Oh man. Pernah tak rasa perasaan yang "apa yang aku dah buat selama ini" (dengan tanda soal yang super banyak dibelakang pertanyaan).
Memandangkan aku godek-godek(literally:baca) semula buku Anthony Robins, Awaken The Giant Within yang dipinjam dekat library, aku telah membuat senarai semak perbandingan "Aku 5 Tahun Lepas" dan "Aku Sekarang". Dan juga membuat perancangan "Aku 5 tahun Akan Datang". Berkajang-kajang kertas aku guna untuk menulis. Haha. Below are just the summary.
Lima tahun yang lepas, umur 17 tahun-2006-messed up-SPM
5 tahun selepas itu,
Sekarang. Umur 22 tahun-2011-not that messed up anymore-a mediocre-undergrad student
5 tahun akan datang. 27 tahun-2016-monumental-happily taken (ehem)-lecturer/tutor
I am looking back, take a step behind and rewind the mental picture of who I used to be. And what I used to think. Looking back, I just felt that I want to override the old me and say "You are capable of anything and you have a power beyond measure. Keep strong and hold on". I wish I was saying that. But I just don't.
Apalah yang remaja berusia 17 tahun fikir kan? SPM SPM SPM. 10A1. 10A1. 10A1. Fly oversea. Be a doctor. UK.
Serious aku tak tahu apa yang aku nak pada usia itu. Alah, nak jadi doktor pun sebab rasa macam 'best' kot jadi doktor. Haha.
Matrix? Flunked. Uni? Almost to the edge. Deep down aku tahu, "I more than what's written on my exam slip". Adakah itu ayat-ayat manusia denial? Haha. Entah. You figure.
It hurtful you know. 5 year ago. Entah, susah nak cakap.
Aku ingat lagi masa dalam kelas physic, jasad aku ada dalam kelas, pura-pura beri tumpuan padahal otak aku melayang entah ke mana. Memanjang fail. Orang lain excited nak belajar, aku tak. Aku pura-pura belajar.
Kelas add maths lagilah. Sampai pernah aku dengan budak-budak yang fail kena denda lari keliling basketball court dengan cikgu add maths yang super garang.
Aku tak tahu apa jadi dengan aku waktu tu. Yang pentingnya, jiwa aku hilang entah ke mana pun aku tak tahu. Bukan masalah cinta ke apa ek. Haha. Sekolah aku semua perempuan.
Sebab sekolah aku ni sekolah berasrama penuh yang semuanya dikalangan cerdik pandai bijak bestari, maka aku ini adalah antara yang tercorot.Kalau nak tengok ranking exam bulanan, nak cari nama aku kena start daripada No.114 (sebab batch aku ada 114 orang) .Lebih-lebih lagi bagi subjek Add Maths.
Kalau kau masuk asrama penuh, memang akan fahamlah bahawa sekolah kau tu akan 'push' student untuk dapat A sebab nak naikkan ranking sekolah. Ranking itu lebih penting. Imej sekolah itu lebih penting.
Kelas yang aku enjoy, BM,BI,Agama Islam. Subjek inilah pun yang aku cemerlang sikit. Haha. See, nampak kan kecenderungan aku ke mana. Seni. Ceh. Seni lah sangat. Yang selalu fail Physic-AddMaths-Kimia. Biologi okay sikitlah.Sebab membaca. Math Mod pun lemah weh. Aku rasa dalam SPM 2006, aku telah mencemarkan rekod sekolah dengan mendapat B3. Aku rasa budak-budak batch aku semua dapat A1. Sebab memang tradisi sekolah aku time SPM , batch senior2 dulu2 memang dapat semua A1 dalam maths mod. Gila kentang betul.Oh ya, antara sebab aku nak jadi doktor adalah sebab aku terel biology sikit lah. Haha. Yang lain asyik fail je.
Klasifikasi pelajar yang cemerlang/masa hadapan cerah = Jumlah A yang dicapai
Kau dinilai hanya berdasarkan deretan A dalam kad kemajuan pelajar. Sistem 'nilai' a.k.a life values? Oh, tak penting. Asalkan banyak A, maka itulah dia pelajar cemerlang. Bahagia hidup di dunia. Akhirat? Tanggung sendiri.
Tak penting pun kalau kau seorang pelajar yang jujur,amanah, bertanggungjawab, bersopan santun, hormat orang tua, sembahyang cukup 5 waktu sehari, puasa penuh di bulan Ramadhan , dengar cakap mak ayah, tak mencarut, tak mengumpat/kutuk cikgu senyap-senyap tapi pura-pura baik depan cikgu, tinggi common sense, tak escpae kelas, tak escape prep,t ak menipu, tak mencuri, tak fly dari sekolah senyap-senyap, tak ada hubungan songsang etc.
Semua dia atas tak penting, asalkan kau score sebanyak A yang mungkin.Senang kata, tak perlu jadi baik pun.
Mungkin aku tak 'sepandai' mana di mata cikgu/kawan-kawan dulu, tapi aku tahu aku ada values of life yang aku pegang. Yang dah ditanam dalam blueprint aku sejak kecil. Yang mama ayah dah ajar aku dulu-dulu. Yang jadi kan aku, aku. Bukan mereka.
Tapi, manusia tak pandang itu semua bukan? Seriously. Aku pernah rasa. Memang semua orang akan "judge a book by its cover".
Mungkin silap aku, lambat dicover apa yang aku mahu + minat + kecenderungan. Tak banyak exposure. At least sekarang, aku tahu apa yang aku mahu.
Ourselves is not our physical. We are our soul. We are a spiritual being experiencing life in our physical body. Sorry, I couldn't come out with the right phrases. It's in Anthony Robin books. Dah hilang those pages.
Perasan tak, bila manusia mati jika ditimbang jasad sebelum dan selepas kematiaan, tiada apa yang beza. Dia tetap mati. Jasad masih terkaku, tetapi yang hilang dan pergi adalah 'roh' atau 'soul' dia.Manusia-manusia yang masih di 'preserve' dalam bilik mayat, physical still intact(bergantung kepada kes kematian), tapi yang menentukan dia hidup atau mati adalah 'roh' seseorang itu.
Baru aku faham. Tak pernah terfikir pun sebelum ni.
One beautiful soul is so hard to find, kan? It will always comes with a high price for you to attain one or to be the one. It's like a sacred gem.
P/S: Ya, aku sengaja tutup ruang komen kali ini. No expectation. I just wanna vent out my 2 cent. Dan ya, aku belum tidur lagi sebab otak aku aktif banyak fikir perkara,selain exam yang bakal berlangsung seminggu dari sekarang.