Thursday, April 26, 2012

Down Under

Hai.

I cuti ni. Sehari je. Dah lah semalam I start batuk-batuk dan selesema time kerja sampai my supervisor ingat I nangis . Tapi tak pun. Dahlah suara sengau ni. I kira-kira, dah nak dekat 100 kali bersin *ok, tak sampai seratus pun haha* Oh, betulah sangkaan I. My tonsil's back yaww. Now, I rasa nak demam la pulak. Kepala I dah pening lalat ni. Harap-haraplah esok I akan okay. I kan pekerja yang berdedikasi *wink* . Mana aci MC semua ni. Ehemm..

Kejap. Semalam kan, macam-macam terjadi. Haih. Agaknya sebab I tak sihat semalam, fikiran pun tak 'sharp'. Jom kita recap apa yang terjadi semalam time kerja. Ok, semalam memang ramai customer. Akhir bulan kan..

# Terjatuh tangga kat rumah. Ye, I tengah rush nak panjat tangga rumah nak amik hp tertinggal sampai terskip beberapa anak tangga. Bengkak kaki. Tak sempat fikir sakit, terus cabut cepat drive gi kerja. Time solat especially nak tahiyat awal, sakit bukan main. Haih.

# Customer lelaki ni panggil I tiba-tiba. Masa tu I tengah berdiri dekat tepi counter. Cara dia pandang dah semacam. Then dia tunjuk dalam mangkuk 'Japanese Soba' dia tu. God. Ada rambut okay.Shelai je. Bukan rambut perempuan la. Nie mesti budak kitchen punya. I tak tahu nak buat apa sebab dia just tunjuk dalam mangkuk dia dengan muka 'something'. Haih. Nasib baik dia tak marah I. Taktik buat muka kesian berjaya. Yes! Dia just tak nak bayar for the food. Settle bos..

# Salah punch order. Punch tu maksud dia 'key in' la kiranya. I salah key in order. Sepatutnya ke meja 10, tapi I termasukkan order dalam meja 11. Haha. Nasib baik semua order betul, just terhantar kat meja lain.

# I termencarut sikit semalam. I bengang dengan so called datin? kot. Ke Puan Sri. Whatever la. I tak kenal pun dia siapa until my asst supervisor bagi tau dia lah isteri kepada one of the infamous politician here. She's a politician too.Adalah something happened time I amik order table dia dan geng mak datin yang lain tu. Malas nak cerita. Annoying betul.I just teringat I tercakap Datin my a**. Marah ni. Nasib baik I tak join Putri Umno. Hello, kalau dah datin tu pergi lah makan dekat hotel. Apa kelas makan kat sini.

Dah la. Malas nak fikir.






Gay


"akak, kan best kalau akak jadi boyfriend kita" kata seorang perempuan. Lebih tepat, seorang kawan perempuan. Ye, dia perempuan tulen. Seratus peratus.

"hoiii.." secara refleks, aku terjerit bagai nak keluar anak tekak. Dahlah masa tu tengah nak adjust parking kereta. Buatnya tertekan pedal minyak secara mendadak atau tershift gear reverse ke. Nahas.

Dia tergelak-gelak tengok aku kat sebelah yang buat muka annoying.

Omg. Ayat gay habis. Aku adalah perempuan yang meminati lelaki okeh. I'm straight, no bengkok-bengkok.

Amboi, nak bergurau pun ayat tak boleh blah. Haha. Terkejut I.

Tapi kenapa aku yg kena jadi boyfriend? Tak cukup lemah lembut sopan santun ke I ni? Haha. Nampak sangat...

Sepatutnya,

"kan best kalau awak jadi girlfriend + soul mate + best friend + isteri saya" kata seorang 'lelaki' . Lebih tepat, kawan lelaki.

Tak adalah aku terkejut sangat kalau dengar ayat kat atas tu. Haha. Malah, aku tak akan buat muka annoying. Kalau tak senyum sampai sakit rahang, mungkin aku akan buat-buat tak tahu tapi mahu. Haha.


- Posted using BlogPress from my iPad