Showing posts with label Geli Geli Ketiak. Show all posts
Showing posts with label Geli Geli Ketiak. Show all posts

Sunday, May 22, 2011

Frust



Tall, sepet and fair.
Hehehehe.
Sepatutunya, tall, dark and handsome.
But I prefer the first premise.
"tall, sepet and fair"
So physical.
Ahah~ setiap orang ada preference masing-masing kan?
And I 'prefer' those.
Tapi kita tak akan dapat apa yang kita nak.
Kita cuma akan dapat apa yang kita 'perlu'.
Kalau setakat pasang angan-angan, no hal lah.

Kenapa kena tall?
Because rasa safe kalau the other half tu lebih tinggi dari saya yang 164cm ni.

Kenapa kena sepet?
Because mata saya bulat. So, I alway turn on bila tengok someone yang has the sepetness  element. Senang cerita mata yang kecik ah...*demand nak mampos* Deep setamy eyes...kekeke...

Kenapa kena fair?
Kena contra dengan saya yang 'dark'...Kalau dua-dua 'dark' , what will happen to our offspring... I want cute babies.hehehe...Kena balance...

Oh, sangat berangan!!!!
Tapi saya sedar,
We will always  get what we NEED
But not what we WANT.
So, keep on dreaming..Tak kena bayar pun kan..

Dan, saya patah hati lagi bila my latest crush dah kahwin.
Oh~baru nak minat, rupa-rupanya dah kahwin.
Terus cancel walaupun tak rela. Suami orang is so not on my list.
Cun Hee Opaa~otteke???.
Cinta pun terhalang lagi....sob sob sob....








Tuesday, March 15, 2011

Message to ex-crush

I saw you  yesterday..
Eheh..
I was wondering what you are doing in the faculty..
Oh~maybe preparing your master degree?
Great to know..
Btw, good luck.

From,
You-Don't-Know-Me

Sunday, February 27, 2011

Hannah is now a Vampire.

Hannah Cullen.



Aku dah kata kan yang aku akan bertukar menjadi------>ahli keluarga baru Mr.Cullen..
Semua ni gara-gara tak tidur malam nak siapkan assignment. Tak siap lagi pun..
Kepala berat nie.Haish~


Okay, Bella and Edward dah panggil ni. Nak breakfast..Ciao..


P/S: Mata aku jadi hijau tu maksudnya aku tgh pening. Merah maknanya kenyang. Get it?

Thursday, February 3, 2011

My Ideal Type... Dan Calon Calonnya Adalah...


Wah wah
Tajuk kelas you all.
Apakah motif nya aku buat entri macam ni??
Hehehe. Mentang mentang tengah cuti CNY padahal assignment and thesis tak siap lagi okay.
Duduk lah tercongok melayan internet. Tapi tak layan FB sangat. Memang pembazir masa NO.1..

Okay, kalau korang rajin tengok variety show korea or even tengok drama drama korea, sure pernah encountered "ideal type". Ala, artis artis korea nie selalu cakap ideal type men/women dia mcm nie, mcm tu lah.. 

Situasi 1..
(Variety show:  We Get Married)

Nickhun, 2PM and Victoria ,F(x).. Nickhun cakap Vic memang ideal type dia. Masudnya, semua ciri ciri wanita idaman kalbu nickhun nie adalah insan seperti Victoria.Eh, korang faham tak? Ala, nie variety show yang pasal pasangan yang tak berkahwin lagi tapi diaorang dijodohkan secara olok-olok. These couple akan jalani kehidupan as if diaorang adalah married couple. Best gile. Tapi overrated sikit lah sebab aku rase tak semua aksi-aksi pasangan bahagia ini adalah real. Maybe itu adalah fairytale..Oh, aku bukan lah seorang yang hopless romantic ye. Aku suka tengok orang orang ang romantik, tapi aku sangat lah macho...ehem..

Situasi 2..
(Rancangan bual bicara-random)

Pengacara selalu je tanya si artis nie, what is your ideal type of men/women? So, si artis A akan cakaplah ciri-ciri ideal women dia adalah pada artis cantik manis SNSD si Yoona..Contohnya lah... Aku adelah tengok Strong Heart dekat youtube or kadang kadang amik dari hard disk kawan kawan. Dari situ aku start tengok variety show Korea. Kelakar. Dari situlah aku akan kenal lagi dengan artis artis Korea...Siyookkk...

Berbalik kepada topik di atas, ehem ehem ehem *bersihkan kahak*  so aku pun nak cerita lah my ideal type pulak. Mana aci asyik diaorang je ada ideal type. Aku pun nak jugakkkk...Agak agak aku suker jantan jejaka yang bagai mana ya? 

Dan Calon calon nya adalah *sila baca mengikut intonasi ala ala Anugerah Skrin siap ada bunyi drumroll bagai*























Remy Ishak : The Macho Men




Nickhun (2PM) and Victoria (F(x))





Daesung (Big Bang)







T.O.P (Big Bang)





Kim Hyun Joong




And this award goes to......









lalalalala...semua pun tak menang..boleh lak macam tu ek?? Wei, semua tu too good to be true lah. Wake up Hannah. You are in real world lah. Tak mungin jejaka-jejaka hot di atas merupakan husband-to-be kamu...






Justifikasi pemilihan calon calon husband-to-be Hannah:

Calon (a). Jejaka melayu terhebat lagi terhangat di pasaran. Aku just suka ciri ciri "kelakian" yang sering dipaparkan dalam drama drama hits lakonannya. Dia nampak HOT dalam iklan Dashing youuu...ahaks...

Calon (b). Nickhun 2PM. Ha, awek sebelah dia tu lah Victoria. sweet tau diaorang dalam WGM. Suka suka. Nickhun ni terkategori dalam kumpulan lelaki jambu. Tapi ripped tau. Abs ketol ketol menggugat rasa. Tapi, aku tak adalah obsessed sangat dengan dia. Just suka tengok dia je..*hopefully you are going to be  real husband to Victoria!!!*

Calon (c). Daesung Big Bang. Start jatuh cinta dup dap kali pertama tengok dia dalam variety show 2 day 1 Night dengan geng2 Big Bang. Owh, saya suka dengan jejaka yang ceria, suka buat lawak, talkative, nakal nakal beriman (eh eh??), dan yang pentingggg tak kontrol macho!!!! Dan dan dan saya juga suka sekali suara daesung oppa . saranghae oppa!!! (geli nak mamposss..)..*Ikhlas tau nie, aku mmg suke lah suare daesung, soft jerk...opssss...*

Calon (d). Top Big Bang. Owh, abang oppa nie aku terjatuh hati, eh bukan tersuka dia sebab..eheh, malulah pulak nak reveal...*tunduk muka* Suka TOP sebab dia ada ciri ciri "bad boy".. apekes pulak nie nak suka lelaki macam gini kan. Memang ciri ciri tak boleh di buat laki ni (macamlah dia nak kat aku kan). Suka mata dia yang sangat tajam dan muka yang sedikit nakal..Lelaki yang baik sangat pun tak thrill kan.....(ayat tak boleh tahan)..Jejaka yang nampak kasar/badboy looks tapi dalam hati ada taman looks very macho to me *muntah...*

Calon (e). Erk, maaflah kawan kawan. Aku tak berapa "in" dengan jejaka jejaka jambu. Ye ada segelintir yang suka jejaka berpenampilan macam ni, tapi idoklah pulak teman suke laki lagu ni..Aku rasanya tak berapa boleh terima konsep "lelaki comel". Dalam kepala otak aku nie tertanam imej jejaka = lelaki = sifat kelakian yang tiada tandingan  ecehceh... Cute = Girls ...


So kesimpulannya Cik Hannah yang sedang mencari calon calon husband-to-be mempunyai impian angan angan bahawa her ideal man is a combination of "manly guy" + "humorous" + "mischivious" + "beriman".....Kaya raya itu additional value yang penting jugak ye  kawan kawan ku!!*dasar materialistik keduniaan semata mata. tidak bermanfaat langsung untuk kehidupan seterusnya*


 



P/S : ape cer denga pilot MAS tu?? Opssss....Nantikan siri calon calon suami pilihan kategori hemisfera Barat....Ni kan ciri ciri calon suami hemisfera sebelah timur...Tolong lah insaf Hannah oiiiii...