Assalamualaikum w.b.t,
I hope everyone reading and coming here will be blessed by Allah swt and in a good condition of mind, body and soul. Amin. *do I sound skema here? ehehe*
Nahh..I just want to write 'good things' and share 'beneficial stuff' here In Sha Allah. For those who just came by and need to view previous entry, you could start by reading Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 & Part 5.
Speaking of Raudhah, aku rasa semua orang pun dah tahu kan tentangnya. 'Taman syurga' yang ada di dalam Masjid Nabawi, iaitu ruang yang terletak di antara kamar dan mimbar Rasulullah saw. Terdapat banyak pendapat mengenai Raudhah ini. Dan keutamaan Raudhah terdapat di dalam hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah Ra, bahawa Rasulullah Saw pernah bersabda
"Di antara rumahku dan mimbarku adalah taman dari taman-taman syurga, dan mimbarku di atas telagaku"
(Sahih Bukhari)
Apapun, bagi seorang hamba yang jahil macam aku ni keinginan nak berada di Raudhah memang meluap-luap.Bukan senang nak sampai Madinah dan terasa amatlah rugi jika tak ke sana. Apatah lagi, aku tak berpeluang untuk ke sana pada hari pertama kami sampai (uzur syarie). I missed the chance. Dan juga terlepas peluang untuk ke sana bersama Mutawif wanita yang disediakan agensi. For sure, banyak 'ilmu' yang aku dah terlepas.
Hari ke-2 masih tak bersolat, kecuali pada waktu Isya' dah boleh bersolat. Alhamdullilah. Namun, keinginan nak ke sana selalu terbantut atas keterbatasan 'waktu' dan juga 'peluang'. Ya, bukan 24 jam boleh ke sana dan jika dapat peluang pun mungkin perlu 'berjihad' untuk menempatkan kaki di sana. Hehe. Tak silap aku, Raudhah dibuka 3 kali sehari untuk kaum wanita melawatnya. Dan atas keterbatasan 'ilmu' aku juga seperti acuh tak acuh (ragu) akan bilakah waktu Raudhah dibuka untuk kaum wanita dan juga ada sedikit 'takut' di hati kerana memikirkan perlu bersesak-sesak dengan jemaah daripada negara Arab,Pakistan, India yang semua sedia maklum akan 'kekasaran' dan sifat 'aggresif' mereka. Aku pernah kena tegur/marah (masalah komunikasi) oleh makcik arab..hehe..maybe akibat 'sentap' aku berfikir yang depa memang lagu tu.
Hari ke-3 aku masih seperti biasa, mahu ke sana tetapi masih ragu dan takut-takut. Rutin seperti biasa diteruskan. Bersolat jemaah di Masjid dan tiba di sana sejam atau dua jam awal dan pulang ke hotel. Makan, berjalan, shopping. Haih. Rutin berkisar sekitar itu sahaja. Dalam hati kata, nanti-nantilah ada banyak peluang lagi.
Dan hari ke-4 masih juga begitu dan 'ketakutan' tak bertempat aku itu ditambah dengan melihat lautan manusia yang datang ke masjid untuk memberi penghormatan kepada Rasulullah SAW(sangat packed dan crowded). Maulud Nabi pada hari itu. Ya Allah, bertuahnya dapat berada di Madinah pada ketika itu. Namun, tiada perayaan atau perarakan di sini. Cuma, ramai yang mengambil kesempatan untuk menziarahi makam Rasulullah SAW. Aku pun 'give up' mengenangkan 'kesusahan' atau 'kepayahaan' yang aku bayangkan (sebenarnya mainan minda je). This is bad attitude. Please amik iktibar tau. Haha.
Dan tibalah hari terakhir kami berada di bumi Madinah. Hari ke-5. Aku masih dengan perangai mahu-tapi takut itu. Dah last day ni. Petang itu lepas Zuhur kami akan bertolak ke Masjidil Haram untuk menunaikan umrah. Selepas solat Subuh hati aku berat sangat nak tinggalkan masjid. Nak ke Raudhah. Tapi mengenangkan barang-barang yang tak dipack lagi masih banyak, maka aku pun pulanglah ke hotel (pukul 11 am dah kena letak beg di lobi hotel). Dalam hati kemain sedih lagi ni. Dan dalam sedih-sedih time packing back (pukul 7 smth) tu aku cakap kat mama, I wanna go there. To Raudhah. Adik-adik aku dengan mama pulak nak shopping jubah(nak bagi hadiah kat kawan dan sedara mara) pagi itu (beselah perempuan). Aku memang dah nekad, kena pergi juga. Kalau tak memang sepanjang hidup aku akan menyesal punya *dramatik kan? haha*. Aku fikir jubah aku dah melambak dah beli few days back(ada lah 4 helai..hehe), buat apa nak pergi lagi kan. Tak perlu pun. Hehe.
Mama dengar aku nak pergi Raudhah, dia pun cakap "Mama pun rasa nak pergilah". Tapi tiba-tiba mama cakap "Eh, hari tu masa kita pergi ke Raudhah, pintu masuk dia tutup awal kan? Pukul 8 am dah tutup kan. Lama kena tunggu kat dalam tu. Nak dekat Zuhur baru kiteorang keluar kan?".
Adik-adik aku pun mengiakan kata-kata mama.
"Hmmm..mama tak jadi pergilah. Pintu dah tutup ni" jam ketika itu menghampiri jam 8 am. Lebih kurang 7.30 am.
Dushhh..mendengar itu, aku rasa macam hampa gila. Apa, dah tutup? How laaa? Tak boleh pergi la ni. Sedihnyaaaaa... Tapi aku senyap je sambil tahan air mata dan cepat-cepat kemas beg dan barang-barang semua. Sedih weh..
Dalam hati memang hampa sangat. Tapi aku 'nekad' nak pergi sambil dalam hati cakap Ya Allah aku nak ke Raudhah, permudahkanlah. Aku fikir, kalau ada 'rezeki' adalah. Itu je yang aku fikir. Yang penting aku nak pergi jugak. Nekad gila time tu. Haha. Rasa takut semua campak kat belakang.
Mama dan adik-adik aku pi shopping wida' (shopping terakhir), aku lak pergi ke masjid sorang-sorang . Kalau diingatkan-ingatkan, memang sepanjang masa dari hotel ke masjid aku banyak berdoa supaya Allah SWT permudahkan untuk aku jalan ke Raudhah. Aku fikir, kalau ada rezeki, adalah. Aku usaha je nak ke sana. Andai kata tak dapat, aku redha. Itu je. Jam ketika itu dah lebih pukul 8 am. Kalau diikut-ikutkan teori mama tadi, pintunya dah ditutup.
Dan sesampai di pintu 25, aku letak kasut dekat rak dan berjalan sambil banyakkan berzikir dan berselawat. Aku perhatikan ke mana arah jemaah tuju. Dan aku nampak macam ada laluan dengan penghadang berkanvas putih, maka aku ikut je (sebab tahu itu laluan yang dibuat untuk jemaah ke Raudhah). Sambil itu, aku tanya kepada pekerja di dalam masjid yang berbangsa Indonesia "Tumpang tanya Raudhah di mana ya? Masih di buka?"
"Coba ibu tanya di sana, masih dibuka hingga jam 1" jawab wanita berpuradah itu sambil menunjuk ke arah penjaga/guard berbangsa arab yang berjubah hitam .
Aku terus pergi ke arah laluan yang ditunjukkan oleh si cleaner/pekerja Masjid Nabawi itu. Nampaknya seperti laluan untuk mereka yang baru keluar daripada Raudhah, kerana manusia kelihatan berjalan melawan arus aku ketika itu.
Semasa aku nak lalu dilaluan yang aku percaya menghala ke Raudhah, guard di sana menegur dan cakap dekat aku "Ibuk, Raudhah" sambil tangannya menunjukkan yang aku harus ke bahagian sebelah kanan. Oh, nampaknya laluan yang aku hendak masuk ini untuk mereka yang sudah menziarahi Raudhah. Patutlah muka semua relax je. hehe.
Dan berjalanlah aku ke sana dengan perasaan yang sebak. Air mata bertakung, tinggal nak tumpah je ni. Aku berjalan dengan penuh pengharapan ketika ini. Please make my way Ya Allah, aku nak ke Raudhah. Tak putus-putus berdoa.
Langkah demi langkah menuju ke taman syurga, aku mengikut sahaja arus manusia ketika itu. Masjid lengang sangat time tu. Dan setiba ke satu kawasan lapang, aku dah nampak ada jemaah berkain putih mostly bertelekung sedang duduk berbaris menunggu giliran. Ya Allah, Raudhah bukak lagi. Terus, meleleh-leleh air mata. Macam tak percaya. Kalau nak ikutkan teori mama tadi, dia cakap pintu dah tutup. Kiranya impossible untuk ke sini. Sebab sekarang pun dah pukul 10 smth. Ya Allah, syukurlah.
Tanpa berlengah, aku terus solat tahiyatul masjid di kawasan yang jauh sedikit daripada barisan jemaah Asia Tenggara yang sedang beratur untuk masuk ke Raudhah. Nangis non-stop aku kat situ. Dan sambil menunggu, aku buat solat-solat sunat yang lain. Sungguh macam tak percaya, ada 'ruang' lagi rupanya untuk aku masuk. Ya Allah, sangat miracle. Dari jauh nampak makam Rasulullah, syahdu sangat-sangat. Rasulullah , aku datang ni, syafaat kan aku di akhirat nanti ya.
Agak-agak jemaah ni dah bergerak sedikit untuk ke raudhah, aku pun masuk barisan. Beratur sama dengan mereka. Ya, jemaah Asia Tenggara (Malaysia, Indonesia, Singapura,Brunei) semuanya diberikan giliran terakhir nak ke sana. Oh ya, untuk ke Raudhah kita akan diberikan giliran mengikut negara ataupun continent masing-masing. Wow, kalau dulu (8 tahun lepas) seingat aku main rempuh je. Sebab tu aku fobia sikit. Hehe.
Dan sambil menunggu giliran, aku pun senyap je berteleku seorang diri. Berdoa banyak-banyak. Sambil tu lap-lap sikit air mata *emotional*. Murah sangat air mata di sini. Kebetulan pulak, Ustazah Mutawif dari travel agency yang aku pergi umrah ada bawa satu group jemaah yang baru tiba. So aku pun menyelit di sana. Sambil-sambil tu ustazah ada bercerita itu ini bagi menambahkan ilmu kami. Syukurlah.
Dan tibalah giliran kami, dengan tenang aku melangkah ke sana. Aku melangkah perlahan sambil mata sesekali melihat ke lantai. Sudah sampaikah ke karpet hijau, kerana itulah kawasan Raudhah. Ia dipisahkan antara karpet merah dan karpert hijau. Manusia berpusu-pusu ketika ini. Aku hendak pergi ke sebelah kiri, ke makam Rasulullah. Tapi melihat manusia yang sesak berpusu-pusu, aku bagi salam dari jauh sahaja. Syahdunya saat itu, hanya Allah yang tahu.
Apa yang aku fikir nak cepat-cepat solat. Alhamdullilah, selesa sangat ruang yang aku dapat. Syukur sangat. Terharu. Dapatlah buat solat-solat sunat dengan selesa. Sambil solat tu, si guard memanggil-manggil jemaah untuk cepat keluar, memandangkan kawasan nak dibuka pula untuk jemaah lelaki (dah nak masuk Zuhur). Pengalaman yang sangat2 indah. Rasa semua beban di hati dah terkeluar. Semua masalah, terungkai. Lapang sangat fikiran bila dah 'luahkan' semua padaNya.
Selesai sahaja berada di Raudhah, hati aku rasa tenang sangat. Macam tak percaya aku diizinkin berada di sini. Alhamdullilah. Allah SWT lah sebaik-baik perancang.
Balik bilik hotel, mama dan adik-adik dah sampai dulu.
"Dapat ke masuk Raudhah?" mama tanya sambil diperhatikan adik-adik.
"Dapat" aku senyum sambil terkenang-kenang peristiwa manis itu.
"Merahnya mata, mesti baru lepas 'melalak' ni" adik aku mengusik.
Hehe. Bila check kat cermin, sembap gila mata. Hidung merah, mata merah (on the way balik masjid cover dengan sunglass). Ya Allah. Baru teringat yang ada lelaki tegur aku kat dalam lif tadi. Tanya aku jemaah mana? Sama group ke dengan dia? (memang sama group pun rupanya). Sure dia nampak betapa miserable nya aku tadi. Haih. Malu weii...
Apapun, it was a very beautiful experience. Sangat indah. In Sha Allah ada rezeki nanti, aku akan ke sana lagi. Itulah juga doa yang aku panjatkan di sana. Nak menjadi tetamu Allah dan Rasulullah lagi.
Maaflah kalau tak dapat nak ceritakan dengan lebih detail dan menarik. Mungkin pengisian di entry dibawah ini dapat memberi gambaran yang lebih terpeinci mengenai Raudhah.
No comments:
Post a Comment