Monday, January 10, 2011

When I make her cry..

It was said and done..The pain in my chest has gone away.And I'm not hoping to feel it again in any time soon..

On the way to the airport (9/1/2011-Sunday)

Mama yang hantar pergi LCCT. Ayah main golf rasanya pagi tadi. Sikit pun aku tak tanya mama ayah pergi mana. Entah, bukan nya aku tak kisah, tapi aku tak nak terasa kot. Aku tak nak tahu kenapa dia tak ada. Aku just buat conclusion sendiri sebab tengok golf set ayah x ada and kereta putih x ada. Sedih lah jugak dalam hati ni. Tapi aku fikir maybe ayah lebih berat hati nak lepaskan aku pergi kot.

On the way, aku pretend kuat. Dalam hati aku, berperang dengan macam2 perasaan. Mama drive myVi..Mama ada tanya aku, nak drive ker? Aku macam malas lah pulak kan. Sebab aku tahu, on the way nanti mesti mama nak cakap "sesuatu".

Sampai dekat sendayan mama started asking 
"So, how's your decission? Dah fikir apa  along nak buat?" 
Aku senyap. Pandang depan.
Mama cakap, dia dah tak tahu cara apa lagi nak buat. Keputusan terletak dekat tangan aku. Tapi mama x berleter lah. Then her voic started to crack. And guess what, mama cried while talking to me. Ya Allah, aku buat mama menangis lagi. Tapi aku still control macho. Aku keep chanting, tough, be tough..strong. Padahal air mata dah bertakung dekat kelopak mata.


Mama kata kalau dah itu keputusan aku, uruskan semua proses nak berhenti. Ayah dah tak nak masuk campur urusan aku lagi. Dalam hati aku rasa macam sedih and terkilan sangat. Ayah sampai dah berpatah arang dengan aku..Sedih. Tapi air mata x tumpah lagi masa tu. Aku diam jer. Tak menjawab satu soalan pun.


Then towards the end mama cakap, sebab tak nak anak2 mama and ayah susah diaorang sanggup bersusah payah nak sediakan segala kelengkapan untuk kitaorang adik beradik. Itu sebab sayang sangat dan tak nak anak2 rasa susah semasa belajar macam mama and ayah dulu2. 


Tapi anak2 sekarang (aku lah tu) susah sikit, tak boleh. Ada cabaran, tak boleh handle. Mayabe sebab "comfort" yang aku dapat and rasa selama ni menyebabkan aku tak "tough" or kuat semangat macam mama and ayah. diorang asal orang susah. Aku nie terlebih over dose . Nak apa semua dapat.


Nak kereta? Ayah dah beli. Ayah beli myVi sebab nak pujuk aku supaya habiskan degree..Hebat tak hebat ayah nak pujuk anak dia yang seorang ni? Itu termasuk dalam perjanjian antara aku and ayah. Dia akan belikan kereta, tapi dengan syarat aku mesti habiskan degree..even itu kereta second hand.


"Mama rasa mama and ayah dah sehabis baik beri semua untuk anak2. Tapi tak tahu lah pulak kalau ada yang mama and ayah x berikan lagi"


"Mama nak along tahu, mama tak pernah beza2 kan anak. Mama and ayah sayang semua sama"

"Mama think positive je. Mama anggap nie sebagai dugaan Allah kpd mama" 


Satu yang membuatkan aku sayu bila mama cakap, "Mama and ayah tak marah or benci along. Itu along kena tahu."


"Mama bersyukur sangat anak mama semua mendengar kata. Tak liar, tak keluar malam balik lewat." At this point, aku tak dapat nak tahan kesedihan yang aku pendam tadi and burst into tears. Aku tak meraung tapi just air mata meleleh2. Mama pun nangis kot.


Sedih, aku rasa bersalah buat mama menangis. Dah dua kali mama menangis depan aku. semua sebab aku. Tak tahu lah pulak kalau mama pernah menangis sebab aku masa aku tak nampak. 


While mama cari parking, aku pun terpaksa lah melangkah ke balai berlepas untuk chek-in. serious mata aku rasa memang macam lepas menangis. Air mata kat pipi pun kering tak kering je. Tak sempat nak kesat dengan tisu. Aku start menangis masa nak sampai airport. Tapi kalau orang tengok, maybe diaorang akan ingat budak nie mesti nangis sebab sedih nak nak tinggalkan family.

Dalam plane pun aku rasa sedih jer. Mujur seat sebelah kosong . Aku duduk dekat 10F. Menghadap tingkap. seat first je ada orang. Tapi aku x ambil kisah. sesekali air mata terkeluar gak. 

Dalam hati aku masa dalam kereta, memang aku set mind aku, apa pun yang terjadi, aku mesti teruskan habis degree. Then baru aku kejar apa yang aku minat. This is for them. aku kena stop being selfish and take responsibility. I've to end what I've started. Aku sedar, aku tak dapat nak balas jasa mama and ayah  mebesarkan aku. Tapi, making them happy is my No.1 mission. They are the angels is my hearts.

Now, I'm here in my alma mater. Syukur sangat2 semua urusan aku dipermudahkan hari ni. Aku rasa sangat positive, sangat strong and this is my second chance. Aku kena yakin diri, stay strong and positive all the way till the end.

Surprise surprise, aku tak payah nak extend sampai 1 tahun. Not even half semester. Rupa2nya, aku boleh habiskan core subject semester ni.Ini sebab pngk aku 2.8. Aku ingat tak boleh sebab png aku 1.93 semseter lepas. Tu yang fikir kene drop subject. Luckily my supervisor, Mr. S sangat2 understanding siap tanya "Awak macam mana, okay x?" as soon as I poped out at his door. dia kalau boleh nak gak aku habiskan and grad on time. Being caring as he is, dia siap duduk berbincang dengan aku dengar apa plan aku for next agenda. He is so helpfull . Bertuah dapat lecturer mcm Mr.S... 

Surat permohonan dekan? Checked. Dah signed. Esok tinggal nak bayar and terus uruskan pendaftaran...Syukur Alhamdullilah. Allah permudahkan urusan aku.. Syukur sangat. Hati rasa tenang, dah tak berserabut macam dulu...Inilah ujian buat aku..

 
 
 

Saturday, January 8, 2011

Tak da tajuk sesuai

aku rasa bersalah.
susahkan mama and ayah.
serabutkan kepala diaorang memikirkan masalah si anak. aku lah 2.

aku  buntu,
aku hilang arah.
sejujurnya aku x tahu apa yang aku nak dalam hidup nie.
apa cita2 sebenar aku.
apa yang aku minat.

kalau ada orang tu,
awal2 lagi diqorang dah tahu
apa yang diaorng nak, apa yang diaorang minat.

aku jeles dengan si pelukis.
aku cemburu tengok bakat diaorang.
Pandai betul lukis. Kreatif pulak tu.
Haish..aku nie tangan keras. x berseni. takat lukis orang lidi boleh lah..

aku jeles dengan si penyair/pengacara/pemuzik.
si penyair kreatif. pandai bermain kata. pandai menulis.
jadilah dia sang penulis .
pengacara pula, cantik berbakat.
petah berbicara. bijak melontar idea.
si pemuzik, lagi2 macam si yuna.
cantik, pandai main instrumen muzik, mengarang lirik, menggubah lagu.
muda2 dah menang awards.

aku jeles dengan snsd.
9 orang tu semua nya cantik2 belaka.
pandai menari..
hmmmm...semuanya cocok..


Aku??
Apa ada dengan aku?
Seorang aku?

Apa kelebihan aku?
Apa bakat aku?
Apa yang boleh aku sumbangkan, dibanggakan?
Apa, apa, apa dan apa?

One more, aku jeles sgt denga orang yang kreatif mcm rizalman.
Ya Allah, dah lah pandai menjahit and buat baju cantik2,
dah tu pandai pulak deco rumah..
Cantik sangat decoration yang dia buat ..
Memang gifted..
Talented..

Macam mana agaknya orang orang talented, gifted tu sedar akan kebolehan diaorang?
Macam mana agaknya diaorang dapat pergi begitu jauh dan berjaya dalam karier diaorang?
Kenapa kreatif sangat ek?
Sungguh aku sangat kagum..

Apa ada dengan aku?

Pertanyaan yang mesti dijawab.
Aku bukan Sheikh Muzzafar yang pertama tama menawan angkasa.
Aku juga bukan Dr. Halina yang selamat bergelar isteri kepada SMusz.
Aku bukan Lindsay Lohan yang serba tak kena tuh.
Aku juga bukan si minah rempit yang masa hadapannya seakan tiada hari esok.

Siapa aku jadinya?
Apa bakat aku?
Apa jadinya aku nanti?

Bintang filem?
Cikgu?
Pensyarah?
Lawyer?
Pelukis free lance?
Chef?
Usahawan?
Menteri?

Betul ke kata2 ni
"Kita adalah apa yang kita fikirkan"

Friday, January 7, 2011

Dilema

Sekarang jam 11.24 malam. Hari Jumaat.
Baru beberapa minit yang lalu aku balik dari bilik Mr. Dad and Mrs. Mum.
Ketuk pintu, masuk sambil bawa laptop tunjukkan results aku yang gempak.
Mama and ayah x tidur lagi. Just baring2 atas katil.
Ayah yang tengok results aku.
He seems cool. Tgk results yg "gempak" tu.
PNGK 2.8...okey lah tu..2.8...he says.Cuba nak sedapkan hati aku lah tu.
But Gred aku last sem (sem 5) was 1.93...the worst results i've ever got before.
Aku fail satu subjek..
Conservation Biology. Itu subjek elektif..

Then, Mr. Dad ask me why did this happened?
Ramai ke yang fail subjek ni?
Aku rase aku sorang je yang fail kot, dalam ramai2 orang..
Subjek nie aku ynag pilih..
Subjek budak2 zoology.
Pensyarah zoology yg ajar.
Dan sejujurnya, aku banyak skip class time lecture.
Ye aku memang nakal.
Lagi satu, time nie aku stress.
Dengan diri aku.
Serabut.

Dilema aku bermula bila aku rasa (Rasa or fikir?)aku bukan berada di landasan yang sebenar di mana aku sedang berada sekarang.
Sekarang: Bidang Sains
Minat yg telah di'discover': Seni Kulinari or nama lainnya Culinary Arts

Dan saat aku tersedar yang ini bukan apa yang aku minat/desire, memang dah terlalu lambat untuk aku berpatah balik ke garisan permulaan. Saat tu aku berada di tahun ke-2 semester ke-4.

Fikiran aku mula berdolak dalik. ish, betulke apa yang aku buat ni? Aku mula soal diri.
Sebelum aku pergi terlalu jauh, aku ada luahkan hasrat hati dekat Mr. Dad and Mrs. Mum. Mereka kata, sayang nak berhenti sekerat jalan. I've already come to the finish line. So, habiskan lah..Nak tak nak, aku pun habiskan. Natijahnyer..aku belajar ndak tak ndak..mahu x mahu..

Terukkan aku. Mrs. Mum kata aku nie jenis cepat patah semangat. Susah sikit je , mulalah nak give up..Daripada time sekolah asrama penuh dulu sampai la la nie..Mrs. Mum kata cubalah usaha sikit. Usaha sehabis daya, mesti boleh. Saat tuh masa sem 5. Dalam bulan 9 kot,lepas balik cuti raya. Honestly fikiran aku memang serabut, fikirkan pasal study..Nak teruskan ke tak nak?

Then, ntah angin mana merasuk diri, one day bulan 9 2010 (pagi buta-x dapat tidur mengenang masalah).Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Akhirnya, aku berjaya menaip surat berupa essay tahap SPM fully english meluahkan apa yang terbuku dalam hati sanubari nie. panjang jugak surat tuh dalam 8 page. Aku nekad nak bagi Mr. Dad and Mrs. Mum baca.Pagi tuh aku suruh Rihanna my sister print. Punyalah tak boleh tidur semata-mata nak tahu apa verdict yang akan come out from both of them. My sister yang baca surat tu siap touching2 menagis bagai.. Ha ha ha..kelakar lah, si Rihanna tu lak yang nangis..dia kata sedih ooo bace luahan perasaan aku tuh..

Next day rasanya mum call..Dia kata Mr. Dad terkejut..Sambil bercerita tuh nada suara Mrs. Mum pun dah sendu. Aku pun, dah sebak.. X leh bercakap langsung.. Sobbing all the way through the phone..Bila mama tanya faham tak? aku angguk.Tapi manelah dia nampak kan. NAk cakap suara x keluar. heeee...then dengan suara yang sangat lah sebak lagi tersekat kat kerongkong aku pun kata, yelah nanti along fikir dulu..first time kot dengar mrs mum nangis...mrs. mum nangis aku pun ape lagi, nangis lah jugak. Cengeng. Masa tuh mrs mum sorang yang cakap2. aku suara x terkeluar. air mata meleleh macam apa. hinggus meleleh sama. memang haru and bengkak2 mata lah lepas tu.

mr dad ada meeting pagi di KK  and couldn't call me. Dia serahkan nasihat2nya pada mrs mum. Apa yang mrs mum sampaikan kat aku tuh terselit sama nasihat dr mr dad. Adelah dalam beberapa minggu aku x jawap langsung call dr mr dad or mr mum. It's either aku silent phone or memang sengaja x nak jawap. Aku memang x nak gangguan. lagipin x da mood nak bercakap.

Thursday, January 6, 2011

Torn

Right now, I'm in the other side of the line..
Benci lah bila dalam kepala berserabut dan tak dapat nak come out dengan satu solution..
Benci ...eh, tapi tak baik kan benci2 nie..
NAnti diri sendiri yang merana..
X tau lah..

Hakikatnyer, x siapa tahu and faham apa yang aku rasa sekarang.
Not even Mr. Dad or Mrs. Mum..
Aku nak menjerit, tapi suara x keluar..
It's undecided.


Aku tau, aku x leh terburu2 buat keputusan.
Sabtu nie, dah nak balik ke universiti di seberang laut china selatan tuh.
Urghh seriously aku rasa nauseated and kalau boleh x nak balik dah.
Tapi ape boleh buat, tiket dh dibeli..
Sem dua dah start seminggu pun
Dan aku x balik lagi, dan x daftar online dan
bahananya, aku x leh daftar krusus dan yang syoknyer lagi aku kena byr RM50 + buat surat tunjuk sebab kpd dekan.

Oh, kepalaku serabut..
Aku x bagi tau lagi Mr.Dad and Mrs.Mum my last sem results
Results yang tergempak pernah aku dapat sepanjang sejarah aku belajar.
Standart lah, bile result "Gempak" semacam, mule lah buat2 x tahu.
Eh, result dh keluar ke?-bila Mr.Dad n Mrs.Mum bertanya..
Padahal 10 Dec lepas dah keluar pun...
Aku seje buat pekasam untuk menambah perisa lagi..

Aku bila bende bersangkut paut dengan parents mulalah nak touching-touching..
Ahkaks, maksudnyer aku akan rasa serba salah and tak sampai hati nak hampakan mereka dgn permintaan aku yang ntah ape2 dan maybe akan mengecewakan diaorg.
Contohnyer macam persoalan yg akau tgh alami ni lah..
Dilema.

Being me, aku peram ajelah hasrat aku dalam hati.
Biar menanah. Dan tak siapa tahu.
Susahkan jadi aku nie.
Suka benor memendam..
Pendam sampai diri sendiri tension,
diri sendiri stress..
Mulalah jerawat sebesar alam ntah dr mana muncul, tidur x menentu. MAkan x menentu. Tsk...

Uwaaaa...aku x nak jadi anak durhaka
Sumpah!!!!!

Nanti lah bersambung cerita "Dilema" aku nie..
Esok nak teman maksu tersayang pergi Crystal Crown kat PJ..
Kiteorg naik Komuter gi KL Central, then naik teksi gi PJ.
Dia ade interviwe kat hotel 2 esok..