Hasil tangkapan minggu lepas. Best! Highly recommended. |
Sejujurnya, aku tak pernah 'imagine' akan terfikir pasal 'haji' ketika umur begini. 24. Muda la jugak kan.Ehem..Apa yang aku tahu dahulu, haji = dah tua/pecen baru pergi. Haji adalah untuk pakcik-pakcik, makcik-makcik dan nenek-nenek serta atok-atok.
Ungkapan 'enjoy dulu, dah tua baru taubat' nampak relevan suatu ketika dulu. Oh no.
Itu dulu. Sangat dangkal berfikiran begitu.
Sekarang?
Aku nak pergi masa umur 'muda'. Aku aim lagi sepuluh tahun. In Sha Allah.Yang penting, bukan lepas pencen, bukan lepas dah ada cucu seorang. Haha.
I just don't know why, but the 'urge' for hajj is resonating in my mind, at least now. Baru terfikir.
Dan setelah bertahun-tahun (sejak tahun 2000) mempunyai akaun Tabung Haji, baru hari Jumaat lepas aku tergerak nak daftar online untuk menunaikan Haji (baru tahu yang TH ada sediakan pendaftaran online, so easy takyah berebut beratur di kaunter). Sangat Ironi. After all these years, why now? Masha Allah.
Dan, cuba teka tahun bila giliran aku nak naik haji?
10 tahun lagi?
Bukan.
30 tahun lagi?
Salah.
40 tahun lagi?
Nope.
46 tahun lagi. Tahun 2059. Itulah tarikh 'giliran' yang diberikan pada aku yang baru daftar minggu lepas. Korang, sila cepat-cepat daftar!!!
Wow. Lamanya. Time tu umur aku 70 tahun (kalau panjang umur).
Last week, aku daftarkan sekali adik-adik aku jugak. Selesai. Aku fikir, benda yang senang dan simple macam ni kenapa selama ni tak pernah tergerak nak 'daftar haji' even aku dah lama ada akaun TH dan dah ada cukup RM1300 (amaun minima) di dalam akaun. Hmmmm...
Kesedaran dan ilmu tak cukup dan sampai di hati mungkin. Tak mungkin aku tergerak nak buat semua ni kalau Allah SWT yang tak bagi lampu hijau kan?
Umrah yang lepas 'membuka mata hati' aku bahawa, faktor umur (kekuatan fizikal/kesihatan optima dan mental) serta ilmu memainkan peranan dan impak yang besar kepada ibadah umrah.
Lebih -lebih lagi ibadah Haji yang termaktub dalam rukun Islam. Sekali seumur hidup. Ganjaran bagi Haji yang Mabrur adalah syurga dan pengampunan semua dosa-dosa kita. Kesempatan macam ni, kat mana lagilah nak dapat kan? Nak harapkan amalan aku yang entahkan diterima atau tak selama ni, dosa-dosa yang belum terampun, aku melihat ada 'sesuatu' dalam proses menuju 'Haji Mabrur' ini.
Haji bukan kerja mudah. Itu pasti.
Imagine 2 juta manusia berkumpul dan beribadah di 'peak hours'. Wow. Kena betul-betul ada 'kesabaran' dan 'kekuatan' dalaman yang luar biasa untuk berada dalam situasi begitu. Aku tahu aku ni jenis yang boleh bersabar tapi senang nak jadi tak sabar. Haha. Complicated. Ada hikmahnya aku pergi umrah hari tu, sedikit sebanyak aku dah dapat gambaran bagaimana keadaan musim haji nanti.
Musim umrah hari itu pun, boleh tahan 'mencabar' inikan pula musim 'haji'. Phewww.
Aku fikir, bila kita ada kekuatan dan tekad yang diberiNya, perkara yang mustahil akan nampak senang je.
Tetapi, disebalik 'kesukaran' (dalam segi cabaran-cabaran disebaliknya) dan 'kepayahan' aku pasti Allah SWT nak 'ajar' sesuatu dalam ibadah ini. Itu aku cukup yakin.
Lega dan bersyukur bila dah daftar.
Plan sekarang?
1. Kena ada mahram. Kawen la senang cerita. Salah satu 'impian' aku adalah nak pergi Haji dengan encik suami. Ehehe.Ok, tak salah pasang niat macam tu kan? Haha.
2. Ilmu ilmu ilmu. Sangat penting. Aku tahu ilmu aku tak cukup, sangat perlukan 'ilmu'.
3. Doa dan terus berdoa. Anything can happen. Banyak je kes aku dengar ada orang yang baru je daftar, tup tup tup, panggilan haji sudah sampai. Impossible is nothing. Keep your hopes up! So, doa adalah senjata yang terbaik. Allah knows best.
4. Kewangan. Ha, ini penting. Tak ada duit, macam mana la nak menunaikan haji? So, nak tak nak, kena ada perancangan kewangan bermula dari sekarang. Kalau pergi dengan muassasah, bajet minima dalam RM 10 000. Kalau pergi dengan pakej, jangan cerita la harga dia. Pakej yang seorang beratus ribu pun ada. Ikut kemampuan masing-masing. Duit belanja di sana, RM 5000 dah cukup kot. So, yeah. Kena plan betul-betul. Haji ini ibadah yang menuntut 'pengorbanan'. Banyak-banyak doa supaya kita dapat layanan 'vvip' oleh Allah SWT even pergi dengan apa juga cara.
Aku fikir,
1. Waktu muda waktu yang 'afdhol' untuk mengerjakan ibadah yang sangat menuntut kekuatan fizikal & mental ini. Sungguh, kalau tak sihat memang tak jadi satu apa pun. Aku tengok makcik-pakcik dan even nenek yang mengerjakan umrah ni, rasa 'kesian' pun iya gak. Mostly, pakcik makcik yang tak larat ni kadang-kadang solat je kat surau di hotel sebab tak larat nak jalan. Entahlah, aku rasa bertuah untuk tengok dan alami semua itu dan harap ia dapat memberikan iktibar. Rebutlah waktu muda, sebelum waktu tuamu.
Kenapa aku cakap ibadah ini memerlukan extra energy a.k.a kekuatan fizikal?
#Kita akan sentiasa berjalan. Nak ke masjid, kena jalan . Kalau hotel jauh? Even nak sapedek (makan) or shopping pun kena merajinkan diri berjalan. Ha..cabaran ni. Nak mengerjakan ibadah umrah lagilah perlu 'berjalan'. Kalau time 'peak hour' musim haji, mimpilah nak dapat tawaf di dataran Kaabah. Bayangkan kena bertawaf di dalam masjid or even atas bumbung. 7 pusingan okay. Bila kaki menghentak tumit marmar, you'll feel the pain after performing 1 umrah. *pengalaman peribadi*. Jalan pakai kasut berbeza dengan jalan atas marmar. Lepas tawaf, saie pula. Jauh tu nak jalan. Lebih kurang 4km pergi balik. Dengan lautan manusia lagi yang bermacam-macam ragam.
# Di musim haji, lagilah kesabaran akan diuji degan lautan jutaan manusia berkumpul di suatu tempat. Keselesaan yang sudah terbiasa oleh diri, perlu dikompromi demi mendapat Haji yang Mabrur. Perlu berwukuf di Arafah (rukun haji), bermalam di Muzdalifah, melontar di Mina dan balik ke Makkah semula untuk tawaf, saie untuk melengkapkan ibadah haji.Semua memerlukan kekuatan yang bukan calang-calang. Kalau nak buat umrah tambahan, perlu juga kekuatan nak laksanakan dalam kepadatan manusia di sana.
Semua kekuatan adalah milikNya. Jadi, sementara masih muda dan sihat apa kata kita plan nak ke sana.
2. Mati tak kira tua atau muda. If I die young? Haaa..amacam. Paling kurang, aku berazam nak pergi haji, sekaligus melengkapkan rukun Islam pada diri sendiri serta berusaha mendapatkan 'Haji Mabrur' sebelum menghela nafas terakhir. Amin.
3. Apakah signifikannya ibadah haji? Yang paling mencabar, apakah perubahan pada diri yang akan dibawa selepas pulang dari mengerjakannya. Adakah gelaran 'Haji/Hajah' betul-betul melambang kan peribadi kita yang sebenar? Bagaimana ibadah ini memperkuatkan keimanan kita di post-life after hajj? Bagaimana ibadah haji ini mengubah paradigma diri?
Aku tak tahu lah, adakah mentaliti kita ni masih sebegini? Haji bukan untuk orang muda?
Jadi, anda bila lagi?
P/S: Entry umrah aku tu tak bersambung-sambung lagi kan. Stuck dekat Madinah. Hehe. Nanti kalau 'mood' datang aku tulis entry di Makkah pulak. In Sha Allah.
No comments:
Post a Comment