Saturday, August 6, 2011

Fening (Pening)!!

Tau tak, memulakan sesuatu itu sangat sukar, nak mengakhiri sesuatu pun sama juga.
Errrr, maksud aku dalam konteks nak menulis entry ni. Haha~

Seriously, I'm drained. Idea tak ada. Plus no rush of sugar makes me feeling like bluerghh *alasan, padahal malas*Sekarang dah ada energy maknanya apa ye? Tak puasa ekkk??

Alhamdullilah, feeling much much better than malam semalam. I suspect the tonsil strikes me back yesterday. Dimulai dengan tekak yang perit, suhu badan meningkat mendadak, kepala berat serta lenguh-lenguh badan ala-ala macam baru balik menoreh getah,padahal rilex je kat rumah kan, semua ni sindrom tonsil lah ni.Setiap sejam dua mesti akan bangun dari tidur, dengan perasaan yang tak keruan. haha~bergelen-gelen air kosong aku minum sampai kena pi toilet every hours. Kering doe tekak. Perit. 

Sahur pagi tadi minum hampir 2 liter air kosong (continuously) + chlorophyll extract + roti bakar 2 keping with strawberry jam and butter + 2 biji panadol activfast (sebab tak  tahan sangat,terpaksa lah). Lepas sembahyang subuh, terus pi mengukur katil. Err, makna lainnya adalah tidur. Hehe...Tapi memang akan terjaga every one or two hours sebab kesan pengambilan air berlebihan. 

Haha, tapi bila bangun je tidur tengok -tengok aku cuti lah pulak. Dah agak~The fever pun strikes back. Selagi punca masalah tak dirawat, memang lemah je rasa badan. Kepala rasa weng , plus sakit tengkuk plus lenguh-lenguh badan cam orang tua and tekak yang sakit. Minum banyak-banyak air kosong. 


Dalam pukul 6.30ptg baru gerak pi pharmacy depan umah nak beli ubat sakit tekak kaler merah tu. Dah tu terbeli sekali panadol activfast padahal dekat rumah ada je lagi stock. Dalam keadaan mamai-mamai dengan serabai kepala peningpening aku drive ditemani adik No.2 yang menjadi sukarelawan untuk belikan drugs  ubat itu. Aku maleh nak keluar kereta. Nanti nak kena bersiap-siap proper. Plus, energy level aku waktu itu tak mengizinkan aku untuk menjadi manusia normal.

Lepas makan ubat tadi, badan pun dah berpeluh. Yeay, tandanya dah nak kebah lah demam tu. Kepala pun tak berat lagi, and now I've got back my energy , Alhamdullilah. Harap-harap stabil.

The weird thing is, aku biasanya akan demam/sore throat hanya pada waktu cuti semester. Haha~

1-Masa baru habis matrix, kena demam +sakit kepala heavy yg agak teruk + sore throat. Doc kata ini disebabkan tonsils...(Around mid 2008)

2- Masa cuti sem uni, tapi tak ingat bila but rasanya masa Dec 2009. Demam teruk gak with major headache dengan badan seram sejuk even kat luar pans terik. Yang ni agak kronik. Seksa doe~
3- Now, sore throat diikuti dengan demam dan kepala yang berat. August 2011...Haha~

Dan demam yang paling teruk aku pernah alami ialah semasa di Form 4 sekolah asrama, tahun 2005. Ni paling kronik yang aku pernah ingat sampai nak berjalan ke toilet pun terpaksa jalan slow-slow macam orang yang rabun kehilangan speknya. Siap pause sekejap-sekejap dari dorm nak ke toilet. Sembahnyang pun duduk je kot. Bila aku tak tahan sangat, pi jumpa warden cakap nak pi klinik. After that, lepas makan ubat yang doc kasi and dah berpeluh maka sihatlah balik malam tu. Sekejap je. Padahal sebelum tu rasa macam dah tak ada nyawa. Sumpah scary.

Tah apa-apa ajelah yang aku tulis ni. "Pengalaman-pengalaman demam sepanjang hidup saya". Ha, lagi satu kalau demam time kanak-kanak dulu, ingat tak ada ubat yang kena insert dekat punggung tu?? Dia macam bullet. Haha~lawak tol ubat tu, tapi mujarab jugak. Aku tak sure sama ada orang dewasa sesuai menggunakannya atau tak.Sah-sah la tak boleh kan. Sampai sekarang aku macam musykil, kenapa kena 'insert' ubat tu dekat situ, kenapa bukan di dekat tempat lain? Hmmm...

Tuesday, August 2, 2011

Salam Ramadhan

Selamat berpuasa!!
Dah masuk hari ke-2 nie, hopefully things are getting better lah ye.
For our family, this is the first time since aku masuk asrama sejak 6 tahun lalu dan sejak itu jumlah ahli keluarga yang sepatutnya menjadi 6 , pasti akan lompong. Zaman form 4, form 5, matrix, uni dan baru sekarang aku dapat buka puasa plus bersahur bersama-sama. Lengkap semua 6 orang. Adik nombor 2 pun ada sekali sampai raya nanti.

Ayah, mama, aku, adik no 2, no 3 dan no 4. Cukup enam semuanya.

Hari pertama solat terawikh pun first time aku pergi sembahyang sama-sama sejak 6 tahun lepas di mana semua benda pun buat sendir- sendiri. Maklumlah, duduk asrama memang macam tu. Pejam celik pejam celik, dah dekat sampai fasa di mana aku pun dah hampir nak habis belajar. What's next, only time can tell.

Sembahyang dekat masjid negeri, pun first time gak. Ingatkan solat terawikh setakat 8 rakaat je, tapi amik kau sampai 20 rakaat tak termasuk witir. Haha....first time gak tu....

Living in the moment, embrace everything. Sebab belum tentu lagi esok akan sama macam semalam.