Showing posts with label Inspirational. Show all posts
Showing posts with label Inspirational. Show all posts

Sunday, January 1, 2012

I called it A Day

Bunyi mercun meletup-letup kedengaran dengan begitu jelasnya daripada luar bilik.
Dalam hati cakap "It's a new year, new day. Now.."
Tengok jam tepi desktop, 11:56pm. Check jam hp, 11:56pm.
Pfftttt? Asal diorang main mercun awal 4 minit. Ke jam aku yang salah?
Lantak. Malas nak fikir. Whatever la.

Sambung buat kerja

Tiba2 bunyik mercun yang super kuat from previous 4 minutes. Lah, diorang baru warming up kot tadi. Now, it's really 12am. Err, I hate fire-crackers and what not. Apatah lagi bunyi guruh berdentum. Scary doe. Dan aku juga tak faham kenapa orang suka main mercun.Especially time hari raya or any festive season. Haha. Nasib tak gugur jantung aku.

Hmmm..

It's just a day. Cuma tahun yang bertukar. Tetap ada 24 jam dalam sehari. 86 000 saat sehari. Nothing much change.

January 1st, 2012. Hye you.

My random conversation with mama last friday. She's checking me out to ask if evrything is okay, since Samarahan been struck by massive flood. Lah, kalau mama tak call aku pun tak tahu yang Samarahan kena banjir. LOL.

"Mama, along rasa nak sambung master lah lepas ni. Gastronomy, Uitm. By coursework."

"Ha, okaylah tu. Tak kisahlah apa-apa pun." mama memanjang 'tak kisah'. Asalkan aku bahagia. Love you mummy.

"Baguslah tu. What..astronomy??" ayah yang tengah drive sebelah mama tiba-tiba mencelah. Aku tahu, sure dia manusia yang paling excited. Haha.Oh,daddy.

"Okay, nanti balik rumah cerita"

Err, memang sangat impulsive pi bagi tahu terus. Grrr, what if suddenly I change my mind. Err, mind you, I have the tendency to be impulsive. At times. Sebab aku tahu, dua-dua pihak akan bahagia dengan keputusan ni. It's them and me. Win-win situation.

Lol. Takkan lah aku nak amik astronomy. Haha. Faham tak betapa aku tak dapat nak 'hide' my newfound path. Padahal baru ter'minat' or ter'jumpa' a new path/options. Seriously, memikirkan tentang perancangan masa depan memang best. But the execution is a bit tricky.

A dream is just a dream, unless you've set a fixed dateline to get to your dream.

In case aku terbuka this entry next year *January 1st, 2013* aku harap semua senarai di bawah di bawah sudah pun tercapai. At least 80% of them..ehehe..

#Sejak September 2011 sampai sekarang, aku tak usik langsung McD. Haha. I mean, dah tak makan those burger +overly  salted fries. Motif? Try to eat less processed food. Lalalala. Tapi maggie makan pulak kan? Sardin dalam tin? Erkkk..terpaksa.Makanan ruji untuk pelajar yang harus berjimat cermat. But I promise myself to eat 80% un-processed food after this.Maksudnya, kena rajin memasak lepas ni.

#Be more cheerful. Be A cheerful person instead. Seriously. Smile like a mad person. Huahuahua..

#Persuade ayah to make an appoinment with dentist for a braces. Duhh, tak kisahlah nampak macam geek pakai those pendakap gigi but I really need one.Teehee.....But, percayalah aku berjaya menjaga gigi sampai sekarang tak pernah kena tampal satu pun. Hahahaha..bagus tak bagus tak? Adik2 aku semua gigi dah bertampal di kala usia yang amat muda. *Berlagak doe*

#Bonding with so many long lost friend. Sobs...sedih. Kena buat reunion la lepas ni. Dan ya, I've to be extra friendly and bubbly. Be a good friend instead. Kawan sekolah rendah (ada 5 sekolah berlainan), sekolah menengah (3 sekolah berlainan), kawan matrix + kawan uni...Oh god, rindunya. Aku tahu aku agak kejam dengan meng'abandoned' kan mereka. Tulah, siapa suruh deactivate fb kan..Tskk..

#Bangun pagi-pagi, drive , jogging. Petang pon sama. Tak kisah lah dekat kompleks belia ke or lake garden ke but I need to practice for my first run. Aku aim Putrajaya Night Run 2012. Maybe bukan full or half marathon for a start. But I just need one. Tolong sepak aku kalau aku tak practice (pesanan kepada adinda terchenta). Tolong ingatkan aku!!!!!! I need this.. :D

#Owh yeah. Have a nice vison board. Seriously need one to motivate me and to keep me on track. A planner or one nice journal book juga perlu ada.

#Take a pic and print it out. Kena ada 'picture book'. Ambik banyak gambar, tapi tak pernah nak make an effort to 'cuci' those gambar. Sigh.

#Join Original Bootcamp Malaysia. One fine day. Wajib. But as for now, kena kumpul duit maa..Juga aku adalah sedikit takut..huahuahua..tapi macam fun. errr, conflict sungguh. Takpe, tunggu dah settle down and maybe masa duduk shah alam nanti, i'll be joining them.

#Commited + Well planned and organize +enthusiastic + positive + a bit crazy *lol* + Cheerful + loving person ever!!

#Live up to my own values. And yes, dapatkan semula buku Anthony Robins, Awaken The Giant Within. Selama ni pinjam library punya sahaja.

#Find a way to get money bebeh. Harus mencari side income. I need money. Lol. Materialistiknya bunyi. Haha. But yes, I need to find one. Be less dependent to my dad. I knew he'll always spoon feed me. Not good maa..

Dah, cukuplah itu sahaja. Yes. That's it. May all the force be with you --Ms.HannahHaykhall.

Sunday, December 4, 2011

We are what we think

Semalam kan aku ada kata , aku lepak (bertapa) di dalam library yang ibarat 'peti ais'. Daripada pukul 10am sampai 5.30pm duduk di sana tanpa 'ration' atau bekalan makanan yang mencukupi. Haha~ Aku survive dengan hanya sebotol air mineral dan dua keping roti  peanut butter choc + one slice of cheesedale. Pergh..memang kena gastrik terus..sakit perut..

Penyudahnya, malam itu(malam tadi) aku demam. Istilah demam aku adalah badan sejuk + pening kepala + sengal satu badan. Dan juga sakit perut yang kejap ada, kejap tak ada. Aku syak gastrik. Oh, tekak aku ok. So bukan tonsil lah kiranya.

Apa yang aku nak share adalah, dalam aku terkena demam yang datang sekelip mata itu, aku anggap ia bukan 'masalah berat' dan apa yang aku buat adalah just accept the fact that aku demam dan dalam hati cakap, 'tak pe, ni sebab nak hapus dosa2 kecik. Ada orang tu lagilah sakit teruk. Ni biasa-biasa je'. Dan dalam kesengalan badan semua tu, aku pun tidurlah..haha~

Aku fikir, apa yang penting adalah mind set. Entah, maybe aku tak sedar apa yang aku cakap dekat diri aku time tu, tapi aku just anggap semua ni datang daripada DIA. Dan fikir yang badan aku boleh lawan semua ni. Haha.Kiranya ala-ala 'self healing' lah..

Amazingly dan syukurlah dalam pukul berapa malam tadi aku dah rasa yang badan aku dah start rasa panas dan terus cabut sweater and stokin (first time tidur pakai sweater + stokin sebab rumah ni memang panas biasanya). Tapi masa tu still kepala sakit but aku just tidur je lah sambil apply balm before going back to sleep. Then, bila nak bangun Subuh, demam terus hilang. Dan sekarang, rasa normal macam biasa.As if tak ada apa-apa yang berlaku semalam. Syukurlah.

So, the moral of the story is,

#Kalau sakit, redha. Accept the fact. Fikir baik2. Cari hikmahnya. Doa. Yakin.

#Fokus pada anggota badan yang sihat dan bukannya yang sakit.Badan kita ada 60++ trillion cell. Mungkin yang sakit hanya 1%, so focus on yang 'sihat'. Be thankful.

#Jangan layan sangat dan fikir yang badan kita ni sakit. Kalau fokus yang kita ni sakit, memang bertambah sakitlah jadinya. So, jaga apa yang di fikir.

Saturday, December 3, 2011

Mencari ubat hati?

Hmm..aku tak tahu macam mana nak pastekan audio. Nak sangat share dengan semua orang.Serius, kamu kamu semua harus download dan dengar audio ini. WAJIB. :D

Cuba check dekat sini untuk link-link. Aku suka dengar Prof.Dr. Muhaya punya program. Dia punya program 'Islam itu Indah'. Macam yang aku pernah cerita di sini, dan sini..aku dah kenal Prof lama. Bukanlah kenal rapat. Cuma aku pernah beli buku dia masa umur 18 tahun. 'How to be successful medical student'..haha, dulu cita-cita nak jadi doktor..sekarang? Tak mahu...heeeeee..

Oh ya, she's one of my idol too selain mama dan ayah. Oh, mama dan ayah pun dengar slot dia dalam ikim. So, i kinda know about her pun from my parents last ramadhan. 

Hmmm..entahlah. Masa dah tiba untuk slowly change into something good kan.Tenang hati dengar kata-kata dia. Serius ni. Cuba try..Okay?

Have a blessed day people!

Thursday, December 1, 2011

Mata Hati

Banyak yang nak dicoretkan, banyak yang nak dikongsikan.
Syukur Ya Allah kau gerakkan hati aku.Walau mata sembap bila bangun tidur , tapi hati rasa lapang sangat.
Macam, aku dah jumpa the reason kenapa aku ada di sini , i mean the real reason kenapa aku hidup.
Syukurlah.

Baru aku sedar, aku selama ni hidup main-main. Tak fikir masa depan. Tak fikir nak cari DIA. Aku rasa aku ok, tapi aku tak ok pun. Lompong. Hati tak hidup. Banyak sangat dosa.
Apa saham akhirat aku? 
Apa dah cukup ke bekalan nak bawa ke alam barzakh dan di padang mahsyar nanti?
Aku masuk neraka ke syurga andai kata aku mati sekejap lagi ?
Aku blogging ni apa manfaatnya? Nak show off ke, nak cari keredhaan DIA? 
Siapa aku di mata DIA?
Apa yang aku cari sebenarnya dalam hidup ni?
Serius banyak persoalan-persoalan yang dulu kabur, sekarang dah makin jelas. Tapi yang aku paling sedar, selama 22 tahun hidup ni aku banyak melihat perkara melalui pandangan mata fizikal, mata nafsu dan mata akal. Amat jarang sekali aku cuba nak pandang setiap perkara dengan pandangan mata hati. Padahal itu lah yang paling penting.

Macam aku dah terlepas banyak perkara-perkara penting dan bermakna sebab selalu pandang setiap kejadian/perbuatan manusia/ bukan dengan pandangan mata hati. 

Dalam setiap benda/perkara yang aku nak buat, tak pernah pun sekali nak associate kan DIA. Patutlah hanyut. Sebab tak ada matlamat. Kala ada pun matlamat setakat nak mencapai kebahagiaan di dunia. Nak kejar semua perkara dan sampai terlupa, aku ada matlamat yang paling penting . Akhirat. Apa yang aku fikir selalu how to please people, tapi pernah kah terfikir how to please Allah. Aku selalu fikir, apa yang manusia akan kata pada aku tapi pernah tak aku terfikir apa yang Allah kata/fikir tentang aku?

I hope, we are in the same page. It's never too late to change. Percayalah. Bila kita bersedia nak tuntut ilmu, 'guru' akan datang. A saying from someone (i can't remeber). Not literally a teacher, tapi maybe gerakkan hati untuk buat kebaikan or kita terselak buku , or terjumpa something on the net or terjumpa someone. It can be anything. And I hope, I can give little something to y'all..okay..


Saturday, November 26, 2011

We chase, we lose.

We are chasing things.  I reckoned that. It's just not you. No worries. I did that too. Orang selalu cakap," kita kena kejar apa yang kita mahu".  Tapi, relevenkah pemikiran sebegitu?  Lojiknya, bila kita kejar sesuatu, benda yang kita kejar itu pasti akan lari bukan. Refleks.

Kita dikejar anjing - buka langkah seribu. Kita kejar someone yang kita mahu, dia lari. Logic. Kita kejar our dream job, we'll never settle for that.

Why does that even happen? Bukankah bagus bila kita go for what we want, isn't it? So, we chase after something like crazy.

Perasan tak kadang-kadang perkara yang berlaku dalam hidup kita berlaku bila kita tak rancang apa-apa. Ia berlaku dalam keadaan kita tidak aware. When we least expect it. And, it just happens.

Bila kita dalam keadaan 'mengejar' sesuatu be it - job, lover, wealth and etc.,  we actually created a state of mind that we 'lack' something. Dan apa yang berlaku, that state of mind will keep coming back and create the same situation over and over again. Bila kita fokus pada apa yang kita tiada, guess what? Kita akan terus dapat apa yang di fokus kan itu. Null.

And yes, we are desperate. The state of 'lack' something shows that we are so desperate. We can never get what we want when we are in that state of mind. That's when we 'need' something.

You've got to be able to tell apart between 'needing' and 'wanting'. Because the feeling of needing is totally different from the feeling of wanting.

Wanting is more of happy anticipation. Bila kita mahu sesuatu, kita fokus pada apa yang kita akan dapat. What we will be having. And, that is why we get it.

Dan aku sedar bila aku dalam keadaan desperate macam when i lost something (memang dasar pelupa), i'll search that thing frantically like a mad person. Masa tu, my state of mind was so 'kaca bilau' dan dalam keadaan 'desperate', because i need that thing real quick.  Apa yang terjadi biasanya? Sama ada tak jumpa atau pun akan jumpa dalam kadar masa sejam lepas itu ataupun esoknya , tapi yang pentingnya bukan pada waktu dan saat itu. Kadang-kadang, benda yang dicari depan mata saja, tapi boleh tak nampak. See, bila kita desperately need something, we won't get it.

Jadi, dengan cara bagaimana kita nak atasi perkara dia atas? 

First, kena wujudkan state of mind yang membolehkan kita bertenang. 'I deserve to get what i want' , 'I have all i need'. See, that kind of words are so empowering dan menunjukkan yang kita ada sesuatu, dan bukannya 'lack' of something.

Usaha, dan terus usaha untuk dapat apa yang dihajati. Tapi, pastikan kita ada set pemikiran yang betul. Kalaupun apa yang dikejar/hajati tak kesampaian, terus cuba sampai dapat. Keep moving on. Mungkin tak tercapai hari ini, dan siapa tahu esok-esok kita akan dapat bukan? 

Bak kata Yuna, "tak semua kau rancang akan berlaku". Penakut.

Tak bermakna bila kau 'let go' sesuatu kau akan kalah bukan? Tak bermakna kau 'move on' kau mengalah. Maknanya kau kuat. Kau pandang ke masa hadapan. You have all that you need. More than enough.

Aku tulis entri ni untuk diri sendiri sebenarnya. Nak pujuk diri supaya lebih berusaha dan yakin yang aku layak dapat semua impian-impian dalam hidup. Memujuk diri untuk lebih 'care' dengan diri sendiri. Memujuk hati untuk percaya yang aku boleh. Memujuk diri untuk ...banyak perkara sebenarnya. Senang cerita, memang aku dedikasikan khas untuk diri sendiri. Oh ya, untuk kamu juga.Wherever and whoever you are, stay strong okay. Be your own cheerleader.

Manusia cepat sangat lupa. Aku? Lagilah. Nak nasihatkan orang memang senang. Nak yakin kan diri sendiri, bukan main payah lagi tahu. Dalam aku sedang mengarang entri ni, aku harap tiap apa yang aku coretkan, aku akan ingat sampai mati. Terus masuk dalam kotak memori jangka panjang.

Ok, senyum lebar-lebar with a pair of smiley eyes .Oh, lupa nak cakap. Girls are the preetiest when they are positive. So, I'm going to be one :D

Thursday, October 6, 2011

Peluang kedua

Dalam hidup, manusia (baca:aku) selalu saja buat salah. Juga kesilapan kesilapan yang bila difikir-fikir kembali, ohhh was it me before?
Tak kira kecil besar kesalahan, sama ada pada manusia lain mahupun kepada diri sendiri , semuanya harus diberikan peluang kedua.
Kali kedua, untuk menebus kembali kegagalan yang pertama.

Terutamanya kesilapan dan kesalahan kepada diri sendiri.
Kadang-kadang kita boleh memaafkan manusia lain tapi bukan diri sendiri.
Dan kadang-kadang kita lebih jujur dengan manusia lain, tapi bukan dengan diri sendiri.
Ironi.

Haha, sebenarnya i was in the middle of studying (yeah, study lah sangat kan..) and printing notes and all. Reviewing the notes that i used to study and thinking, what was i doing all this while sampai boleh sangkut dua paper yang to some people , easy peasy. Huh~Memang easy peasy pun..Kenapa lah paper yang susah I can score (lulus) and yang easy peasy tersangkut?

Eh, kenapa macam tak pernah belajar je ni? 
Nampak senang ..hafal je lah.Asal dulu tak boleh buat???

Dah lah dulu pemalas nak print out nota. Satu nota lama pun tak jumpa. Mujur ada soft copy.Haish, what was I'm doing all this while???? Teruknya.. T______T

See, last semester and the previous one was the hardest point in my life . I was dragged with the situation and kinda lost for a year. Haha~gilalah...No wonder the doctor diagnosed me with having stress. Duh, nasib baik tak jadi depression ke apa.

Looking back now, I'am really thankful that I've get through it. Alhamdullilah.

I notice that i am more calm and collected now. Bila kita dah tenang, we can see clearer. So, setiap masalah atau dugaan kita boleh selesaikan. Wisely. Cara nak tenang? Be happy, surround yourself with good bunch of friends, love people more, make new friends (i met two beautiful single  doctor-to-be-soon)..siapa berminat boleh contact me okay..haha~.

And never be alone. Seriously, when the tide strikes, believe me you need someone to be there and pull you out from being drift away. This is so true.

One step at a time. Baby step. Eventually you'll make it there. To whatever you wish for.Life happens gradually and accumulative. One thing adds to another-like drops of water will wear away the rock. It's a bit today, and a bit tomorrow.

That's is my mantra now.

Friday, May 6, 2011

Everything's going to be okay!!!

Masih terngiang-ngiang frasa "everything's going to be okay" tatkala mata mahu lelap pagi tadi. Dalam diam ,aku tak henti henti repharase those words. Make a mental note to my own self that "everything's going to be okay". Sampai lah mata terlelap. Dalam pada itu juga bila aku bangun dari lena, those words keeps coming to me.."everything's going to be okay"...Wow, how positive affirmations can change my way of thinking.

Strange.But I feel holy. "holy" seems too strong.Ia lebih kepada rasa tenang and in control despite kecelaruan minda yang melanda aku. Catching datelines and study and personal stuff messing around me...It's the normal problems for people at this age right?

Now, I want to view everything that happen to me has a reason for it to happen. No events is bad or good. They are here to teach me a lesson. That's it.

I hope, those who are in problems, troubles, rasa susah hati gundah gulana, please keep in your mind "everything's going to be okay"..Keep chanting this mantra dengan yakin dan Insya Allah, at least it could ease up the pain a little bit. Maybe there'll be light in the end of the dark tunnels, who knows right..?


Smile in every single moment. Feel that your whole body is smiling too.


Gratitude Notes:
1. I woke up and find my self kicking and still alive
2. I can see, touch, smell, taste, hear. What a bless~
3. I'm at my healthiest peak . No pain. Not on a medication.
4. I have a mum and a dad that I could turn on too.
5. I choose to change my thoughts and embrace good positive things.



P/S: Still, I have not finished yet my thesis. Sobs, arghhhhh I boroke my promise. huahuahua.....

Friday, April 15, 2011

Stuck In A Moment You Can't Get Out Of It


I'm not afraid of anything in this world
There's nothing you can throw at me that I haven't already heard
I'm just trying to find a decent melody
A song that I can sing in my own company 

I never thought you were a fool
But darling, look at youYou gotta stand up straight, carry your own weight
These tears are going nowhere, baby 

You've got to get yourself together
You've got stuck in a moment and now you can't get out of it
Don't say that later will be better now you're stuck in a moment
And you can't get out of it 

I will not forsake, the colors that you bring
But the nights you filled with fireworks
They left you with nothing
I am still enchanted by the light you brought to me
I listen through your ears, and through your eyes I can see 
And you are such a fool
To worry like you do
I know it's tough, and you can never get enough
Of what you don't really need now ... my oh my 

You've got to get yourself together
You've got stuck in a moment and you can't get out of it
Oh love look at you now
You've got yourself stuck in a moment and you can't get out of it 

I was unconscious, half asleep
The water is warm till you discover how deep
I wasn't jumping for me it was a fall
It's a long way down to nothing at all 

You've got to get yourself together
You've got stuck in a moment and you can't get out of it
Don't say that later will be better now
You're stuck in a moment and you can't get out of it 

And if the night runs over
And if the day won't last
And if our way should falter
Along the stony pass 

And if the night runs over
And if the day won't last
And if your way should falter
Along the stony pass
It's just a moment
This time will pass 
 
 
This is an uplifting song..
I love how the lyric goes..well written..
Yeah, it's just a moment..
And soon, it'll pass..