Thursday, February 3, 2011

My Ideal Type... Dan Calon Calonnya Adalah...


Wah wah
Tajuk kelas you all.
Apakah motif nya aku buat entri macam ni??
Hehehe. Mentang mentang tengah cuti CNY padahal assignment and thesis tak siap lagi okay.
Duduk lah tercongok melayan internet. Tapi tak layan FB sangat. Memang pembazir masa NO.1..

Okay, kalau korang rajin tengok variety show korea or even tengok drama drama korea, sure pernah encountered "ideal type". Ala, artis artis korea nie selalu cakap ideal type men/women dia mcm nie, mcm tu lah.. 

Situasi 1..
(Variety show:  We Get Married)

Nickhun, 2PM and Victoria ,F(x).. Nickhun cakap Vic memang ideal type dia. Masudnya, semua ciri ciri wanita idaman kalbu nickhun nie adalah insan seperti Victoria.Eh, korang faham tak? Ala, nie variety show yang pasal pasangan yang tak berkahwin lagi tapi diaorang dijodohkan secara olok-olok. These couple akan jalani kehidupan as if diaorang adalah married couple. Best gile. Tapi overrated sikit lah sebab aku rase tak semua aksi-aksi pasangan bahagia ini adalah real. Maybe itu adalah fairytale..Oh, aku bukan lah seorang yang hopless romantic ye. Aku suka tengok orang orang ang romantik, tapi aku sangat lah macho...ehem..

Situasi 2..
(Rancangan bual bicara-random)

Pengacara selalu je tanya si artis nie, what is your ideal type of men/women? So, si artis A akan cakaplah ciri-ciri ideal women dia adalah pada artis cantik manis SNSD si Yoona..Contohnya lah... Aku adelah tengok Strong Heart dekat youtube or kadang kadang amik dari hard disk kawan kawan. Dari situ aku start tengok variety show Korea. Kelakar. Dari situlah aku akan kenal lagi dengan artis artis Korea...Siyookkk...

Berbalik kepada topik di atas, ehem ehem ehem *bersihkan kahak*  so aku pun nak cerita lah my ideal type pulak. Mana aci asyik diaorang je ada ideal type. Aku pun nak jugakkkk...Agak agak aku suker jantan jejaka yang bagai mana ya? 

Dan Calon calon nya adalah *sila baca mengikut intonasi ala ala Anugerah Skrin siap ada bunyi drumroll bagai*























Remy Ishak : The Macho Men




Nickhun (2PM) and Victoria (F(x))





Daesung (Big Bang)







T.O.P (Big Bang)





Kim Hyun Joong




And this award goes to......









lalalalala...semua pun tak menang..boleh lak macam tu ek?? Wei, semua tu too good to be true lah. Wake up Hannah. You are in real world lah. Tak mungin jejaka-jejaka hot di atas merupakan husband-to-be kamu...






Justifikasi pemilihan calon calon husband-to-be Hannah:

Calon (a). Jejaka melayu terhebat lagi terhangat di pasaran. Aku just suka ciri ciri "kelakian" yang sering dipaparkan dalam drama drama hits lakonannya. Dia nampak HOT dalam iklan Dashing youuu...ahaks...

Calon (b). Nickhun 2PM. Ha, awek sebelah dia tu lah Victoria. sweet tau diaorang dalam WGM. Suka suka. Nickhun ni terkategori dalam kumpulan lelaki jambu. Tapi ripped tau. Abs ketol ketol menggugat rasa. Tapi, aku tak adalah obsessed sangat dengan dia. Just suka tengok dia je..*hopefully you are going to be  real husband to Victoria!!!*

Calon (c). Daesung Big Bang. Start jatuh cinta dup dap kali pertama tengok dia dalam variety show 2 day 1 Night dengan geng2 Big Bang. Owh, saya suka dengan jejaka yang ceria, suka buat lawak, talkative, nakal nakal beriman (eh eh??), dan yang pentingggg tak kontrol macho!!!! Dan dan dan saya juga suka sekali suara daesung oppa . saranghae oppa!!! (geli nak mamposss..)..*Ikhlas tau nie, aku mmg suke lah suare daesung, soft jerk...opssss...*

Calon (d). Top Big Bang. Owh, abang oppa nie aku terjatuh hati, eh bukan tersuka dia sebab..eheh, malulah pulak nak reveal...*tunduk muka* Suka TOP sebab dia ada ciri ciri "bad boy".. apekes pulak nie nak suka lelaki macam gini kan. Memang ciri ciri tak boleh di buat laki ni (macamlah dia nak kat aku kan). Suka mata dia yang sangat tajam dan muka yang sedikit nakal..Lelaki yang baik sangat pun tak thrill kan.....(ayat tak boleh tahan)..Jejaka yang nampak kasar/badboy looks tapi dalam hati ada taman looks very macho to me *muntah...*

Calon (e). Erk, maaflah kawan kawan. Aku tak berapa "in" dengan jejaka jejaka jambu. Ye ada segelintir yang suka jejaka berpenampilan macam ni, tapi idoklah pulak teman suke laki lagu ni..Aku rasanya tak berapa boleh terima konsep "lelaki comel". Dalam kepala otak aku nie tertanam imej jejaka = lelaki = sifat kelakian yang tiada tandingan  ecehceh... Cute = Girls ...


So kesimpulannya Cik Hannah yang sedang mencari calon calon husband-to-be mempunyai impian angan angan bahawa her ideal man is a combination of "manly guy" + "humorous" + "mischivious" + "beriman".....Kaya raya itu additional value yang penting jugak ye  kawan kawan ku!!*dasar materialistik keduniaan semata mata. tidak bermanfaat langsung untuk kehidupan seterusnya*


 



P/S : ape cer denga pilot MAS tu?? Opssss....Nantikan siri calon calon suami pilihan kategori hemisfera Barat....Ni kan ciri ciri calon suami hemisfera sebelah timur...Tolong lah insaf Hannah oiiiii...



Hype Up

Good morning world!!!!

You know what, I just found out that the most curable method to release all the negativity (in ME specially) are by doing:





Letting go off all what the mind is speaking-turn it off


Make a cup of coffee + milo (i made half of each)----sedap seh...


Then, open up your laptop and turn on the playlist out loud (i prefer using earphone), and sing along with the songs--in this case non melodramatic songs would be the best choice


Sing our heart out---as if you are doing your own solo concert.. 

Do look in your mirror while you are doing your solo concert and give our self a big wide smile...


Sometimes, we do feel negative about ourselves...By letting go, it really helps..Kadang-kadang , selalu me myself rasa incomplete, tak cantik, gemuk (memang pun), eh, macam-macam rasa lah..

Tapi bila di fikir-fikir secara waras, mana lah ada manusia yang serba complete or dala kata lain perfect gitu. Setiap daripada diri kita ada flaws masing masing. Sometimes, kita kurang di sini tetapi lebih di bahagian sana.

Contohnyer lah, Si Lisa ni cantik. Dah tu pandai pulak, semedang score 4 flat mase exam dekat universiti dulu. Habis belajar, terus dapat kerja dekat multi nasional company. Tak ke jelous semua orang. Tapi dalam semua kelebihannya itu, tak siapa pun tahu bahawa si Lisa ni anak yatim piatu. Rupa-rupanya sejak kecik lagi dia mebesar di rumah anak-anak yatim. She might have all the looks, brain but still dia tak pernah rasa kasih sayang daripada insan yang bernama ibu dan ayah.

Another example, Si Abu yang gemok gedempol. Perut mebulat macam perempuan pregnent 5 bulan. Muka? Boleh lah tahan, tapi tak boleh lawan katampanan  si Remy Ishak yang dalam iklan Dashing tu..ahakz..Seburuk- buruk ghope si Abu ni, hatinya amatlah baik youuu...Dia seorang yang pemurah, malah anak yang taat mendengar kata ibu bapa. Sejuk perut ibu mengandung. Untung dibuat suami ni.

See, dalam contoh-contoh di atas ni dapat lah kita membuat konklusi bahawa dalam hidup nie kita tak boleh nak dapat semua ya. Dalam kata lain, rezeki masing masing adalah berbeza. Dan yang maha kuasa maha adil. Diberi kita lebih disini, diambil kuarang kita di sana. So, kawan2 sila SELALU FIKIR POSITIF (pesanan kepada diri sendiri jugak), Sebab selalu nak banding-bandingkan diri dengan orang yang LEBIH.

Mama aku pernah kata yang dalam hidup ni kita tak boleh dapat semua. Kita mungkin lebih dari aspek ini, and kita mungkin kurang dari aspek lain. Stop whinning and start living your life okayyyyy...

P/S: selalu lah aku ni dok banding-bandingkan diri ku yang tak seberapa ini dengan si cantik manis gojes HZ and FL...TSkkk..wajib bertaubat...