Thursday, December 1, 2011

Mata Hati

Banyak yang nak dicoretkan, banyak yang nak dikongsikan.
Syukur Ya Allah kau gerakkan hati aku.Walau mata sembap bila bangun tidur , tapi hati rasa lapang sangat.
Macam, aku dah jumpa the reason kenapa aku ada di sini , i mean the real reason kenapa aku hidup.
Syukurlah.

Baru aku sedar, aku selama ni hidup main-main. Tak fikir masa depan. Tak fikir nak cari DIA. Aku rasa aku ok, tapi aku tak ok pun. Lompong. Hati tak hidup. Banyak sangat dosa.
Apa saham akhirat aku? 
Apa dah cukup ke bekalan nak bawa ke alam barzakh dan di padang mahsyar nanti?
Aku masuk neraka ke syurga andai kata aku mati sekejap lagi ?
Aku blogging ni apa manfaatnya? Nak show off ke, nak cari keredhaan DIA? 
Siapa aku di mata DIA?
Apa yang aku cari sebenarnya dalam hidup ni?
Serius banyak persoalan-persoalan yang dulu kabur, sekarang dah makin jelas. Tapi yang aku paling sedar, selama 22 tahun hidup ni aku banyak melihat perkara melalui pandangan mata fizikal, mata nafsu dan mata akal. Amat jarang sekali aku cuba nak pandang setiap perkara dengan pandangan mata hati. Padahal itu lah yang paling penting.

Macam aku dah terlepas banyak perkara-perkara penting dan bermakna sebab selalu pandang setiap kejadian/perbuatan manusia/ bukan dengan pandangan mata hati. 

Dalam setiap benda/perkara yang aku nak buat, tak pernah pun sekali nak associate kan DIA. Patutlah hanyut. Sebab tak ada matlamat. Kala ada pun matlamat setakat nak mencapai kebahagiaan di dunia. Nak kejar semua perkara dan sampai terlupa, aku ada matlamat yang paling penting . Akhirat. Apa yang aku fikir selalu how to please people, tapi pernah kah terfikir how to please Allah. Aku selalu fikir, apa yang manusia akan kata pada aku tapi pernah tak aku terfikir apa yang Allah kata/fikir tentang aku?

I hope, we are in the same page. It's never too late to change. Percayalah. Bila kita bersedia nak tuntut ilmu, 'guru' akan datang. A saying from someone (i can't remeber). Not literally a teacher, tapi maybe gerakkan hati untuk buat kebaikan or kita terselak buku , or terjumpa something on the net or terjumpa someone. It can be anything. And I hope, I can give little something to y'all..okay..


4 comments:

Dammit said...

Tak semestinya directly tulis hal2 agama atau ketuhanan. Yes, it can be anything. Tulis benda2 positive, so that kita semua boleh dapat something, at least the positive vibes :)

Hannah Haykhall said...

Insya Allah..
Will try my best to write 'good stuff' worth to read..
Haha, nampak sangat selalu tulis benda mengarut2 selama ni..

Dammit said...

*terasa* hahaha

Hannah Haykhall said...

alah, tak yah terasa.
Yang dekat sini pun sama je (me)..
Yang paling penting, 'niat'..
:D