Monday, February 18, 2013

Travelog Umrah: Madinah Al-Munawarrah (Part 3)


Assalamualaikum w.b.t,

Bagi yang belum membaca entry lepas, silakan membaca Part 1 dan juga Part 2


Hari ke-3 di Madinah, kami dibawa membuat ziarah di tempat-tempat bersejarah sekitar Madinah. Kira-kira jam 7.30 a.m kesemua jemaah group SV22 berkumpul di lobi menunggu mutawif dan kemudian bergerak ke bas masing-masing (total ada 4 bas). Kalau dah ditetapkan naik bas 1, maka janganlah pulak gatal nak tukar bas 3 ye. Kami satu family adalah peserta Bas 1. Ada dalam 41 jemaah rasanya dalam bas aku tu. Pengalaman kali ini menyaksikan kami bergerak dalam group yang besar berbanding 8 tahun lepas di mana kami satu group cukup-cukup satu bas je. Aku lebih suka gerak dalam group yang kecil sebenarnya, tapi takpelah. Nak buat macam mana kan. 

Pre Departure

Geng Bas 1. 


Camwho di mana-mana sahaja. Pantang nampak kamera.


Plastik dah bukak. Hehe. Semua muka excited naik bas. Tak reti duduk diam.



Sekitar jalan di Madinah.

Destinasi 1: Masjid Quba'

Jarak masjid ini dengan Masjid Nabawi kira-kira 7 KM sahaja. Masjid Quba' adalah masjid pertama yang didirikan Nabi Muhammad S.A.W sebaik tiba daripada Makkah dalam persitiwa hijrahnya daripada kota Makkah ke Madinah, remember? (refresh balik sejarah). Ini juga masjid pertama yang didirikan di dunia atas dasar takwa (bak kata mutawif).

Oh ya, pahala bersolat 1 waktu di sini bersamaan dengan pahala 1 kali umrah. So kalau korang rajin nak pi  masjid Quba' banyak kali, tahan je taxi melambak depan hotel tu, sebelum tu kena amik air sembahyang siap-siap dari hotel then solatlah di sini.


Sabda Nabi S.A.W lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.



Pemandangan di kawasan parkir bas



Kubah Masjid Quba'



Kawasan solat lelaki







View dari dalam bas.



Kawasan yang sentiasa penuh dengan jemaah daripada setiap pelusuk dunia. 


Masa yang diperuntukkan untuk berada di sini adalah 15 minit sahaja. Jadi, kiteorang macam rushing juga lah. Mana yang nak memperbaharui wudu, ada tempat nya di sini. Masjid ni besar juga. Sempatlah juga nak solat tahiyatulmasjid dan duha. Lepas tu cepat-cepat naik bas, karang naya je kena tinggal. Ala, tapi tak kan lah mutawif tu nak tinggalkan korang punya. Dia akan tunggu jugak. Cuma, please consider others as well. Jangan sengaja melewat-lewatkan aturcara. Be punctual.


Destinasi 2: Jabal Uhud dan Bukit Rumat (Bukit Pemanah)

Selesai solat di masjid Quba' kami meneruskan perjalanan ke destinasi ke dua, iaitu Jabal Uhud dan Bukit Rumat (Bukit Pemanah). Ha, ingat tak lagi kisah sejarah yang kita pernah belajar dekat sekolah dulu? Kalau tak ingat cepat gi refresh balik!

Tapi kalau tak ingat, meh sini aku cerita. Jabal Uhud ini terletak kira-kira 4KM daripada Masjid Nabawi yang terletak di sebelah utara tanah Madinah yang lebarnya meliputi timur ke barat (menganjur). Panjang Jabal Uhud ini adalah (timur ke barat) kira-kira 7KM dan lebarnya adalah dalam lingkungan 1-3KM.

Di sinilah terjadinya 'Perang Uhud'. Semasa perang Badar, kaum Muslimin menang ke atas kaum Musyrikin. Jadi, ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan kaum Musyrikin dan atas dasar untuk membalas dendam, maka tercetuslah perang Uhud. Mereka semua kemudian membuat persiapan untuk membalas dendam lantas menuju ke Madinah dan berkumpul di Jabal Uhud.

Mengetahui berita tersebut, Nabi Muhammad S.A.W pun menyiapkan bala tentera Muslimin untuk menghadapi ancaman tersebut. Baginda Rasulullah S.A.W mengerahkan 1000 pasukan ; 300 sebagai pertahanan awal bersama Abdullah ibn Abi al-Munafik dan 50 orang pasukan pemanah sebagai pertahanan di Bukit Rumat. Pasukan pemanah sebanyak 50 orang itu diketuai oleh Abdullah ibn Jabir R.A.


Pemandangan Jabal Rumat (bukit kecil yang ada orang di atasnya itu) dan Jabal Uhud dari dalam bas




Jabal Uhud



Sebahagian daripada Jabal Uhud juga




Salah satu gunung yang akan berada di dalam syurga. Harap-harap kita semua dapat lihat ia lagi di sana. In Sha Allah.



Berlatarbelakangkan Jabal Uhud. Panjang nya adalah 7KM. Uhud maksudnya 'asing'. Sebab tu Jabal Uhud ni macam isolated dari gunung-ganang yang lain.


Berjalan dari tempat parkir bas ke Bukit Ar-Rummat. Nampak tak bukit kecil daripada jauh tu? Itulah dia...

Bukit Rumat (Bukit Pemanah) ini terletak di hadapan makam Syuhada' perang Uhud. Di sinilah terjadinya punca kekalahan tentera Muslimin akibat tidak mendengar nasihat Rasulullah S.A.W. Ketika menang dalam pusingan pertama di dalam peperangan tersebut, mereka 'leka' atas kemenangan dan terus menyerbu ke atas harta rampasan peperangan di bawah Bukit Rumat. Sedangkan Rasulullah S.A.W sudah berpesan

"Lindungilah pasukan berkuda, jangan sampai mereke menerobos ke arah kita, dan tetaplah di tempatmu, kalah atau menang, jangan sampai mereka masuk ke atas mu"

Akibat daripada melanggar pesanan Rasulullah S.A.W, kaum Musyrikin yang menyedari situasi tersebut lantas berpusing ke arah belakang bukit dan mengepung tentera Muslimin daripada belakang. Ramai syuhada' yang terkorban antaranya termasuklah Saidina Hamza R.A (singa Allah) yang terkenal ketangkasannya dalam memperjuangkan Agama Islam (dia boleh libas 10 orang seorang diri) syahid dibunuh oleh pembunuh upahan si Hendon sehingga perutnya dirobek-robek dan jantungnya di tarik keluar, mata dicungkil. Even, Rasulullah S.A.W pun tercedera dalam peperangan ini.

Itulah dia pengajaran daripada kisah ini. Kesan daripada tak ikut apa yang Rasulullah S.A.W pesan. Dan juga pengajaran buat kita  yang masih hidup untuk sentiasa menuruti segala perintah Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W. 


Tuudiaa..Ustaz Saukani in action. (yang lilit serban serta memakai sunglass)



The only pics of our mutawif. Masa ni berada di hadapan maqam para syuhada'  perang Uhud. Time ni aku  tak dengar sangat apa ustaz cakap. Kawasan sekitar agak 'meriah' juga. Sebaiknya setiap mutawif kena ada wireless speaker. Senang nak dengar.



Makam para syuhada' (belakang notice board bewarna biru)


"Sekilo berapo ni jang?"




Negotiation .




Pilih, nak shopping dulu ke, daki bukit dulu? Agak-agak mama pilih mana ?




Budak kecik. Belakang tu adalah Bukit Ar-Rummat




Mendaki. Tak tinggi pun. Tapi bagi acik-acik or pakcik-pakcik yang  tak larat/uzur sebaiknya tok sah naik. 





Perhatikan pak arab memgang gambar polaroid di atas. Ye, kalau nak gambar polaroid , kena bayar ye.




Cinta hati. Mak saya lebih tinggi dari ayah. Fakta. :)



Macam-macam ada. Sebut je nak apa.  




Shopping~Banyak pilihan. Tapi, I'm not interested. Hehe.



Gangsta Kg. Pisang naik angin. "Ma, dah la tu shopping!"


Dah ada pavement walk 



Jabal Uhud di hujung sana



Pemandangan daripada Bukit Rumat. Yang di depan itu adalah Jabal Uhud.



Aktiviti jual beli di sekitar pedestrian walk menghala ke kawasan parkir bas.

Aktiviti agak tak berapa 'organize'. Masa aku pergi ke sini dulu, Mutawif aku guide kiteorang serta bagi penerangan dan tazkirah. Agak syahdu jugak la. Leleh la air mata. Hehe. Kali ni, mungkin agak payah nak handle para jemaah dan juga kawasan sekeliling agak 'havoc', maka ramai yang macam terpecah-pecah. Mostly semua buat hal sendiri. Itulah kekurangan berada dalam group yang besar. Dugaan. Lain kali, kalau nak pergi ke sini apa kata korang siap-siap buat research, baca pasal sejarah Madinah, baru lah 'feel' tu ada. Apapun, dah banyak perubahan berlaku di kawasan ini. Penjaja pun makin banyak, kawasan parkir makin besar, orang pun makin ramai.


Destinasi 3: Ladang Kurma

Setelah berada lebih kurang 30-40 minit di sekitar Uhud, kami bertolak pulak ke 'Ladang Kurma'. Tapi time kami pergi, tak masuk pun ke ladangnya sebab bukan musim. So, ibuk-ibuk dan bapak-bapak ni apalagi..shopping sakan la. Kedai ni kiranya kedai di dalam ladang kurma. 

Aku rasa mutawif pun ada bagi tau kat para jemaah yang harga kurma di sini lebih mahal berbanding pasar kurma. Aku juga rasanya macam dah cakap kot kat mak ayah aku. Tapi, biasalah ayah aku ingat sini tempat shopping last, dia lupa kot kita nak ke pasar kurma lepas ni maka dia pun boranglah kurma ajwa (kurma nabi). Mahal gak lah. Kalau sini sekilo 150 riyal, di pasar kurma 100 riyal..beza banyak. 





Cokelat lambak. Pilih je nak berapa kilo.




Coklat kurma. Macam-macam.



Sesak. Bertembung sekali dengan jemaah dari Indonesia




Pakcik tu. Hehe. Time ni tak kenal lagi.




 Dia pun naik sibuk sama.







Arab style, time nak bayar boleh suka hati potong barisan. Time nak bayar ni, sapa cepat, dia dulu. Pening! 




Pilih-pilih! Time ni aku malas nak masuk campur. Melihat daripada jauh je. Orang Malaysia memang kuat shopping.


Time ni 'sesak' sangat. Ramai orang dok 'melontar' (shopping). Aku pun, 'keep calm and snap a picture' je la. Haha. Malas nak bersesak-sesak. Korang kalau nak rasa kurma, makan je. Halal. Makan di situ sahaja ye. Jangan bawak tapau masuk dalam beg plastik pulak. Itu dah haram jadinya. Hehe.


Destinasi 4 : Masjid Qiblatain

Setelah puas menunaikan ibadah melontar (istilah bagi shopping, hehe), kami meneruskan perjalanan ke Masjid Qiblatain. Di sinilah berlakunya perpindahan qiblat. Semasa Rasulullah S.A.W sedang solat Zuhur, turun wahyu daripada Allah S.W.T (Surah Al-Baqarah ,Ayat 144) untuk memalingkan qiblat daripada Masjidil Al-Aqsa ke Masjidil Haram. Maka semasa menunaikan solatnya, Rasulullah S.A.W terus memalingakn qiblat nya ke ara Masjidil Haram.

Tapi, kami tak berhenti turun sebab semua jemaah dalam bas tak nak turun. Hanya lalu dan berhenti amik gambar je. Aku pun malas nak turun (sebab semua dalam bas tu macam tak berminat nak turun). So, my lil bro je turun amik gambar and ada few jemaah lain.

















Lepas 'melontar' semua pakat lelap mata



fountain in a dessert


Destinasi 5: Pasar Kurma

Oleh kerana rombongan ini sentiasa di dalam express (sebab nak kejar waktu Zohor di Masjid Nabawi), maka watu yang ditetapkan hanyalah 20 minit untuk berada di sini. Aku tengok ayah dan mama turun, kiteorang pun sama gak turun dari bas. Jemaah yang dah selesai 'melontar' di ladang kurma, depa semua lepak-lepak dalam bas.













Kawasan sekitar Pasar Kurma. Banyak gerai-gerai. Tinggal nak masuk dan pilih je.

Ayah dan mama pun beli lagi kurma. Hehe. Takpe, bagus sebenarnya bila kita membeli di Madinah. Aku tak ingat akan 'dalil' nya tapi macam pernah terbaca yang memang kita di sunatkan untuk berbelanja di sini. Lagipun, tanah Madinah ni adalah tanah yang barokah dan telah didoakan Rasulullah S.A.W. Banyak kelebihan sebenarnya bandar Madinah ni.

Maka setelah berakhirnya aktiviti di pasar kurma, dengan itu tamatlah aktiviti ziarah luar sekitar Madinah. Ada lawatan ke Kilang Al-Quran , tapi berbayar dan pada siapa yang berminat sahaja. Hanya kaum adam yang boleh masuk ke kilang tersebut. Tapi, kami tak pergi pun.

Entry lepas ni, mungkin aku akan selitkan gambar ketika berada di Madinah In Sha Allah.

2 comments:

rintzpalil said...

Sangat menarik membaca pengalaman ini. doakan saya agar dapat menjejak ke kota suci ini suatu hari nanti.

Hannah Haykhall said...

@Azrinna
Alhamdullilah. Syukur sangat dapat peluang pergi sana. Harap-harap entry macam ni dapat bagi inspirasi pada semua untuk tanam impian menjejakkan kaki ke tanah suci.
Saya doakan azrinna dan semua pembaca akan mendapat 'kad jemputan' daripadaNya. In Sha Allah, kalau bukan sekarang, mungkin akan mendapat panggilan daripadaNya pada suatu masa yang ditetapkan. Banyak-banyak berdoa ye. Thanks sudi membaca.