit dalam sekelip mata. Kita ni memang hamba yang tak berdaya. Sangat lemah.

Seriously, masa sakit hanya diri kita sendiri yang dapat 'mengalami' the real pain. Masa itu, aku fikir ini baru je sakit perut, orang yang sakit teruk-teruk tu macam manalah kan. Mungkin sakit diturunkan untuk menghapus dosa dan sebagai pengajaran (bagi yang ingin berfikir).

Mungkin apa yang berlaku ni boleh dijadikan pelajaran buat aku. Lagi berapa hari je nak bertolak ke tanah suci. Tak dapat bayangkan kalau aku sakit macam ni semasa berada di sana. Barulah aku sedar, 'kesihatan' itu satu nikmat yang sangat-sangat penting. Bila dah sakit, apa pun tak boleh buat.

Aku berusaha (menjaga kesihatan) dan berserah segalanya pada Yang Maha Esa. Aku sedar, kita hanya boleh bergantung harap hanya padaNya.

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami, kurniakanlah kesihatan untuk beribadah padaMu, terimalah Ibadah kami. Janganlah Kau bebankan kami dengan sesuatu yang tak mampu kami tanggung. Peliharalah kami dari azab dan seksaMu. Sessungguhnya, hanya padaMu kami bergantung harap.

Amin.


Wednesday, January 16, 2013

Emotion in Me

*This is going to be a lenghty post. And very emotional. Please don't weep here. :)*

Next week I'm leaving Malaysia for good. Next week, bukan next day ye! Hehe.
Luggage tak prepare satu hape lagi. Baju bersepah dalam bakul tak lipat lagi *i hate lipatkain*. Emm, ape lagi yang tak settle?

Now, my menses datang. Haha. First time, when she came I was like 'Alhamdullilah, datang jugak kau'. Risau la. Macam mana nak perform umrah if she's coming kan. Now, ada one week gap paling lambat pun she'll stop on first day in Madinah. Semoga semuanya dipermudahkan. Amin.

Ermm... Perasaan sekarang?

Nervous campur happy campur excited. Mixed feelings. Cool je lah. Excited tu sebab one whole family pergi, so rasa happy dapat 'jemputan daripadaNya'. Alhamdullilah.

Kali ni, dapat rasa 'penghayatan' tu lebih sikit la berbanding pergi time umur 16 tahun, masa tu kan zaman jahiliah. Haha. Memori tu macam ingat-ingat lupa. After almost 8 years, hopefully impact dia akan lebih terasa kali ini.Gonna make a lot of memories there. Nak ingat sampai bila-bila sampailah dapat panggilan untuk jadi tetamu haji pulak, In Sha Allah.

I should make a list of doa. Practical sikit. Senang nak ingat. Banyak ni nak request. :)

The power of reciting your prayer there is no joke. Seriously!

Macam 8 tahun lepas, aku pernah doa depan Kaabah nak rajin solat 5 kali sehari semalam. Takmo lagi solat tak cukup waktu(dulu hati tak terang sket).Balik je umrah, dan sampai sekarang ni, I can manage to perform my 5 time obligatory prayer without hassle. Alhamdullilah. Kiranya macam dapat hidayah la. Looking back, kalau aku tak dipanggil ke sana, I wouldn't be what I am today. Mungkin lebih teruk lagi kan, who knows. Living life now, aku rasa bersyukur sangat ada kekuatan nak buat semua ni, sebab ye aku akui kehidupan sekarang amat-amat mencabar. Tengok kawan yang tak menjaga solat, aku hanya mampu doa untuk diorang. Sebab, haih. Tak de kekuatan nak tegur sebab aku pun bukanlah baik mana.Tapi, aku tau diorang baik sebenarnya, cuma tak tergerak lagi hati nak berubah. Doakan mereka. Never underestimate the power of doa. *harap kisah ni dapat bagi iktibar kat semua yang membaca* Jangan suka mengkeji orang, kita tak tahu nasib kita macam mana lagi. Mungkin sekarang dia tak baik, in future? Mungkin dia 10x lebih baik daripada kita.

Maksud aku, kalau nak berubah bukanlah wajib pergi ke sana. Tidak. You can also make the change here. Boleh sangat. Cuma, mungkin kes aku berat sikit, kot. Allah s.w.t nak brainwash aku kat sana, mungkin. Ada je kawan aku yang baik-baik kat sini yang tak berkesempatan nak kesana. Semua solehah je. Haha.Cuma, kalau ada kesempatan apa salahnya pasang niat awal-awal. Time muda-muda lah best nak pergi. Energy banyak dan kesihatan tip top. Semangat tinggi. Kemudahan dan keupayaan nak memahami ilmu tu In Sha Allah ada. Sebab umrah ni macam ibadah badani. Means, it involve lots of physical and spiritual activity there. Nak tawaf 7x pusingan, saie (berjalan antara bukit Safa dan Marwah 7x) and stuff. Imagine performing hajj. Rukun haji lagi banyak. Phew, memang nak kena ada kekuatan physical,emotional,spiritual yang super kuat.

One more thing, aku ingat lagi doa berkaitan jodoh yang aku pernah minta di sana. Lebih kurang, supaya tak bukakan pintu hati aku atau dia sebelum aku ready nak commit into marriage. Now, almost 24 this year ermmm I've never been into that serious relationship, honestly. Takat crush tu adelah kan. Haha. But, yang serious memang tak. Yeah, i know. Old school. Tak rock ah tak kapel-kapel, tak de pakwe.
Yeah, semua orang fikir macam tu. Cannot go la. Aku macam 'geli' la. Haha. Aku happy je lone ranger. Lain la kalau dah kawen, takdelah rasa berdosa nak gi tengok wayang sambil pegang tangan ke kan? Nak peluk2 ke, dah free kot. Haha.
Sebab, aku selalu fikir I should've save the best for my future husband *pls don't puke here*. Time kita kapel-kapel ni, kita tak tahu sama ada dia tu memang bakal suami kita ke tak kan. Ni, dah habis madu sepah dibuang, ape jelah yang tinggal. Macam dah jadi second-hand car. Itu pandangan aku, tak semestinya betul kan. I'm old school. Ye, memang membosankan. Haha. Biarlah membosankan, asalkan maruah terjaga.

I'm not saying I'm against coupling. Cuma, I'm against those yang berlagak macam dah kawen padahal kapel je kot. Over tau. Haha. Yang masih menjaga adab pergaulan serta batasan yang ditetapkan serta berniat untuk berkahwin, baguslah. Yang ni bagus. Ada matlamat. Yang penting, jaga solat, pergaulan and etc. Kawen cepat-cepat please.

Dulu, ada one guy tu cakap kat aku "tak yah lah bagi tau kat ayah awak kita ni tengah kawan eh.." I was like what....? Ok, I smell something fishy here.Aku rasa dia ni nak main-main je ni. Masalahnya, tak start apa-apa lagi dah cakap macam tu. Kalau aku, benda-benda happy mestilah nak share dengan family kan. If I were in love ke, found the man of my life ke, mestilah nak share dengan family.

So, maknanya apa? Supaya senang nak mainkan aku la eh? Hello!!! Aku bukan seorang yang bimbo okay.Adoi la. Aku fikir, kalau orang tu ikhlas nak kawan, he should do the gentleman way. Minta izin mak ayah dulu, nak berkenalan. Ni, main aci redah sambar anak dara orang.Enough of that. Part of it, aku pun salah jugak kan. Learn from mistake. I should've be more carefull.

The morale of ze story, baikilah diri sendiri dulu sebelum gatal2 nak berkapel-kapel. (shout out to myself).Haha. Prepare nak jadi wife/husband serta bersedia untuk menjadi ibubapa kepada anak-anak nanti In Sha Allah. Be the positive mangnet, so that you'll attract good men/women towards your life (a reminder to me too).Solat tu, dah complete ke belum? Paling penting!!! Macam mana nak jadi ketua keluarga kalau lelaki tak jaga solat. Macam mana nak didik isteri dan anak-anak kalau doa qunut pun tak hafal. Macam mana hidup nak happy bila hidup anak beranak porak peranda. Macam mana isteri dan anak-anak nak dengar cakap suami kalau si suami pun degil dengan Allah s.w.t. I've seen this a lot. Anak-anak akan degil kalau mak ayah tak patuh perintah Allah s.w.t. A marriage should be our 'syurga dunia'.Syurga yang disegerakan.

Now, I guess, I should change my doa. Doa supaya diringankan jodoh pertemuan. Sebab, kita kalau nak doa kena specific kan. Hehe. Anything can happen there.
So yeah, kalau nak kirim kan doa you can tell me. I'll pray for you.

Apepun, sorry for everything. Maaf kalau coretan aku selama ni ada buat sesiapa yang membaca terasa. Maaf kalau tulisan aku ni selalu buat korang rasa annoying atau rasa macam nak kasi pelempang je kat pompuan ni (pompuan; aku). Maaf kalau aku kelihatan macam 'bajet bagus' padahal aku loser jugak sometimes.Haha. Doakan aku selamat pergi dan kembali dan doakan aku dapat umrah yang makbul ye, dan doakan aku kawen tahun depan okeh? Kalau haji kita sebut haji yang mabrur, but for umrah kita cakap umrah yang makbul. Semoga complete semua rukun umrah serta wajib umrah dan mendapat markah yang cemerlang gilang gemilang from HIM. Amin.

Btw, this is the most intimate entry from me. Taktaulah lepas ni nak tulis apa pulak. Stop je la kot. Haha. We'll see how. Yang baik, datang daripadaNya, yang terkurang dan buruk semua daripada aku yang amat lemah.

Salam sayang.

Tuesday, January 8, 2013

Heart to heart

Mencari penghargaan manusia Vs Mencari keredhaan Allah s.w.t?
Terfikir. Merefleksi dalam-dalam kata-kata di atas.

Setiap kita ada pilihan dan mampu memilih.
Namun, setiap pilihan yang kita buat semua berdasarkan 'pemikiran' kita pada satu-satu saat dan keadaan.
Pemikiran kita pula disumbangkan oleh 'ilmu' yang kita ada.

Yup. Manusia bertindak juga berdasarkan 'ilmu' yang mereka ada.
Kalau dulu hati tak tenang gelisah, serba tak kena maka jalan keluar bagi semua masalah adalah kembali padaNya.
Cari 'ilmu'.
Baca bahan bacaan bermanfaat, dengar rancangan audio yang membina diri, pasang niat yang baik-baik.

And I am thinking, waktu Allah s.w.t beri tahun ni 365 hari belum tentu lagi aku mampu hidup takat mana. Yakin ke dengan amal ibadah selama hidup 23 tahun ni? Sempurna sudah ke? Allah, Allah.. Banyak cacat celanya.

Solat? Yakinkah sempurna semua? Adakah tindak tanduk kita di dalam solat serupa dengan ketika di luar solat? Bacaan makna solat? Khyusu'?

Aurat?*paling payah*

Banyak perkara harus aku perbaiki. Aku menulis sebab memikirkan aku jarang atau tak pernah pun nak share perkara-perkara macam ni. Selalunya tulis pasal keluhan tah ape-ape(-ve energy), membebel benda itu ini sedangkan aku tau setiap apa yang ditulis dan dibaca orang lain akan beri pengaruh baik/buruk. Aku tak nak menyumbang pengaruh negatif dalam hidup korang, yang mana tak pasal-pasal dapat dosa free. Haha. Serius ni.

Aku doakan korang semua sentiasa positif dan bahagia selalu. Semua yang baik-baik. Semoga apa yang dicoretkan dapat bagi manfaat bersama okay. It's okay, kita semua ada 'history' masing-masing, and it's never to late to make a u-turn back to a better and blessed life, In Sha Allah.

Salam sayang.


Monday, January 7, 2013

Aneh

Marah?
Untuk apa marah.
Jika saya marah, maksudnya saya ada perasaan pada awak lagi.

Jelasnya, satu perasaan pun tak terkesan kini.
Melainkan memori. Dan segala kejahilan masa silam.
Noktah.

Oh ya,
You are somebody that I used to know.
Glad to said that.

Tuesday, January 1, 2013

I Kissed 2012 Goodbye..

How was my 2012?
Tak check lagi previous entri yang ada tulis my resolution for 2012.
Rasanya ada yang tercapai, ada yang tak tercapai.
Jatuh hati, patah hati.
Jumpa ramai manusia. Kawan baru.
Work, Study. Done.
Colorful 2012.

2013?
Lebih matang dalam berfikir.
Can that be counted as a resolution? Haha.
I don't have anyting in mind now.

That's it.

Happy New Year Everyone!